Assalamualaikum,
Hi korang...hurmmm lama rasanya tak menulis ni..idea ni banyak, kadang-kadang tu mencurah-curah datang tapi masalahnya masa tu tak banyak...tak tahu macam mana nak gunakan masa dengan berkualiti..so, korang chat ke?..hehehe confident je ade yang baca kiternyer blog ni ye..kalau ada yang rindu, wah terharunya...xde pun xpe..
Sekarang ni musim hujan, musim penyakit ye..jaga kesihatan korang..alang-alang dah sebut pasal sakit ni..nak share ler satu info untuk wanita-wanita di luar sana ye and untuk kiter gak..maner lah tahu kan..Baca tajuk entri pun dah tahu kan kiter nak citer pasal ape...
Actually, kiter terpanggil-panggil untuk berkongsi amalan berpantang ni samaada selepas bersalin atau pun akibat keguguran..bukan apa, bos kiter baru lepas keguguran, tapi Ya Allah bukan main aktif lagi masa pantang...ini ilmu yang boleh kita kongsi bersama .. Bos , jangan marah ye hehehe...baca jangan tak baca..
PANTANG AKIBAT KEGUGURAN
Kadang-kadang ada sesetengah wanita yang baru berkahwin dan ada pengalaman keguguran yang pertama maybe ada antara mereka yang rasa "alah gugur je, cket je ni.."..seolah-olah mengambil mudah tentang perkara berpantang ni..biasalah anak-anak muda ni bukan reti bersabar pun, termasuk la kiter hehehe..
Sebenarnya berpantang akibat keguguran adalah lebih ketat daripada berpantang selepas bersalin. Apa yang korang tahu tentang keguguran? Sebenarnya keguguran umpama buah yang gugur sebelum masak dan dipercayai akan
membawa kesan yang kurang menyenangkan, iaitu mudah diserang angin gugur
atau dikenali angin jahat.
Angin Gugur - ialah angin yang menyerang selepas keguguran,
mengakibatkan ibu mudah terdedah kepada pelbagai masalah alahan makanan
dan persekitaran.
Bisa Keguguran - ialah rasa sakit yang tajam dan berdenyut di bahagian ari-ari, pinggang dan sendi selepas kejadian keguguran.
Kalau korang nak tahu, penyakit angin gugur ni tak nak ubati dengan kaedah perubatan moden seperti pembersihan rahim dan juga D&C. Keadaan adalah lebih buruk bagi ibu keguguran yang tidak merawat diri
dan cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri masih tertinggal
di dalam rahimnya
Kalau ikut petua orang melayu kita ni, berpantang selepas bersalin adalah senang berbanding berpantang akibat keguguran. Ibu dalam pantang bersalin dikehendaki sentiasa memanaskan badan dalam
peraturan rawatan dan pemakanan. Berlainan halnya dengan ibu yang
keguguran, sebab mereka tidak boleh dirawat dengan cara panas atau sejuk
dari segi perubatan dan pemakanan.
Kebanyakan wanita di luar sana kurang menitik beratkan tentang amalan berpantang ni disebabkan kurangnya pendedahan tentang ilmu-ilmu yang berkaitan. Sesungguhnya, ilmu tersebut dapat mempercepatkan proses pemulihan
"penyakit melanuih keguguran", seperti tekanan emosi, masalah kesuburan,
lemah rahim, ketidakseimbangan hormon, serta bengkak dan bisa otot
peranakan. Penyakit melanuih juga boleh menyebabkan bisa-bisa tumit,
betis, lutut serta pinggang, kebas-kebas sendi, mudah seram sejuk, demam
tidak kebah, dan kalah dalam perjuangan berjimak.
Untuk tempoh pantang keguguran
- Jika berlakunya keguguran selepas dua minggu hingga tiga bulan kehamilan, ibu pantang berjimak selama 30 hari
- Jikalau keguguran berlaku pada usia kehamilan 4-5 bulan, ibu harus pantang berjimak selama 40 hari
- Jikalau keguguran berlaku lebih daripada bulan keenam, ibu pantang berjimak selama 44 hari
- Untuk lebih berkesan pantang larang pemakanan ibu keguguran akan tamat apabila ibu kembali hamil dan bersalin.
Pantang Larang Keguguran
- Jika wanita yang keguguran lalu
atau berjalan di bawah penyidai kain akan mendapat sakit kepala.
- Jika
terkena titisan hujan atau hujan panas serta terkena angin senja atau
tengah malam, akan mudah dihinggapi demam panas atau demam mengiggil.
- Tidak boleh melintas di bawah pohon
cermai atau memakan buah cermai kerana ia dipercayai boleh mencetuskan
bentan atau kesan tegang urat sehingga membawa kepada demam menggigil.
-Dari
segi pemakanan, ibu keguguran mesti megelakkan makanan berangin,
seperti ubi keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi, serta
terung.
- Selain itu dipantangkan juga makanan yang sejuk serta
menjalar seperti labu, kangkung, kacang panjang, timun, dan buah-buahan
yang sejuk seperti ciku, betik, langsat, duku, macang, kuini, nangka,
cempedak, pisang masak hijau, durian belanda dan tembikai madu.
- Turut
ditegah mengambil ikan yang berbisa seperti ikan berduri,
terubuk, bawal hitam, tudung periuk, cencaru, tamban, sardin, pari dan
makanan laut seperti udang, sotong, kerang, belacan, budu, cencaluk dan
ikan masin.
Kesan sekiranya melanggar pantang
- alahan
bagi ibu yang melanggarnya seperti bentan urat, demam yang susah turun,
rambut gugur, mudah sayu, pekang, alahan kulit dan cuaca, serta mudah
letih.
- Sering kali terjadi ibu mengalami demam panas sehingga terkancing gigi
apabila mereka tidak berpantang makanan yang dilarang selepas berlakunya
keguguran.
PANTANG SELEPAS BERSALIN
Tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji
kesabaran, boleh dikatakan sebilangan besar wanita Melayu masih tekun
dan rela mengikut tradisi ini. Dikatakan wanita yang rajin berpantang
dijamin akan mendapatkan kembali potongan badan yang asal, menjadi sihat
dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu mengekal
minat suami.
- Amalan Intensif Ubat Periuk : dapat memulih tenaga sekaligus dapat mengembalikan
kesihatan serta kecantikan.
- Amalan Herba untuk Kerapian Bahagian Sulit : disyorkan mengambil rumusan herba untuk
kerapian bahagian alat sulit sehingga 100 hari
- Rawatan Bertuam
- Rawatan Bertungku
- Rawatan Urutan Tradisional :Urutan dapat menenangkan emosi, meringankan tubuh badan yang
lesu dan melegakan bisa otot dan sendi.
- Rawatan Berlulur : Lulur akan meresapi pori-pori dan menghindari kemasukan angin
sejuk yang mengakibatkan kebas, bisa otot, sendi dan urat saraf.
- Rawatan Berbengkung :
untuk mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-liang
perut
- Rawatan Mandi Wap atau Bertangas : untuk mengaktifkan
pengeluaran peluh sebagai rawatan pengenyahkan racun di badan
- Rawatan Ukup Wangi :untuk menghilangkan bau herba dan
rempah ratus yang menyerap ke badan selepas rawatan bertangas dan wandi
wap di peringkat awal
- Senaman Kemutan Otot Rahim : Pergerakan otot dalaman dapat membantu
mempercepatkan pengeluaran sisa toksin dan memperkemaskan kesihatan
serta kedudukan rahim
Sekiranya penjagaan diri semasa dalam pantang bersalin
diabaikan, kesannya mungkin tidak berlaku serta-merta. Namun apabila
melalui kelahiran yang banyak, usia mula meningkat, daya tenaga semakin
menurun, barulah terasa lenguh-lenguh dan bisa urat, sendi serta otot,
sakit pinggang dan kebas tangan. Apabila keadaan ini berlaku,
kebanyakan ibu menjadi dingin dan lemah tenaga batin.
Wahhh..panjang lebar entri kiter kali ni..hah banyak tak info dapat..actually, banyak lagi yang nak kongsi tapi takut u guys boring plak tapi apa-apa pun kita kena rajin google k, baru dapat banyak info....So hope, entri kali ni membantu juga lah kepada ibu-ibu muda yang baru mengalami keguguran dan juga selepas bersalin.
Kredit Info to :
Buku 'Ensiklopedia Perbidanan
Melayu-Sebuah Perbendaharaan Ilmu Perubatan
dan Penjagaan Kesihatan ' ini ditulis oleh Datin Sharifah Anisah
Barakbah iaitu pengasas Nona Roguy
k bai n much luv :)
Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)