APA ITU KAFEIN ?
- Kafein
adalah sejenis dadah yang terhasil secara semulajadi dalam daun dan
biji beberapa jenis tumbuh tumbuhan.
- Kafein juga dihasilkan secara
tiruan dan digunakan sebagai bahan penambah atau perisa di dalam
sesetengah makanan.
- Kafein dikenali juga di kenali dengan nama
kimianya trimetilksantina dalam keluarga metilksantina. Bahan ini
berbentuk serbuk berwarna putih dan sedikit rasa pahit.
- Bahan kimia
lain yang terdapat dalam kumpulan ini adalah teofilin terdapat dalam
daun teh dan teobromin yang didapati dalam biji koko.
APA KESAN PENGAMBILAN KAFEIN?
Kesan
pengambilan kafein bergantung kepada jumlah yang diambil dan berbeza
bagi setiap individu yang mengambilnya. Secara purata semakin kecil saiz
atau pun berat badan seseorang itu, semakin kurang kafein yang
diperlukan untuk menghasilkan kesannya. Tetapi, banyak kesan kafein
bergantung kepada jumlah yang diambil. Pengemar kopi selalunya
memerlukan pengambilan yang tinggi untuk mencapai tahap kenikmatannya.
Ini bermakna lebih banyak kafein yang diambil setiap hari maka lebih
banyak yang diperlukan untuk mencapai tahap kenikmatannya.
Kafein boleh menyebabkan pesakit yang mengalami masalah jantung dan kegagalan saraf menjadi lebih teruk, dan kebanyakan pengguna tidak sedar keadaan ini boleh berlaku ke atas mereka.
Kafein cenderung untuk merangsang otak dan sistem saraf pusat kemudiannya bertindak ke atas jantung, pembuluh darah dan buah pinggang. Salah satu simtom yang biasa dihadapi oleh pengguna ialah dehidrasi (pengeluaran air terlalu banyak daripada badan menyebabkan badan kekurangan air). Walaupun anda menganggap dengan meminum air berkafein yang banyak badan dapat mengekalkan kandungan air tersebut tetapi kafein akan bertindak sebaliknya ke atas badan.
Pengambilan pada dos 250 hingga 750mg kafein (dua hingga tujuh cawan kopi) boleh menyebabkan seseorang itu mengalami situasi cemas, letih, tidak nyenyak tidur, sakit kepala dan sakit perut. Tetapi pengambilan kafein akan meningkatkan rasa waspada dan meningkatkan rasa waspada dan meningkatkan penumpuan terhadap tugas. Namun, tidur juga akan terganggu, berasa lebih tenang dan mengurangkan rasa lesu.
Jika kafein diambil lebih dari 750mg (tujuh cawan kopi) sehari akan menyebabkan sakit kepala, lekas marah, timbulnya rasa takut dan tidak dapat tidur (insomnia). Pengambilan dos yang tinggi juga akan menyebabkan kekejangan dan mungkin diikuti dengan maut.
KESAN JANGKA MASA PANJANG
Ulser - Kafein dipercayai boleh mengakibatkan ulser kerana bahan ini merangsangkan penghasilan asid dan peptin di dalam perut. Sekiranya diambil dalam jumlah yang banyak boleh mengakibatkan perut rasa tidak selesa. Seseorang yang mengalami masalah ulser dinasihatkan tidak mengambil kopi kerana akan menyebabkan ulser menjadi lebih teruk. Tetapi, bukan kafein sahaja yang mengakibatkan terjadinya ulser. Lebih banyak kajian perlu dijalankan untuk membuktikan sama ada kopi berkafein dan kopi tanpa kafein boleh menyebabkan ulser.
Masalah Jantung – Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa kafein boleh menyebabkan denyutan jantung tak menentu (cardiac arrhythmia) kepada sesetengah orang. Biasanya penghidap sakit jantung dinasihatkan tidak mengambil minuman berkafein sama sekali. Walaupun demikian tiada bukti menunjukkan kafein adalah faktor penyebab sakit jantung.
Ketagih - Kafein boleh membuatkan seseorang itu menjadi ketagih. Jika individu berbabit berhenti dari meneruskan pengambilan kafein, ia akan mengalami simtom pengunduran (withdrawal symptoms) seperti sakit kepala. Simtom ini biasa dialami oleh penggemar kopi dan sakit kepala ini akan hilang dengan sendirinya dalam masa satu hingga lima hari atau ia akan sembuh semula dengan meminum kopi kembali atau mengambil ubat. Kebanyakan penggemar kopi yang cuba mengurangkan pengambilan kafein akan mengalami rasa gementar, sakit-sakit, tidak berupaya untuk bekerja, lesu, mengantuk dan sakit kepala.
Bagi membuang tabiat ketagihan kafein bukannya mudah. Cara yang berkesan adalah mengurangkan pengambilan setiap hari. Amalkan minum air kosong yang banyak serta jus buah-buahan dalam sajian harian anda.
Jenis Makanan & Minuman
|
Kandungan Kafein (mg)
|
Dos
|
Kopi Tapis/Saring
|
100 – 150
|
satu cawan
|
Kopi Segera
|
50 – 70
|
satu cawan
|
Teh
|
30 – 90
|
satu cawan
|
Teh Uncang
|
65
|
satu cawan
|
Kopi Nyah Kafein
|
1 – 6
|
satu cawan
|
Minuman Kola
|
72
|
360g
|
Soda Oren Sunkist
|
42
|
360g
|
Minuman Coklat Panas
|
5
|
satu cawan
|
Kek Coklat
|
20 – 30
|
satu potong
|
Ubat-ubatan
|
|
|
Ubat Migrain
|
100 mg/dos
|
|
Analgesik
|
15 - 40 mg/dos
|
|
Batuk/Selsema
|
15 – 125 mg/dos
|
|