Hi korang..chat ke? alhamdulillah jerebu pun makin berkurangan, hujan pun dah 2 hari jatuh ke bumi ni..harap semua chat lah hendaknya ye..kita alhamdulillah setakat masih berpeluang menghirup udara di bumi Allah n... syukur ke hadrat illahi
Hari ni kita amik cuti separuh hari dari jam 8.00am - 12.00 tgh hari..banyak benda kiter boleh selesaikan dalam masa 4 jam tu.. nasib baik la company kiter yang baru ni ada istilah cuti separuh hari...kalau kat off lama jangan harap lah nak dapat cuti separuh hari. keluar 2 jam untuk hal peribadi pun bising..lambat cket pun dah mencari-cari..kat sini alhamdulillah rileks je..bos pun sempoi je..
Cip ic kiter dah rosak, pi bank tak leh nak baca..masalah betul lah..tu yang kiter terpaksa amik cuti separuh hari ni..kiter dah lama tak buat urusan dengan JPN ni so untuk mengelakkan masalah masa nak buat IC yang baru tu..kiter pun survey lah dulu untuk pertukaran ic baru sekiranya cip rosak.
Baru kiter tahu pertukaran IC baru dah boleh buat online dah sekarang ni, sama ada dari website atau pun by phone call..dan prosesnye hanya amik masa dalam 24 jam sahaja untuk siap.. contohnya kalau buat hari ni, esok pi cawangan JPN yang kita req leh terus amik je so tak payah nak beratur lama-lama...cepat dan mudah.
Meh kiter share maklumat ni...
Gantian Kad Pengenalan Rosak
PERMOHONAN GANTIAN ROSAK KAD PENGENALAN
1. PENJELASAN PERMOHONAN
1.1 Mengikut Peraturan 13, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990(Pindaan 2007) setiap orang yang kad pengenalannya rosak atau musnah hendaklah dengan segera memohon kad pengenalan gantian.
2. SYARAT PERMOHONAN
2.1 Pemohon mestilahhadir di mana-mana kaunter JPN; atau
2.2 Memohon gantian kad pengenalan hilang secara atas talian seperti berikut:
2.2.1 portal www.jpn.gov.my melalui aplikasi “Sistem Gantian MyKad”; atau
2.2.2 perkhidmatan Phone-in di talian 03-88808066
(bagi permohonan yang tidak melibatkan pertukaran gambar atau maklumat untuk pemohon yang bertaraf Warganegara.)
3. PROSEDUR PERMOHONAN
3.1 Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN dan membawa dokumen yang perlu dikemukakan(asal).
4. DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN (ASAL)
4.1 DOKUMEN PEMOHON (ASAL)
4.1.1 Kad Pengenalan pemohon yang rosak semasa permohonan dibuat di kaunter; atausemasa pengambilan Kad Pengenalan baru bagi urusan permohonan melalui portal atau telefon.
5. BAYARAN/FI
5.1 Warganegara : RM 10.00
5.2 Bukan Warganegara : RM 40.00
5.3 Permohonan gantian Kad Pengenalan rosak dalam tempoh 12 bulan dari tarikh serahan kad yang rosak tersebut adalah PERCUMA.
5.4 Bayaran permohonan gantian Kad Pengenalan rosak melalui laman web diterima melalui kredit sahaja.
5.5 Pengembalian wang tidak akan dipertimbangkan bagi permohonan gantian Kad Pengenalan rosak yang telah diproses oleh Bahagian Kad Pengenalan.
So macam mana? mudahkan..kalau yang busy tu tak payah nak sakit kepala nak fikir amik cuti ke pe kan...tapi kiter tak berani nak cuba takut tak jadi so tadi kiter pi sendiri kat JPN cawangan Mini UTC di Bandar baru sentul..Ya Allah, baru 5 saat amik no terus je sampai giliran kiter..wow sangat kagum..
pastu sesi amik gambar pun dah mengikut teknologi terkini dan siap tanya lagi puas hati ke idok..kalau tak puas hati boleh snap gambar sampai berpuas hati..service kat JPN Sentul memang tip top.
Alhamdulillah, semua perkara yang kiter buat hari ni semuanya di permudahkan. Dari pagi kuar jam 7.30am, bawak Nia pi makan roti canai then kul 8.00am hantar Nia ke Taski, pastu kiter n hubby pi Sek Keb Wangsa Maju, Seksyen 1 bagi mendaftar Nia untuk darjah 1...lebih kurang kul 9.00 dah siap, then balik umah jap ambil barang, 9.30am gerak cari JPN kat Sentul..tempatnya mudah nak cari..di bandar baru sentul je..naik lif tingkat 3 then jumpa pos off, jpj n JPN..masuk situ ambil no then terus di panggil..lebih kurang dalam 10 minit je, kitorang gerak ke Bank Rakyat plak settle kan bayaran untuk personal loan..lebih kurang 10 minit gak..then 10.20am dah siap semua urusan..nak masuk keje jam 12.00tgh hari..masa byk lagi then we decide pi makan kat JJ Au 2..lepas baru masuk off..ngam2 kul 12 tgh hari..rasa berbaloi sgt cuti separuh hari ni..weee petang ni lepas kerja dah boleh ambil IC tadi...
So banyak tak maklumat yang korang dapat daripada info yang kita share ni...? berguna tak untuk korang? harap2 membantu korang semua ye...
bye