-->

recent post

get this widget here

Monday, 22 October 2012

Khasiat Ulam-Ulaman

Assalamualaikum,

Hallo semua..sudah dinner ke everyone...? hope uolss doing well ye..Kiter baru je lepas habis dinner ngan En Suami..Sejak 2, 3 menjak ni En Suami rajin bawak balik barang basah dan ulam-ulaman untuk santapan dinner..so skang ni kiter kena masak je lah setiap malam tapi takpe untuk suami pe salahnyer ye..Nia pun dah besar, tak kan lah nak asyik makan kat kedai je, ye dok?

Bercakap pasal ulam-ulaman ni, En suami memang suker sangat..walaupun lauk pauk tak seberapa tapi kalau ada ulam-ulaman ni makan nyer berselera sungguh..Alhamdulillah, tak membazir kiter masak..Antara ulam-ulaman yang En Suami suke makan Ulam Raja, Pegaga dan Kacang Botol. En Suami cakap elok makan ulam-ulaman ni , elok untuk kesihatan..kebetulan plak Pasar Chow Kit tu dekat aje dengan office dia, bukan main lagi dia berbelanja untuk ulam-ulaman ni..Nia pun dah mula suka makan ulam pegaga ni..

Kiter nak share cket lah tentang khasiat ketiga-tiga ulam yang kiter sebut tadi...Moh kiter :)



KHASIAT ULAM-ULAMAN


ULAM RAJA 

frames

Pokok Ulam Raja (nama lain: Pokok kenikir) merupakan tumbuhan tropika yang berasal dari Amerika Latin, tetapi tumbuh meliar dan mudah didapati di Florida, Amerika Syarikat, serta di Malaysia dan negara-negara ASEAN. Ulam Raja adalah sejenis spesis bunga intan berayun yang berwarna unggu atau kuning dan berbunga kecil. Manakala pokok bunga yang berwarna kuning jarang digunakannya sebagai ulam, yang berwarna unggu merupakan sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan budu, sambal belacan atau tempoyak serta cencalok.

Berdasarkan kajian tempatan, ulam raja mengandungi 3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A. Herba ini adalah herba semusim mencapai ketinggian hampir satu meter. Batangnya berwarna hijau tua dan keunguan sedikit. Kebiasaannya herba ini bercabang banyak di bahagian atas. Daunnya bergaris bentuk ovat atau segi tiga dengan anak daunnya yang runcing, kesat dan berwarna hijau tua. Bunganya bertangkai panjang, berwarna kuning keunguan. Daun herba ini mengeluarkan bau apabila diramas.

Ulamnya yang digelarkan "ulam raja" telah digunakan secara tradisi untuk memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah, serta untuk menguatkan tulang. Ulamnya mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik. Melebihi dua puluh jenis bahan antioksida telah dikenal pasti dalam ulam raja. Bahan-bahan antioksida yang utama disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud sebagai dimer, melalui heksamer, kuersetin glikosida, asid klorogenik, asid neoklorogenik, asid kripto-klorogenik, serta penangkap (+)-. Keupayaan ulam raja untuk mengurangkan tekanan oksidatif mungkin sebahagiannya terdiri daripada kandungan antioksidanya yang tinggi.



ULAM PEGAGA



Pegaga adalah tumbuhan herba sukulen, malar hijau, tumbuhan saka yang hidup melata di atas tanah. Bunganya adalah ungu pucat ke merah jambu-merah, dan umbel punya dua hingga ke lima buah. Ia sedikit aromatik, dengan rasa pahit sederhana. Tanaman matang dalam tiga bulan dan seluruh pokok termasuk akar dituai secara manual.

Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan Vitamin C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan. Pegaga banyak terjual di pasar terutamanya di pasar tani dan sering dimakan sebagai ulam. Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.
Di India, pegaga diguna dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk.

ULAM KACANG BOTOL

 

Kacang botol adalah sejenis sayuran yang mengandungi banyak protein. Disamping itu kacang botol muda mengandungi banyak kalsium, besi dan vitamin A. Daunnya mempunyai nilai pemakanan yang baik dengan kandungan 5-7 % protein, banyak mengandungi vitamin A, vitamin C dan garam galian.Kacang botol mempunyai khasiat dan nilainya dalam perubatan. Bagi orang yang diserang demam campak, daun kacang botol yang direbus dengan bahan campuran lain boleh disapukan ke seluruh badan bagi melegakan penyakit tersebut. 

Di samping itu, akar kacang botol yang ditumbuk lumat digunakan untuk mengubati penyakit vertigo. Manakala air bancuhan daun kacang botol digunakan untuk mencuci mata yang bengkak dan bisul yang bernanah. Daunnya yang ditumbuk lumat juga boleh disapukan pada bahagian bengkak dan bisul serta daunnya juga boleh dimakan untuk mengubati ulser kulit.

 So, kiter harap banyak maklumat yang uols dapat k dari entri ini. Untuk segala info maybe leh klik DISINI.

enjoy your ready ok, kiter nak melaksanakan tanggungjawab satu lagi iaitu siapkan assignment..chow.. 




Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

0 000 orang nak tahu:

Ramai yang Suker