-->

recent post

get this widget here

Wednesday, 10 October 2012

Aku Terima Nikahnya

Assalamualaikum,
 
 
Tengok trailer filem " Aku Terima Nikahnya..."  macam best je...dah lama tak pegi panggung wayang untuk release tension...nak ajak papa tgk citer ni...hurmm memang tak dapat lah kan..dia bukan suke citer-citer melayu ni..nampaknyer tunggu aje lah di tayang kat TV..itu pun tak tahu biler..
Filem Aku Terima Nikahnya merupakan Sebuah filem romantik drama terbitan Metrowealth Pictures arahan Eyra Rahman dan dibintangi oleh Ady Putra, Nora Danish, Mon Ryanti, Alex Yanz, Kamal Faridz dan Azrel Ismail.Filem ini mengisahkan kepayahan dan ketabahan seorang isteri yang setia, kehidupan bahagiaArlisa (Nora) serta Johan (Adi Putra) ditimpa dugaan selepas Johan terbabit dalam nahas jalan raya.

Akibat kemalangan itu, Johan disahkan hilang ingatan kerana menghadapi “Selective Amnesia “ menambah lagi kerumitan kepada Arlisa. Tidak mahu berputus asa, Arlisa menguatkan semangatnya untuk berusaha menjaga Johan walaupun kini dia langsung tidak diingati suaminya itu.

Pelbagai inisiatif cuba digunakan Arlisa termasuk melakukan semula detik-detik yang pernah dilalui, namun semuanya gagal mengembalikan ingatan Johan. Ujian bertimpa lagi selepas Johan mula merapatkan diri dengan Suriya (Mon Ryanti)meninggalkan Arlisa bersedih sendiri sehingga pada satu saat dia gagal bersabar dan hampir putus harapan.

Semuanya terjadi apabila Johan makin selesa dan mesra di samping Suriya malah menyatakan hasratnya untuk menceraikan Arlisa kerana hatinya sudah terpaut kepada Suriya.
Pergolakan yang semakin kencang itu memaksa Arlisa mengundur diri walaupun cintanya pada Johan tidak pernah berubah.

“Apakah kesudahan kisah cinta agung Johan dan Arlisa?


ade sape2 nak teman kiter tak pegi tgk citer ni... :)

Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

0 000 orang nak tahu:

Ramai yang Suker