-->

recent post

get this widget here

Monday, 22 October 2012

Khasiat Ulam-Ulaman

Assalamualaikum,

Hallo semua..sudah dinner ke everyone...? hope uolss doing well ye..Kiter baru je lepas habis dinner ngan En Suami..Sejak 2, 3 menjak ni En Suami rajin bawak balik barang basah dan ulam-ulaman untuk santapan dinner..so skang ni kiter kena masak je lah setiap malam tapi takpe untuk suami pe salahnyer ye..Nia pun dah besar, tak kan lah nak asyik makan kat kedai je, ye dok?

Bercakap pasal ulam-ulaman ni, En suami memang suker sangat..walaupun lauk pauk tak seberapa tapi kalau ada ulam-ulaman ni makan nyer berselera sungguh..Alhamdulillah, tak membazir kiter masak..Antara ulam-ulaman yang En Suami suke makan Ulam Raja, Pegaga dan Kacang Botol. En Suami cakap elok makan ulam-ulaman ni , elok untuk kesihatan..kebetulan plak Pasar Chow Kit tu dekat aje dengan office dia, bukan main lagi dia berbelanja untuk ulam-ulaman ni..Nia pun dah mula suka makan ulam pegaga ni..

Kiter nak share cket lah tentang khasiat ketiga-tiga ulam yang kiter sebut tadi...Moh kiter :)



KHASIAT ULAM-ULAMAN


ULAM RAJA 

frames

Pokok Ulam Raja (nama lain: Pokok kenikir) merupakan tumbuhan tropika yang berasal dari Amerika Latin, tetapi tumbuh meliar dan mudah didapati di Florida, Amerika Syarikat, serta di Malaysia dan negara-negara ASEAN. Ulam Raja adalah sejenis spesis bunga intan berayun yang berwarna unggu atau kuning dan berbunga kecil. Manakala pokok bunga yang berwarna kuning jarang digunakannya sebagai ulam, yang berwarna unggu merupakan sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan budu, sambal belacan atau tempoyak serta cencalok.

Berdasarkan kajian tempatan, ulam raja mengandungi 3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A. Herba ini adalah herba semusim mencapai ketinggian hampir satu meter. Batangnya berwarna hijau tua dan keunguan sedikit. Kebiasaannya herba ini bercabang banyak di bahagian atas. Daunnya bergaris bentuk ovat atau segi tiga dengan anak daunnya yang runcing, kesat dan berwarna hijau tua. Bunganya bertangkai panjang, berwarna kuning keunguan. Daun herba ini mengeluarkan bau apabila diramas.

Ulamnya yang digelarkan "ulam raja" telah digunakan secara tradisi untuk memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah, serta untuk menguatkan tulang. Ulamnya mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik. Melebihi dua puluh jenis bahan antioksida telah dikenal pasti dalam ulam raja. Bahan-bahan antioksida yang utama disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud sebagai dimer, melalui heksamer, kuersetin glikosida, asid klorogenik, asid neoklorogenik, asid kripto-klorogenik, serta penangkap (+)-. Keupayaan ulam raja untuk mengurangkan tekanan oksidatif mungkin sebahagiannya terdiri daripada kandungan antioksidanya yang tinggi.



ULAM PEGAGA



Pegaga adalah tumbuhan herba sukulen, malar hijau, tumbuhan saka yang hidup melata di atas tanah. Bunganya adalah ungu pucat ke merah jambu-merah, dan umbel punya dua hingga ke lima buah. Ia sedikit aromatik, dengan rasa pahit sederhana. Tanaman matang dalam tiga bulan dan seluruh pokok termasuk akar dituai secara manual.

Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan Vitamin C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan. Pegaga banyak terjual di pasar terutamanya di pasar tani dan sering dimakan sebagai ulam. Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.
Di India, pegaga diguna dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk.

ULAM KACANG BOTOL

 

Kacang botol adalah sejenis sayuran yang mengandungi banyak protein. Disamping itu kacang botol muda mengandungi banyak kalsium, besi dan vitamin A. Daunnya mempunyai nilai pemakanan yang baik dengan kandungan 5-7 % protein, banyak mengandungi vitamin A, vitamin C dan garam galian.Kacang botol mempunyai khasiat dan nilainya dalam perubatan. Bagi orang yang diserang demam campak, daun kacang botol yang direbus dengan bahan campuran lain boleh disapukan ke seluruh badan bagi melegakan penyakit tersebut. 

Di samping itu, akar kacang botol yang ditumbuk lumat digunakan untuk mengubati penyakit vertigo. Manakala air bancuhan daun kacang botol digunakan untuk mencuci mata yang bengkak dan bisul yang bernanah. Daunnya yang ditumbuk lumat juga boleh disapukan pada bahagian bengkak dan bisul serta daunnya juga boleh dimakan untuk mengubati ulser kulit.

 So, kiter harap banyak maklumat yang uols dapat k dari entri ini. Untuk segala info maybe leh klik DISINI.

enjoy your ready ok, kiter nak melaksanakan tanggungjawab satu lagi iaitu siapkan assignment..chow.. 




Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

Saturday, 20 October 2012

10 Ways To Be Professional

Assalamualaikum.




Tadi baru je habis test, Tak tahu lah result macam mana tapi so far boleh jawab lah..tunggu dan lihat je..macam berat je isu malam ni..kiter buat entri ni bukan nak tunjuk kiter ni bagus tapi actually untuk

 mengingatkan diri sendiri..kiter kadang-kadang sering terluper bagaimana untuk lebih profesional dalam apa keadaan sekali pun..so here we go...tapi kiter malas nak translate sebab mcm xsedap je bahasa melayu..
 

10 Cara Untuk Menjadi Profesional di Tempat Kerja
Elakkan tidak profesional
Majikan anda tidak boleh memberitahu anda dengan tepat pandangan mereka sendiri dengan cara yang profesional. Tetapi kita semua tahu dari pengalaman bagaimana  dilabelkan sebagai "tidak profesional." Dengan menyiapkan kerja selepas tarikh deadline,kurang bersedia apabila menghadiri mesyuarat dan kebanyakkab yang berlaku di pejabat ialah menghabiskan masa mengumpat di tempat kerja..


10 Ways To Be Professional

Acting like a professional really means doing what it takes to make others think of you as reliable, respectful, and competent. Depending on where you work and the type of job you have, this can take on many different forms.

There are, however, quite a few common traits when it comes to being professional. This includes the following:

1. Competence. You’re good at what you do – and you have the skills and knowledge that enable you to do your job well.
2. Reliability. People can depend on you to show up on time, submit your work when it’s supposed to be ready, etc.
3. Honesty. You tell the truth and are upfront about where things stand.
4. Integrity. You are known for your consistent principles.
5. Respect For Others. Treating all people as if they mattered is part of your approach.
6. Self-Upgrading. Rather than letting your skills or knowledge become outdated, you seek out ways of staying current.
7. Being Positive. No one likes a constant pessimist. Having an upbeat attitude and trying to be a problem-solver makes a big difference.
8. Supporting Others. You share the spotlight with colleagues, take time to show others how to do things properly, and lend an ear when necessary.
9. Staying Work-Focused. Not letting your private life needlessly have an impact on your job, and not spending time at work attending to personal matters.
10. Listening Carefully. People want to be heard, so you give people a chance to explain their ideas properly.





sumber dr MONSTER.

Hope ia berguna untuk semua dan untuk kiter gak...chow, nak tido dah, sok ada kelas lagi..nite :)

P/S : ATM ke Kelantan yang menang malam ni ?
Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

Friday, 19 October 2012

Fakta Menarik Tentang Hujan

Assalamualaikum,

Hope semuanya sihat hendaknya..sekarang ni hampir setiap hari hujan..dah nak masuk musim tengkujuh ni..harap-harap takde tempat yang banjir tapi setiap tahun kiter dengar berita tentang banjir ni kalau menjelang musim tengkujuh..

Aishh tetiba je cakap pasal hujan je..tak de lah, masa buat entri ni hah..air hujan mencurah-curah menimpa bumi ibarat hati dan perasaan kiter yang sedang di timpa hujan jugak..ahakkk..di timpa hujan ye..ye lah tadi, parking jauh..kena hujan, dah nasib badan.. maksud tersirat banyak ni..

Minggu ni, start hari Isnin sampai lah ke hari ni , Jumaat..hati kiter berlagukan hujan..wah bermadah pujanga plak ye..banyak yang berlaku dalam masa seminggu ni..masa boleh berubah begitu juga kepercayaan orang kepada kita..sukarnyer untuk memahami situasi yang berlaku sekarang..di mana silapnya?..Jasa-jasa dan kerja-kerja yang dilaksanakan sudah tidak di hargai..tapi tidak mengapa Allah itu ada dan sangat ADIL..akan masih menghormati dan cuba menurut segala arahan tapi sangat terkilan dengan perkara yang sedang berlaku dan tak tahu lah sehingga biler..kiter cuba untuk bersikap rasional dan profesional tapi biasa lah perempuan, emosi mengatasi akal..Wah jauh merepek ni..sory-sory ye..dah jadi tempat luahkan perasaan plak ni..yang benarnyer kiter just nak share pasal HUJAN ni..hehehe..mood sedih tetiba ceria..ntah ape-ape ntah...moh kiter ke agenda utama

11 Fakta Menarik tentang Hujan 


1. Rata-rata kecepatan jatuhnya air hujan hanyalah 8-10 km/jam
2. Air jatuh ke bumi dengan kecepatan yang rendah  
3. Ketinggian minimum awan hujan adalah 1.200 meter
4. Kesan yang ditimbulkan oleh satu titis air hujan yang jatuh dari ketinggian tersebut sama dengan benda seberat 1 kg yang jatuh dari ketinggian 15 cm
5. Awan hujan pun dapat ditemui pada ketinggian 10.000 meter
6. Dalam satu detik, kira-kira 16 juta ton air menguap dari bumi
7. Jumlah ini sama dengan jumlah air yang turun ke bumi dalam satu detik. Dalam satu tahun, diperkirakan jumlah ini akan mencapai 505x1012 ton. Air terus berputar dalam daur yang seimbang berdasarkan “takaran”. 
8. Butiran air hujan berubah bentuk ratusan kali tiap detik

9. Kalau butiran air hujan itu dibekukan akan membentuk keping kristal yg indah, tidak seperti air biasa yang di bekukan di freezer.
10. Setelah hujan turun, tanah, lalang, rumput akan mengeluarkan bau wangi yg khas, senyawa ini dinamakan 'petrichor'.
11. Dan fakta terakhir yang paling misteri dan mengejutkan ilmuan. Hujan memiliki kemampuan untuk menghipnotis manusia untuk me-resonansi-kan ingatan masa lalu. Dan tanpa bisa mendapatkan bukti ilmiah, para ilmuan hanya bisa menyimpulkan “Di dalam hujan, ada lagu yang hanya bisa didengar oleh mereka yg rindu”.

  
Hah, amacam? banyak tak dapat info ?...hope membantu ye kalau ada adik-adik yang kena buat kajian tu..hukhuk..k lah time to study n finished my assignment..n sok ader test..tak de study lagi..chow! 

Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

Friday, 12 October 2012

Rahsia Mimpi

Assalamualaikum,
Malam ni ada perjumpaan dengan cikgu-cikgu taska Nia..so sementara menunggu waktunyer, so sempat lah update entri untuk malam ini..Papa Nia seronok pegi makan dengan kawan-kawan....tinggalkan kiter & Nia...

Kiter teringat mimpi malam tadi..hihihi kelakar n sweet je raser..keh keh keh bila terfikir, senyum sendiri..nasib lah mimpi tu mainan tidur je..ok, yang sebenar-benarnya kiter teringat mimpi kita malam tadi, tu yang malam ni excited nak buat entri pasal maksud di sebalik mimpi-mimpi...tapi sekadar seronok-seronok je lah..jgn lah percaya, itu cuma tafsiran sahaja...kalau percaya dah jadi tahyul plak ye..

jom usha 
1001 rahsia mimpi

Abu
Jika anda bermimpi tersembur dan atauu kena abu dalam hidung hingga seolah-olah tidak bisa bernafas menandakan didalam pekerjaan anda saat ini sedang ada yang tidak beres.  

Adegan
Jika anda bermimpi menonton adegan lucu, dan pertunjukan jenaka menandakan bahwa anda akan memperoleh suatu keuntungan yang baik dalam pekerjaan. 

Air
Jika anda bermimpi berjalan diatas air alamat anda akan beruntung. Sedang mimpi tenggelam dalam air sungai alamat buruk. Dan bila bermimpi lihat air masuk kedalam rumah alamat anak dan anda akan mengalami sakit. Anda bermimpi menangis melelehkan air mata alamat akan datang kegembiraan. Dan memimpikan air buah menandakan tak lama lagi (dalam hitungan hari) akan menerima kabar gembira dari sanak famili atau teman Anda. Mimpi melihat air banjir, bersirat akan mendapatkan rerzeki. Mimpi melihat air mengalir, bermakna aka mendapatkan kabar yang mengejutkan  

Anak Kucing  
Jika anda bermimpi bersenda gurau atau sedang bermain-main dengan anak kucing, alamat anada tidak usah susah-susah soal kehidupan dan peri laku perekonomian anda, sekali waktu dalam tempo yang singkat anda segera dapat senang. Mimpi melihat atau mengamat-amati kucing yang sedang tidur, alamat ketentraman rumah tangga anda akan tercapai. Sedang anda mimpi dicakar kucing alamat anda sedang diganggu dan atau akan diganggu oleh orang yang sesungguhnya lebih bodoh dari anda. 

Bahagia
Jika anda bermimpi bahagia bertanda kebalikan, hidup yang anda jalankan harus lebih hati-hati lagi (waspada) Lain halnya kalau anda bermimpikan orang yang bahagia, adalah tanda anda disayangi orang dan diberi kesempatan yang lumayan.
 
 

Bayi
Jika anda bermimpi menggendong bayi bertanda akan mendapatkan rezeki yang baik. Bila anda melihat bayi lahir anda akan aktif dalam suatu pekerjaan yang tidak disangka-sangka dan tidak ada hubungannya dengan pekerjaan anda yang lampu. Dan jika mimpi melihat bayi dalam kandungan ibu, bertanda orang yang menghalang-halangi usaha anda akan pergi dari anda.Bahan Jika anda bermimpi membeli bahan bangunan bertanda jelas anda akan bersukses dalam usaha yang anda rintis. 

Bank
Jika anda bermimpi sedang berada didalam bank akan mendapat dan menghadapi kesukaran. 

Dahaga/Haus
Jika anda bermimpi haus sekali, bertanda anda akan menerima suatu rezeki dari hasil keringat anda sendiri.
 
 
wahhh banyak ni kalau nak taip...ape kata korang jenguk2 website ni kalau nak tahu banyak lagi tentang tafsiran mimpi... KLIK DISINI.   

hurmm korang mesti nak tahu kan aper kiter mimpi kan..hehehehe..malu lah plak...ntah macam mana leh termimpi yang F.A tu syok kat kiter..cam2 cara die buat tuk tackle kiter..keh keh keh..lawak giler...ni mesti penangan cerita ombak rindu n adam n hawa ni...

ishkk yang kiter musykilnyer yang berlakon cerita tu A.A bukannya F.A...kalau A.A yang ngorat syok gak...hohohoho...tapi dapat F.A pun ok lah...Mampus kiter kena tibai ngan En Suami ni...

sape yang tahu, tahu lah sapa kah gerangan F.A & A.A tu..tak nak cakap sebab malu hihihi..
 
k lah uolss time's up ...waktu untuk ke meeting PIBG ni..sayonara


Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

Wednesday, 10 October 2012

Aku Terima Nikahnya

Assalamualaikum,
 
 
Tengok trailer filem " Aku Terima Nikahnya..."  macam best je...dah lama tak pegi panggung wayang untuk release tension...nak ajak papa tgk citer ni...hurmm memang tak dapat lah kan..dia bukan suke citer-citer melayu ni..nampaknyer tunggu aje lah di tayang kat TV..itu pun tak tahu biler..
Filem Aku Terima Nikahnya merupakan Sebuah filem romantik drama terbitan Metrowealth Pictures arahan Eyra Rahman dan dibintangi oleh Ady Putra, Nora Danish, Mon Ryanti, Alex Yanz, Kamal Faridz dan Azrel Ismail.Filem ini mengisahkan kepayahan dan ketabahan seorang isteri yang setia, kehidupan bahagiaArlisa (Nora) serta Johan (Adi Putra) ditimpa dugaan selepas Johan terbabit dalam nahas jalan raya.

Akibat kemalangan itu, Johan disahkan hilang ingatan kerana menghadapi “Selective Amnesia “ menambah lagi kerumitan kepada Arlisa. Tidak mahu berputus asa, Arlisa menguatkan semangatnya untuk berusaha menjaga Johan walaupun kini dia langsung tidak diingati suaminya itu.

Pelbagai inisiatif cuba digunakan Arlisa termasuk melakukan semula detik-detik yang pernah dilalui, namun semuanya gagal mengembalikan ingatan Johan. Ujian bertimpa lagi selepas Johan mula merapatkan diri dengan Suriya (Mon Ryanti)meninggalkan Arlisa bersedih sendiri sehingga pada satu saat dia gagal bersabar dan hampir putus harapan.

Semuanya terjadi apabila Johan makin selesa dan mesra di samping Suriya malah menyatakan hasratnya untuk menceraikan Arlisa kerana hatinya sudah terpaut kepada Suriya.
Pergolakan yang semakin kencang itu memaksa Arlisa mengundur diri walaupun cintanya pada Johan tidak pernah berubah.

“Apakah kesudahan kisah cinta agung Johan dan Arlisa?


ade sape2 nak teman kiter tak pegi tgk citer ni... :)

Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

11 Tempat Tercantik Di Dunia

 
Assalamualaikum,
 
Mata kiter semakin segar bugar ni..sok ada training ni..sambil-sambil nak bagi mata lelap ni, kita saje usha-usha tempat-tempat menarik di dunia yang boleh di lawati. Kiter teringin nak pegi ke tempat-tempat macam ni..bila lah ye..ermm berangan aje ler.. Tapi tempat2 ni memang cantik sangat...Besarnyer ciptaan Allah SWT...jom cuci mata!
 
[Image: 21ttdd01.jpg] 
 
[Image: 21ttdd02.jpg]

[Image: 21ttdd03.jpg] 
 
[Image: 21ttdd05.jpg]

[Image: 21ttdd06.jpg] 
 
[Image: 21ttdd08.jpg]

[Image: 21ttdd09.jpg] 
 
[Image: 21ttdd11.jpg]

[Image: 21ttdd12.jpg] 
 
[Image: 21ttdd15.jpg]

[Image: 21ttdd20.jpg] 
 
enjoy ye!

  
Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

Tuesday, 9 October 2012

Cute Baby In The World

    Assalamualaikum,

Kiter dah lamer tak mengadap PC ni..sekali sekala mengadap memang susah ler nak berenti ni ye...Sekejap je raser, rupernyer Nia dah nak masuk  5 tahun dah tahun depan ni...Diri ni terasa rindu nak ada baby lagi tapi apa kan daya belum lagi ada rezeki...

Nia pun dah pandai cakap bosan dah skang ni...Nia selalu cakap, : Ibu ni selalu sibuk, papa sibuk habis tu Nia nak main dengan saper...? Nia dah bosan dah tgk kartoon, Nia dah bosan dah main game..Nia nak baby...!!!adoiiiii dushhh batu jatuh atas kepala...pe nak jawab ni???? Ibu : Nia tak takut ke kalau ibu ada baby nnt ibu dah tak sayang Nia ?? tak takut ke..? (sajer je nak test..) pastu Nia dengan selamber je jawab, Nia : Nia tak takut, sebab Nia pun dah ada baby, Ibu tak takut ke Nia dah tak sayang Ibu nanti ?..wah ini sudah lebih..hukhukhu..

Takpe lah Nia, tak dapat bagi baby skang pun tak pe kan..ibu tunjuk gambar dulu ye..Nia pilih je mana yang Nia suker..hehehehe..suker hati je kan.. jom layan antara 50 cute baby in the world..

                                                    baby photos (2)




baby photos (3) 

baby photos (12)

baby photos (10) 

baby photos (20)

baby photos (43)

flower child 




Loving Life     


Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

Bilik Tidur Impian

Assalamualaikum,

Malam-malam cam gini, badan dah penat, mata plak mengantuk kan..dapat plak katil dan bilik yang sangat indah dan mempersonakan..hurmm mau tido tak hengat ni....hihihi..saje je cari-cari dekorasi untuk bilik Nia...

Teringin nak mencantikkan bilik tidur Nia dan bilik kiter sendiri..hurmmm tapi budget lari lah plak ye..tapi tak per kiter survey-survey dulu dan cuci mata kan..Tapi kalau dapat rumah yang lebih besar dan bilik yang lebih selesa..nak hias rumah pun seronok..Insyaalah kalau ada rezeki...Alangkah indahnya tidur malam ku dengan bilik-bilik ni..hahhaha..jom kiter rilek cket mata, kasi tenang jiwa raga ye..


BILIK TIDUR UNTUK NIA

 Hiasan Rama-rama yang megindahkan lagi pandangan mata..Nia mesti suker ni sebab kaler pink, her fav colour

Bilik ni pun cantik tapi mungkin tak sesuai untuk Nia yang masih kanak-kanak ni..mungkin bile dah remaja sesuai kot..

 Yang ni memang comel sangat...Nia siap masuk dalam gambar ni lagi..hukhukhuk...Ibu ni kuat berangan ye Nia!


BILIK TIDUR IBU & PAPA

Mula-mula nak tulis bilik tidur ibu je tapi macam tak fair plak tak tulis papa..so tulis ler bilik ibu dan papa..heheheh

 
Cantiknya bilik ni sebab ada langsir kat tengah-tengah tu..kiter suka tema macam ni..


Wah, this room very romantic u...sayang plak nak buat tidur ye!

This is my fav colour...PURPLE...so hot..sukernyer...papa, nak bilik ni...hukhuk


Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

MAPEX 2012 : Pameran Hartanah

Assalamualaikum,

Ape khabar semua...? lama dah tak update..last 2 week very busy..tersangat busy terutama sekali bile hari minggu..bukan lah busy dengan family tapi busy melaksanakan tugas sebagai pelajar...ini jalan yang kiter pilih so redah je lah...rasanyer masa 24 jam dalam 1 hari tu memang tak pernah cukup..rasa macam baru je tido tetiba alarm dah bunyi ye...

Bila dah terlalu busy ni, mula lah tanggungjawab kat family sedikit terabai terutamanya Nia...dah lah asyik main sorang-sorang pastu papa n ibu asyik sibuk je memanjang ye...sampaikan Nia tu dah pandai ajak pergi bercuti dah skang ni ( cuti ibu dah abis ler Nia..tahun depan ye!)...kesian pun ade tp ape nak buat ada tuntutan dan komitmen yang lagi penting perlu di laksanakan.

Bukan la nak kata anak ni tak penting..hukhukhuk...giler ke apa anak tak penting !..Sory Nia, nanti ibu bawak pi holiday ye... :). Rumah pun dah macam ape dah...ini lah masanye untuk survey rumah yang lebih besar dan selesa untuk nia..wah tetiba plak kan, macam banyak je duit...hihihi impian tu perlu ada :)

Actually entri ni yang sebenor-benornya nak share pasal pameran ni aje huhu...punyer lah panjang mukadimahnyer..aishh..meh share cket..jom ..


Mapex merupakan pameran hartanah dan estet terbesar yang di adakan di Malaysia.
Malaysia sebagai penganjur MAPEX kekal sebagai pasaran pilihan untuk pembeli rumah Malaysia sejak peranannya dalam memulihkan pasaran hartanah selepas krisis kewangan Asia.
 
Actually daripada pameran ini bagus untuk pembeli-pembeli yang baru nak beli rumah kan..contohnyer pasangan yang baru berkahwin..semestinya memerlukan tempat tinggal yang sesuai..datang ke pameran ini beramai-ramai n maybe boleh dapatkan tips dan cara-cara serta prosedur pembelian rumah dengan  betul. Kalau lah kiter ada peluang untuk pergi...

Pameran MAPEX diadakan di kedua-dua peringkat kebangsaan dan negeri sepanjang tahun, beberapa kali setahun. untuk keterangan lebih lanjut boleh klik DISINI ye

Apa-apa pun uollls leh pergi ikut tarikh di bawah ye..

THE VENUE
Mid Valley Exhinition Centre(MVEC), Hall 1, 2 & 3



DATE & TIME
  • 19 - 21 October 2012
  • 10am - 9pm
    (Admission is free, open to public)

Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

Ramai yang Suker