-->

recent post

get this widget here

Friday 18 May 2012

Semanis Kurma : Dimanakah Silapnya ?




Selamat berhari minggu uolss....sapa yang ada tengok rancangan Semanis Kurma : Dimanakah Silapnya? malam Jumaat yang lepas... Topik malam Jumaat lepas bersama Datuk Norbaayah Mahmood dan Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid ialah Dimanakah Silapnya yang di fokuskan untuk alam rumah tangga..menarik kan. Sweet je kan pasangan ni.

Layan gak ler topik minggu ni. Bila ada pemanggil yang minta nasihat dan bantuan, hati kiter sangat tersentuh kerana bermacam-macam ragam dalam rumah tangga yang jauh lebih teruk dari alam rumah tangga kiter. Rasa insaf sekejap, kejap je lah kan..hihikhik

Bile tengok Semanis Kurma ni, persepsi kiter terhadap husband berubah dan yang pasti kiter yang perlu lebih mengalah dan berubah. Tapi satu yang perlu di tekankan di sini, nobody is perfect. Sebagai pasangan kita kena sentiasa ada sikap 'give & take'. Kalau kedua-dua pasangan nak mempertahankan ego, maka akan pincang lah rumahtangga

Imbas kembali topik semalam, lebih kurang macam ni lah..Masa bercinta semuanya indah. Tido tak lena, mandi tak basah, kentut pun tak busyukkk hahaha tapi biler dah kawin semua keburukan terserlah bosan sampaikan tido tak ingat dunia siap berdengkur, satu hari tak mandi pun takper, bile kentut mula lah nak duk jauh2..pastu mula la nk cari pasangan baru sebab dah cinta dah tak sehangat dulu dan hati nk merasa kehangatan baru yang bahagia..nk hangatkan balik hubungan tu? jom kita cuba cara di bawah..


BERIKAN KEJUTAN

Baik lelaki dan perempuan, diorang ni gemarkan kejutan dan Wanita plg suka akan kejutan. Tidak salah sesekali membuat kejutan untuk pasangan masing-masing. Pasangan akan rasa lebih dihargai dan berasa di sayangi. Tunjuk sikap romantik kepada pasangan yang sah rasanya tak salah.

UBAH ANGIN

Kadang-kadang perlu berubah angin gak maksudnyer kalau skang ni nak SMS pasangan pun jarang sekali dalam 1 hari, pergi keje pastu balik keje.. apa salahnya kali ni sebelum mula waktu keje, call pasangan dan beri pasangan kata-kata semangat sebelum mula bekerja. Baru ade feel nak kerja kan...Sebelum balik keje tu call pasangan sekali lagi, tanya nak makan ape?...ucapkan kata-kata manis sebelum balik..mesti tak sabar2 nak balik kan..

IMBAS KENANGAN

Kenang kembali bagaimana mula2 bertemu dulu,bagaimana anda meluahkan perasaan pada si dia.betapa romantiknya dulu.Cuba ajak si dia kenangkan kembali apa yg buat si dia jatuh hati pada anda,apa yg buat anda jatuh hati pada si dia, semuanya nmpk indah dan dalam masa yg sama,semai kasi sayang dalam diri si dia supaya sayangkan hubungan ni yang telah bertahan lama...

JANGAN TERLALU CEMBURU

Cemburu itu perlu sebab cemburu itu tandanya sayang tapi kalau terlalu cemburu pun tak boleh lah sebab nanati pasangan akan jadi bosan. Dalam diri setiap pasangan mesti tanamkan sikap percaya antara satu sama lain supaya si dia rs bebas sedikit dan tak terlalu tertekan dgn hubungan ni..

CANTIK DAN KEMAS UNTUK SI DIA

Tak Kira lelaki ke perempuan, mesti pentingkan soal penampilan, mesti sentiasa nampak kemas dan segar. Tak semestinya masa bercinta je nak nampak cantikkan..Lepas kawin laki perlu titip berat kan pasal penampilan ini terutama sekali bagi perempuan. Mesti lah pakai cantik-cantik, wangi-wangi untuk suami kan dan si suami plak biler si isteri ni dah cantik tak kan lah pakai kain pelikat aje ye..mesti ada keseimbangan dalam hidup berumah tangga.


Wahhh..best tak tips-tips ni...ini bukan untuk uols saja tau ini untuk peringatan diri kiter gak..Pada pendapat kiter kan, tak perlu nak mencari siapa silap, apa silapnya,dimana silapnya yang pergi kita mesti usaha untuk memperbaiki apa yang kurang. Orang kata, pasangan suami isteri ni saling lengkap melengkapi... Kalau si isteri kurang kat sini, si suami pun kurang kat sana..so cari cara untuk seimbangkan dan elakkan pergaduhan..

Kadang-kadang kita ni tak sedar, perkara yang remeh pun boleh mebawa kepada pergaduhan yang besar.. pokok pangkalnya, salah seorang mesti mengalah dan kurangkan sifat ego dalam diri, tak elok pun..Last sekali kalau dah ade anak tu, fikir2 kan lah tentang anak sebelum buat apa-apa.

Membebel panjang plak kiter ni ye, k lah uols , kiter nak kena study ni..ade test minggu ni..enjoy reading kay..

bai n much luv

























Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

0 000 orang nak tahu:

Ramai yang Suker