-->

recent post

get this widget here

Sunday 27 May 2012

Pameran Kesultanan Perak




Aloo..alooo..uolls ape kabar..?sumer kan..dah makan ke? ada yang pose..? good..good..

Hari Sabtu itu hari kan ader kelas sampai jam 6.00pm sepatutnya tapi biase ler..mesti sumer nak balik awal kan..dan kebetulan plak Prof pun ade hal nak kena balik kampung..katernya Pak Mertua nak Kawin lagi..hihihihi lawak je dengar..mungkin betul kot..

So, Alang2 prof dah kasi change balik kul 4.00pm..kitorang pun apa lagi..pergi Ampang Park ler..Pantang ader peluang padahal kelas malam ada test 2 nak kena tempuh...dapat geng plak jenis2 sakai punyer..maner nak layan test2 ni..huhuhu sory geng..So, kitorang pun makan2 kat Ampang Park pastu jalan2 kat kedai2 kat ampang Park tu..Masa kiter makan2 tu diorang ni plak ajak pi lepak KLCC plak sementara tunggu kelas kul 8.00PM.. nak balik memang tak lah kan sebab parking kat UTM SPace tu limited sangat..so elok2 dah dapat parking baik tak yah balik kan..

Rasernya dah lama gak tak pergi KLCC ni..apalagi, kiter n the geng berjimba2 lah ke KLCC...Penat shopping tu tak terasa sgt sebab seronok keluar ngan teman2 kan. Punyer lah ramai orang kat KLCC tu..ader sales kot, pening tgk manusia ramai sangat.. sory ler kiter ni bukan kaki shopping, so tak baper tahan sgt mental ni biler tgk org ramai2 tapi jalan je lah kan..yang diorang ni plak, sebenarnya ada agenda ajak kiter pi KLCC ni...rupa2nya diorang ni nak beli cup cake Red Velvet kat tingkat 4 kalau tak silap ler..sedap katernyer..perhgghhh tak pasal2 kena ikut diorang sebab nak beli cup cake je..tapi tak per lah kiter enjoy sebab semua kedai masuk kot without buying...hahahhah

Pusing punyer pusing, ternampak lah tentang Pameran Kesultanan Perak ni yang bermula 26.05.2012 sehingga 26.06.2012. Masuk percuma. kalau tak silap kiter tingkat 4 jugak kot..kitorang ape lagi, pantang nampak 'PERCUMA' mesti nak masuk kan.

Banyak sejarah2 yang kiter tak tahu tentang negeri Perak ni, actually pameran seperti ini sangat bagus terutama sekali di zaman sekarang ni, remaja-remaja kita tidak berapa minat kan dengan sejarah so daripada program macam ni boleh menarik minat sesetengah generasi. Hope after this ade lagi pameran-pameran seperti ini untuk negeri-negeri lain. So, ape tunggu lagi uolls, anak jati Perak khususnya..jom beramai-ramai ke KLCC.

Kiter tak leh snap pic , so gambar ini aje lah yang ade..enjoy ur self kay











Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

Thursday 24 May 2012

FIESTA MANGGA 2012 @ MENARA KL



holaaa...cam besa lah..selalu tak leh tido...angin kus-kus hr ni elok je so raser cam nak study pastu plak nampak lipas terbang..perghhhh menggigil kepala lutut ni..kiter geli geleman lah ngan binatang yang kecik2 ni , yang suker terbang2 ni...terus tak jadi nak study...ape ler yang kiter duk melalut ni ye..

Korang nak tahu tak..mulai 25.05.12 - 27.05.12 akan di adakan Fiesta Mangga @ Menara Kuala Lumpur..25hb sok ler kan..Semua orang kiter rasa pastinyer suka makan buah kan..so untuk fiesta yang start besok ni banyak gerai-gerai buat yang akan di buka lah and focus more to mango lah..siapa yang memang hari2 makan buah kat sini..?angkat tangan...masa ni lah nak buktikan kat sumer ' saya lah pemakan buah tegar...'

https://mail-attachment.googleusercontent.com/attachment/u/0/?ui=2&ik=8a0628fda4&view=att&th=1377e2e1728af098&attid=0.1&disp=inline&safe=1&zw&saduie=AG9B_P_Tl04YCXZmcYsxlLbWTDQq&sadet=1337882767959&sads=XzPP97Uv9K0uVes15ADCVraCdug&sadssc=1


Bagus jugak program-program macam ni di jayakan..banyak memberi manfaat kepada semua. Anjuran ini adalah daripada FAMA..kalau tak silap kiter lah, tiap2 tahun ade kot Fiesta buah ni...Kempen ini bermatlamat memperkenalkan kepelbagaian varieti mangga tempatan dan luar negara kepada orang ramai selain menyebarkan maklumat mengenai potensi industri penanaman dan pengeluarannya. Bagus..bagus...bagus..dan bagus lagi

INFO DARI FAMA YANG MUNGKIN KITA TIDAK KETAHUI :
  1. Kira-kira 40,000 biji buah mangga akan disediakan sepanjang Fiesta Mangga 2012 yang diadakan di Menara Kuala Lumpur pada 25 hingga 27 Mei ini.
  2. Bulan Mei merupakan tempoh mangga berbuah dengan lebat. Jadi, inilah masa yang terbaik FAMA mengadakanfiesta secara besar besaran kepada orang ramai.
  3. Bagi mempromosikan makanan tradisional berasaskan mangga yang unik kepada masyarakat tempatan dan pelancong luar.
  4. Orang ramai boleh mendapatkan mangga segar terutamanya jenis Chokanan dan Perlis Sunshine dengan tawaran harga istimewa iaitu KMJ0 berbanding RM12 hingga RM14 untuk tiga kilogram (kg).
  5. Sebanyak 20 gerai akan disediakan di sekitar tapak fiesta yang turut menyediakan produk berasaskan mangga seperti jus, jeruk dan aiskrim
So Kepada yang berminat boleh lah singgah2 kan diri anda semua ke sana ye..malangnyer, kiter sekali lagi tak dapat nak pergi...ade test ler.. :( but don't worry, uollss enjoyed sok kay..

bai n much luv






Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

Wednesday 23 May 2012

Mother & Baby Expo 2012



Makkk aiihhh..mata ni dah tak leh nak lelap sebab duk mengadap assignment, lepak lah kiter kejap kat ruang ini ye...tadi masa balik keje ader ternampak banner pasal pameran ' Mother & Baby Event' ni. Macam best je ni..kiter suke tengok n beli baju budak2 ni sebab comel sangat..tapi kalau ikut dari tajuk event ni, untuk ibu/mama/mummy/bonda pun ader gak ni..lagi bertambah seronok nak usha-usha kan..

Tapi kiter tak leh nak pegi gak, sebab pada 1 -3 Jun 2012 tu kita kat Penang ada convention anjuran company..melepas lagi kan..tak pelah uolls enjoy je lah kay..yang maner ade masa tu, leh lah jenguk2 sana..shopping aper yang patut ye :)

mother-and-baby-expo-june-2012-pwtc-kl


What : EG Mother & Baby Expo 2012

When : 1st June 2012 - 3rd June 2012

Time : 11.00 am - 9.00pm

Where : Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur


Admission : Free Entry

Product Categories :

Baby Carriages
Car Seat
Furniture
Toys
Educational Product
Food
Baby Clothing
and much more....



Kiter tak puas hati tak dapat nak pergi kan, so kiter usha-usha lagi pasal pameran ni, terjumper lah banner ni plak..rupa-rupanyer ader lagi event on July 2012, kat Mid Valley. Bersinar2 mata kiter ni hah..leh beli baju raya Nia sekali. Rasanyer pameran ni bukan setakat jual baju tapi maybe ader gak pertandingan untuk mak-mak dan anak-anak..maybe lah..apa kater, uolls pegi..so leh citer aktiviti ape yang ader kan..So next event seperti di bawah:

What : Mom & Baby Expo 2012
Where : Mid Valley Exhibition Center
When : 27th July 2012 - 29th July 2012
Time : 11:00 am to 9:00 pm
Admission : FREE


What : Mom & Baby Expo 2012
Where : Danga City Mall, JB
When : 5th October 2012 - 7th October 2012
Time : 11:00 am to 9:00 pm
Admission : FREE


What : Mom & Baby Expo 2012
Where : Penang International Sports Arena (PISA), Penang
When : 7th December 2012 - 9th December 2012
Time : 11:00 am to 9:00 pm
Admission : FREE


Apalagi jom kiter pergiii..yibaaa..yibaaa. Kredit info dari Mamafc.com


Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

Team Malaysia Fun Run 2012



Baru siapkan 1 soklan assingment tak juga lepas2..dah pening sangat ni, baik menulis je kan...uolls tahu tak pasal Team Malaysia ni..? Meh sini nak bagitahu..

Pasukan Malaysia adalah nadi arena sukan negara kita, membimbing dan memberi inspirasi rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat untuk menjadi atlet bertaraf dunia. Ia juga membakar semangat semua rakyat Malaysia dengan kasih sayang dan keghairahan untuk semua jenis sukan.

Dan untuk melambangkan ketangkasan dan kekuatan ini adalah Team Malaysia Panthera jersi. Lengkap dengan jalur yang berani dan warna yang menarik Malayan Tiger, ini menggambarkan yang Team Malaysia adalah sebuah pasukan yang perlu diiktiraf.


Baru-baru ini saya terbaca tentang event 'Fun Run 2012' yang akan berlangsung pada 17.06.2012. Kepada sesiapa yang berminat leh lah join larian rakyat bersama Team Malaysia di Team Malaysia Fan Run sebagai tanda sokongan padu uolls kepada Kontinjen Malaysia yang akan bertanding di London dalam bulan Julai ini dan dalam masa yang sama leh gak beriadah kan..Kiter nak join tapi malam ni 17.06.2012 tu 1st untuk Final exam..maybe next time

30 atlit negara akan bertanding menentang atlit-atlit dari 200 negara lain untuk memenangi medal Emas di acara sukan termasyhur dunia. Larian ini adalah yang pertama pernah dianjurkan oleh Team Malaysia untuk para atlit negara kita.

Butiran acara adalah seperti berikut:

Tarikh : 17 Jun 2012 (Ahad)

Tempat : Dataran Merdeka, KL

Masa : Seawal jam 7.00 pagi

Yuran Pendaftaran : RM40.00

Kategori : Larian 3km dan 7km


Untuk setiap pendaftaran, uolls kan dapat jersi Team Malaysia PERCUMA, medal eksklusif, sijil penyertaan, 'goodie bag' menarik dan peluang memenangi hadiah Cabutan Bertuah.

Bawalah keluarga dan rakan-rakan anda untuk lari bersama para atlit Kebangsaan kita dan memeriahkan suasana di acara ini. Team Malaysia juga akan mengadakan karnival di Dataran Merdeka pada hari yang sama. Pelbagai permainan, aktiviti dan pertunjukan menunggu anda!

Terdapat 2 cara untuk mendaftar:

1) Daftar secara ‘online’ di www.tm.com.my/teammalaysia dan klik butang Fan Run. Tarikh tutup pendaftaran ‘online’ selewat-lewatnya pada 4 Jun 2012 sebelum jam 5.00 petang.

2) Daftar di 2 lokasi dibawah, selewat-lewatnya pada 8 Jun 2012 sebelum jam 5.00 petang.

- Federal Territory Amateur Athletic Association (FTAAA), Tingkat 2, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur

- Twentyfirst Century Sports, No 51, Jalan SS 18/6, Subang Jaya, Selangor


‘Race Kit’ boleh diambil pada:

Tarikh : 9 & 10 Jun 2012

Tempat : Tingkat 2, Dewan Serbaguna, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur

Masa : 10.00 pagi – 6.00 petang

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tm.com.my/teammalaysia atau emel di teammalaysia@tm.com.my.

Kontinjen Malaysia mengharapkan sokongan anda!

Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

Monday 21 May 2012

Syafaat Bulan Rejab



Tadi entri yang seronok2 kan, so kali ni kiter pergi ke entri yang lebih berilmu cket yer..Hari ni 22.05.12 bersamaan dengan 1 Rejab. Majoriti daripada kita semua ni hanya menghafal kalendar omputih je kan, Kalendar Islam ni kita selalu lupa, saya pun tak terkecuali..Kepada yang melaksanakan puasa hari ni , tahniah saya ucapkan kerana banyak Fadhilat Bulan Rejab ni. Di bawah ni saya sertakan Doa bagi Bulan Rejab.

Semua tahu kan Bulan Rejab ni bulan yang penuh dengan fadhilat, penuh dengan keberkatan. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta’azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya kepada seluruh hambanya yang beriman.



Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Saya banyak membaca tentang kelebihan bulan rejab ni dan antaranya adalah :
  1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
  2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
  3. Rejab bulan Allah, Sya’aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
  4. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya’aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
  5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya’aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
  6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya’aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
  7. Rejab adalah bulan taubat, Sya’aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
  8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya’aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.
Bersyukurnya saya kerana masih diberi peluang bernafas di bumi yang fana ini untuk bertaubat dan beribadat hanya kepadaNya. Kadang-kadang kita terlalu leka mengejar kekayaan di dunia sehingga terlupa kekayaan yang Dia sediakan Di Atas Sana.

Tidak perlu menunggu Bulan Rejab untuk beribadat kerana setiap bulan Islam ada syafaatnya tersendiri. Kepada siapa yang belum bermula, tidak salah untuk mula dari sekarang. Kita hidup tidak lama, entah kan esok Allah menjemput kita, takut amalan tiada pula sebagai bekalan, bagaimana? Tak kan nak tunggu tua baru nak berubah. Ajal maut itu di tangga Allah, kita tidak tahu bila tiba masa kita dan apa yang pasti setiap yang hidup pasti akan mati..beringat-ingat lah sekarang. Sharing is caring kan, so selamat beramal di bulan rejab ye..

Kredit info dan gambar dari Fasihah.Com dan FB Ustaz Don


Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

Hari Cuti yang berbaloi-baloi



Hari ni kiter amik cuti ganti untuk Hari Wesak itu hari yang jatuh pada hari Sabtu. Sib baik ler company bagi cuti ganti, dapat gak rehat 1 hari lepas bertungkus-lumus menghadiri kelas pada hari minggu kan. Memandangkan cuti tahunan pun dah tak banyak, bersyukur sangat rasanyer bile dapat cuti ganti ni..Tapi cuti-cuti ni pun takde ler dapat rest sepenuhnyer sebab hari ni aktiviti sangat full.

Antara aktiviti yang kiter buat hari ni ialah penglibatan ibu bapa untuk Taska Nia. Kan kiter kena buat 4 jam aktiviti pada setiap bulan, so kiter amik ler kesempatan cuti ni untuk membuat aktiviti bersama Nia dan kawan-kawan. Dalam kotak fikiran ni macam-macam nak buat last2 kiter decide untuk buat simple sukaneka. rancang dah lamer ni tapi bile sampai masa nak buat je yakni hari ni...preparation pun kiter tak buat banyak, just beli candy banyak2 at NSK Wangsa Maju. Sib baik ler pihak Taska ade sediakan barang2 untuk sukaneka ni..ala sukaneka tuk budak2 3-4 tahun, so simple2 je lah kiter buat ye..Buat yg susah2 kan tak termain plak diorang ni..

So antara games yang kitorang main tadi ialah menarik bola menggunakan gelung, berlari membawa bola, baling bola ke dalam gelung, mencari candy dalam tepung dan last sekali berebut gula-gula but before sukaneka start, kitorang buat 'Big Circle' dulu. Bagus actually aktiviti yang dilaksanakan di Taska ni..So buat aktiviti 'Big Circle' dari jam 9.00am sampai ler 9.30am, buat senaman atau pun warming up dulu then baru ler start aktiviti sukaneka. Kanak-kanak di bahagi kepada 4 kumpulan iaitu merah, biru, kuning dan hijau.


Ini adalah antara barang2 yang diperlukan untuk aktiviti sukaneka

Kanak-kanak termasuk Nia setia menantikan cikgu2 setkan tempat untuk sukaneka

Nia dan kawan-kawan tekun mendengar arahan daripada Cikgu Anis

Actually banyak lagi gambar tapi malas nk upload banyak2 nanti uolls jeless hihhihi. Seronok tengok diorang ni bermain, macam-macam gelagat ader. Ada yang faham arahan cikgu ader yang buat2 faham tp bile sampai turn, statik je, tak bergerak..hahaha..penat ler cikgu duk jerit suh lari kan..Punyer ler seronok duk main ni ye, bukan setakat kanak2 je yang berpeluh kiter ngan cikgu2 pun turut samer penat n berpeluh. Sukaneka berakhir jam 11.00am. Lepas tu diorang ader time untuk makan buah plak pastu mandi pastu makan tengah hari then tdo dari jam 12.30pm ke 3.00pm. Tapi kitorang tunggu sampai diorang makan buah je pastu kitorang pun blah lah sebab banyak lagi benda lain nak kena settle.

After sukaneka tu, kiter ngan hubby pi manjakan tekak yang haus ni dengan Air Kelapa dan ABC , lepak sampai jam 12.45pm then baru start aktiviti seterusnyer antaranyer service kereta. So after service on Feb2012 itu hari, dah masuk 3 bulan kan, terpaksa lah manjakan kereta ni ker pusat service proton Jalan Pahang. Nasib ler tak de kereta lain, kereta kiter je satu2 nyer..So cepat ler cket diorang buat keje tu. Sambil tunggu tu, bosan kan, so snap ler gambar gak...tunggu punyer tunggu sampai ler 1.15pm baru siap. Rupa2nyer after service kereta kat pusat service proton ni, diorang akan bagi car wash voucher setiap kali service.

Pusat Service Proton Siang Hin, Jalan Pahang

Service diorang ni bagus dan cepat

Tanpa membuang masa, after service kereta, kiter pun manja kan lagi kereta kiter kat car wash..al maklum ler dapat car wash voucher so tak yah bayar kan..kereta pun memang tengah kotor kan, so tak rugi ler basuh...sib baik tempat car wash ni dekat je ngan pusat service proton tadi..area my office gak, so familiar lah cket ngan tempat ni..


Walaupun tak sudah basuh lagi, dah nampak berkilat dah ni..

Habis cuci kereta dalam jam 1.45pm..huh lama gak tunggu tapi tak per lah berbaloi-baloi sebab FOC. Then last destinasi kitorang ialah Carrefour Wangsa Maju, pi shopping.. huhuhu dah lama tak berdua-duaan dengan En Husband ni...Dah Penat berjalan, dalam jam 4.00pm baru lah kitorang sampai umah n baru lah leh rest sepenuhnya. En Husband plak kuar amik Nia dalam jam 5.00pm. Rasa sangat full today but at the same time hepy sebab dapat luang masa dengan Nia dan Husband.

Cukup untuk malam ini, time to focus on my assignment tonight...berjaga lagi ler malam ni..i enjoyed my day and harap uolls pun enjoy gak hari ni yer...

bai n much luv

Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

Friday 18 May 2012

Semanis Kurma : Dimanakah Silapnya ?




Selamat berhari minggu uolss....sapa yang ada tengok rancangan Semanis Kurma : Dimanakah Silapnya? malam Jumaat yang lepas... Topik malam Jumaat lepas bersama Datuk Norbaayah Mahmood dan Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid ialah Dimanakah Silapnya yang di fokuskan untuk alam rumah tangga..menarik kan. Sweet je kan pasangan ni.

Layan gak ler topik minggu ni. Bila ada pemanggil yang minta nasihat dan bantuan, hati kiter sangat tersentuh kerana bermacam-macam ragam dalam rumah tangga yang jauh lebih teruk dari alam rumah tangga kiter. Rasa insaf sekejap, kejap je lah kan..hihikhik

Bile tengok Semanis Kurma ni, persepsi kiter terhadap husband berubah dan yang pasti kiter yang perlu lebih mengalah dan berubah. Tapi satu yang perlu di tekankan di sini, nobody is perfect. Sebagai pasangan kita kena sentiasa ada sikap 'give & take'. Kalau kedua-dua pasangan nak mempertahankan ego, maka akan pincang lah rumahtangga

Imbas kembali topik semalam, lebih kurang macam ni lah..Masa bercinta semuanya indah. Tido tak lena, mandi tak basah, kentut pun tak busyukkk hahaha tapi biler dah kawin semua keburukan terserlah bosan sampaikan tido tak ingat dunia siap berdengkur, satu hari tak mandi pun takper, bile kentut mula lah nak duk jauh2..pastu mula la nk cari pasangan baru sebab dah cinta dah tak sehangat dulu dan hati nk merasa kehangatan baru yang bahagia..nk hangatkan balik hubungan tu? jom kita cuba cara di bawah..


BERIKAN KEJUTAN

Baik lelaki dan perempuan, diorang ni gemarkan kejutan dan Wanita plg suka akan kejutan. Tidak salah sesekali membuat kejutan untuk pasangan masing-masing. Pasangan akan rasa lebih dihargai dan berasa di sayangi. Tunjuk sikap romantik kepada pasangan yang sah rasanya tak salah.

UBAH ANGIN

Kadang-kadang perlu berubah angin gak maksudnyer kalau skang ni nak SMS pasangan pun jarang sekali dalam 1 hari, pergi keje pastu balik keje.. apa salahnya kali ni sebelum mula waktu keje, call pasangan dan beri pasangan kata-kata semangat sebelum mula bekerja. Baru ade feel nak kerja kan...Sebelum balik keje tu call pasangan sekali lagi, tanya nak makan ape?...ucapkan kata-kata manis sebelum balik..mesti tak sabar2 nak balik kan..

IMBAS KENANGAN

Kenang kembali bagaimana mula2 bertemu dulu,bagaimana anda meluahkan perasaan pada si dia.betapa romantiknya dulu.Cuba ajak si dia kenangkan kembali apa yg buat si dia jatuh hati pada anda,apa yg buat anda jatuh hati pada si dia, semuanya nmpk indah dan dalam masa yg sama,semai kasi sayang dalam diri si dia supaya sayangkan hubungan ni yang telah bertahan lama...

JANGAN TERLALU CEMBURU

Cemburu itu perlu sebab cemburu itu tandanya sayang tapi kalau terlalu cemburu pun tak boleh lah sebab nanati pasangan akan jadi bosan. Dalam diri setiap pasangan mesti tanamkan sikap percaya antara satu sama lain supaya si dia rs bebas sedikit dan tak terlalu tertekan dgn hubungan ni..

CANTIK DAN KEMAS UNTUK SI DIA

Tak Kira lelaki ke perempuan, mesti pentingkan soal penampilan, mesti sentiasa nampak kemas dan segar. Tak semestinya masa bercinta je nak nampak cantikkan..Lepas kawin laki perlu titip berat kan pasal penampilan ini terutama sekali bagi perempuan. Mesti lah pakai cantik-cantik, wangi-wangi untuk suami kan dan si suami plak biler si isteri ni dah cantik tak kan lah pakai kain pelikat aje ye..mesti ada keseimbangan dalam hidup berumah tangga.


Wahhh..best tak tips-tips ni...ini bukan untuk uols saja tau ini untuk peringatan diri kiter gak..Pada pendapat kiter kan, tak perlu nak mencari siapa silap, apa silapnya,dimana silapnya yang pergi kita mesti usaha untuk memperbaiki apa yang kurang. Orang kata, pasangan suami isteri ni saling lengkap melengkapi... Kalau si isteri kurang kat sini, si suami pun kurang kat sana..so cari cara untuk seimbangkan dan elakkan pergaduhan..

Kadang-kadang kita ni tak sedar, perkara yang remeh pun boleh mebawa kepada pergaduhan yang besar.. pokok pangkalnya, salah seorang mesti mengalah dan kurangkan sifat ego dalam diri, tak elok pun..Last sekali kalau dah ade anak tu, fikir2 kan lah tentang anak sebelum buat apa-apa.

Membebel panjang plak kiter ni ye, k lah uols , kiter nak kena study ni..ade test minggu ni..enjoy reading kay..

bai n much luv

























Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

Wednesday 16 May 2012

The new ipad 2012...fuyooo



Ok...ini malam kiter berblogger dengan the new ipad 2012..testing, testing...fuyoo memang best lah tapi sayang bukan kiter nyer...bentuknyer sgt nipis dan ringan..

Ini ipad adik kiternyer..tak hbs belajar lagi da boleh beli ipad, kiter ni yang keje dah nak msk 7 tahun baru leh beli galaxy tab...budak2 zaman sekarang ni memang advanced kan..

Orang dulu-dulu, kerje sampai nk pencen pun msh x merasa kot bende2 ni sumer..hah ini ayat abah kiter..hukhuk..jeles je bunyinyer ye..

Hihihihi tpi memang best la berblogger dengan ipad berbnding tab sebabnyer bile nk tulis entry tu tablet kecik berbanding ipad dan rasa cam xpuas je tp bile guna ipad ni..idea mencurah2 ni sebab slesa masa menaip..

K uolss, nk mejlajh dunia ipad jap, insyaallah klu de rezeki merasa ler kiter pkai ipad klu tak, gn je la tab ni..

Bai n much luv

Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

Tuesday 15 May 2012

Puding Karamel & Arwah Khai Dalam Kenangan ... : (



Wahhh..lamanyer kiter menyepikan diri ye...sori lah uolss, kiter bukannyer merajuk tapi busy cket ler minggu ni..balik keje dah penat, malam2 plak layan Nia mewarna lah, melukis lah..macam2 la sampai terlupa pada ruangan ini..sowie yer..


Semalam kan kiter pose tau pastu semalam ada pasar malam di Seksyen 1 Wangsa Maju..So kiter ngan husband decide nak beli makan makan kat situ je.. Jalan punya jalan punya jalan...baper banyak jalan daa hihihi..kiter ternampak lah puding karamel ni..1 slice harganya dalam RM1.50 so kiter beli lah 2 slice sebab teringin nak makan..ye lah pose2 ni nafsu macam2 ye..Cuba tengok Puding kat bawah ni menyelerakan kan..Tapi bila rasa memang sedap pun rasa cam tak cukup 2 slice tu..nanti nak beli lagi lah..bukannya malas nak buat tapi masa tak cukup ( Alasan org malas hahaha)


Tapi dalam kiter dok seronok makan puding ni, kiter teringat seorang teman. Namanyer Khairuddin, kiter panggil die Khai je tapi untuk makluman semua, Arwah sudah meninggal dunia pada 30.09.10 sebab jangkitan kuman di bahagian otak. Arwah Khai lah yang ajar kiter makan puding karamel ni n last pernah pergi beli puding karamel masa bulan puasa tahun 2010 kat uptown danau kota, perghhh pakcik tu punyer puding memang sedap sgt..arwah gak ler yang bagi resepi dan cara masak puding ni...Teringat sampai skang kenangan bersama arwah..Itu lah sebab bila nampak puding kat pasal malam terus je beli tak fikir panjang..sampai skang ni teringat arwah puji puding pakcik ni...itu lah last moment yang boleh kiter kenang bersama arwah.


Arwah seorang yang yang suka buat lawak dan pandai buat orang ketawa..kehilangan beliau sangat di rasai lebih-lebih lagi pemergian beliau sangat mengejut. Arwah pun pandai masak dan suka masak, kadang-kadang die selalu beli makanan untuk di kongsi bersama budak-budak office. Arwah pernah bawa Popia Pisang, sangat sedap tapi sampai sekarang kiter buat mesti tak jadi, rindu nak makan masakan arwah..


Tapi semua tu ketentuan Ilahi dan Allah SWT lebih sayangkan die. Sedekahkan lah Al- Fatihah buat beliau dan semoga rohnya di cucuri rahmat. Semoga beliau di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.





Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

Wednesday 9 May 2012

TIPS : HILANGKAN RASA MARAH





Alamakkk...dah jam 12.50AM tapi mata tak nak lelap ni, sok kena keje lagi..dalam kepala otak ni banyak bende yg kiter ngah fikir tu yang mengganggu waktu tido ni...fikir sampai kepala pecah pun tak boleh membantu selesaikan masalah...

Izinkan kiter untuk merapu-rapu kat sini seketika yer, melayan hati yg sedang berduka...banyak factor sgt, semuanyer berlaku siang tadi...stress, serabut, tension, menyampah sumer bercampur jadi satu..tak tahu kenapa setiap ayat yang kuar dari bibir kiter yang mungil ni..( wahhhh..perasan ! )..pasti ader yg berkecik hati dan terasa, sedangkan bukan niat kiter pun. Bila bertanya, orang ingat kiter marah..walhal kiter just tanye je..ntah ler..

Hari ni perasaan bercampur baur dan yang paling ketara perasan MARAH. Kiter ni memang jenis yang kuat ' meroyan'..satu hari kalau tak meroyan rasa macam tak sah..tapi lately ni kiter dah cuba untuk kawal rasa marah dan sikap mudah melenting dengan cara MENDIAMKAN DIRI..tetapi bila lama-lama mendiamkan diri ada plak yg memijak2 sambil menari di atas kepala kiter ni..

untuk menghilangkan rasa marah ni, kiter pun berjalan-jalan lah ke blog orang lain..saje nak baca kisah org kan..dalam berjalan-jalan, tersinggah lah kat satu blog ni tentang TIPS : HILANGKAN RASA MARAH..hah memang terkena lah kat batang hidung kiter yg tak baper nak mancung sgt ni..

Meh kiter share ngan uollss ye..Insyaallah kiter cuba untuk praktikkan selagi mampu sebab kiter dah tanam azam untuk tahun 2012 ni think positif ( tak tahu ler, berjaya ke tak? )

Jika berhadapan dengan orang yang sedang MARAH
  • bagi peluang orang yang tgh marah tu luahkan ape yang terbuku di hati
  • jangan menyampuk dan merendahkan org yang sedang marah
  • kaji punca kemarahan dan cara atasi, belajar utk meminta maaf dan memberi maaf
  • bersikap tenang
Cara nak atasi marah dalam Islam

  • mengubah posisi. Rasululah SAW bersabda, " Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring "(Riwayat Muslim)
  • Berwuduk. Rasulullah SAW bersabda, " Marah itu datangnya daripada syaitan dan syaitan itu dicipta daripada api, sedangkan api hanya boleh dipadam dengan air. Oleh itu apabila salah seorang daripada kamu marah, maka hendak lah ia berwuduk " (Hadis Riwayat Abi Daud)
  • Minum air banyak2, kasi cool cket
  • Mendiamkan diri ketika marah
  • berlindung kepada Allah daripada syaitan
  • meluahkan perasaan dan masalah dalam masa yang sesuai
  • Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat ; mengelak daripada memekik dan bertindak garang
  • bawa bertenang seperti menarik nafas
  • senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan


Amacam uollss..ok tak?...Kiter tahu, semua orang ada sifat suka marah ni dan kiter memang tak terkecuali dan sekarang kiter cuba untuk amalkan tips-tips di atas, Insyaallah, uollss doakan je lah ye..Kiter rasa, kiter nak cuba tido lah..pasni nak amik wuduk dan berdoa semoga hari esok dan seterusnyer akan lebih baik.. kiter tak mampu nak puaskan hati semua orang..mood untuk hari ni : SANGAT FRUST!!!!( Be positive..chaiyok..chaiyok)

bai n much luv












Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

Tuesday 8 May 2012

MACAM NI PUNYER FAMILY PUN WUJUD KE? ???



Kisah ni pengajaran untuk sumer..Biler da keje bidang customer service ni macam2 jenis org kiter jumper..ada yang faham keje kiter n ade plak yg xnk faham n very selfishh..yang kiter peliknyer kalau pergi bank pandai plak ikut peraturan dan prosedur..

Nak dijadikan citer, hari semalam ade 1 kes, boleh kira kes berat gak ler sebab melibatkan company..n kitorang d tuduh buat kes fraud..ada ke patut,siap buat report polis segala bagai..adoiii, korang bergaduh anak beranak, kami yg cari makan plak jd mangsa ye..

Yang si anak mengata mak, yang si emak plak menuduh anaknyer, ahhh sudahhnyer kami tersepit..nk bergaduh,bergaduh kat umh ler, buang ms org je lah..yang si emak xnk mengalah yang anak plak x hormat org tue..

Moral of the story, walau kena maki pun, kerja tetap kena ikut prosedur..no more tolak ansur terutama sekali untuk company2...sudahnye kiter berurusn je ngan si emak sebabnyer company ni memang nama maknyer..yg si anak ni ada mslh mental kater maknyer..ntah ler...

K ah korang, mencik ah.. Bai n much luv

Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

Saturday 5 May 2012

Jom Bersuka-suka Di Acara Sukaneka



Hi Uolss...gembira hari ni?...moga-moga hari kalian ceria je kay.. seperti entri yang sudah, kiter janji nak upload gambar masa sukaneka kan.. so ini lah dia..

Sukaneka di Apartment Jasmin ni actually setiap tahun pun ade pun tapi this year je kiter berkesempatan nak join sebab diorang buat pada public holiday..So, public holiday kan memang kebanyakan penghuni bercuti kan..ramai ler yang join..kiter join pun sebab nak kasi nia beronok-ronok..hah amik kaw, bahasa apakah itu???

Sukaneka ni start jam 7.30 tapi biasa ler janji melayu, 8.30 baru start sebab ramai lagi penghuni yang sedap tidoo..Nia je bersemangat, siap bangun awal lagi.

Nia masuk aktiviti bagi kategori umur 4 tahun..1 je kategori nye iaitu kutip cekelat..org kay elll cakap berebut candy. Kiter tak masuk pun, bagi sokongan dari jauh je..banyak gak nia kutip candy tu, sampai kena hempap die hahaha...Tapi walau pun kiter tak main apa-apa, dapat gak cabutan bertuah, yang paling besar plak tu..perghh tak sia-sia meluangkan masa untuk acara sukaneka ni..

Harap uolls enjoy ye ngan pic di bawah ni,,tak banyak pun yang dapat snap sebab syok dok tgk org main..terutama sekali game berebut kerusi ( budak-budak kena ikut gaya pak badut)..so funny. ilang stress kiter..enjoyy kayy



Lihat lah betapa ramainyer penghuni Apartment Jasmin untuk blok A dan blok B

Nia excited dapat belon bentuk biri-biri daripada Pak Badut yang very funny


Nia sabar je menunggu Pak Badut, sampai ler ke giliran nya


Inilah antara game-game yang di jalankan..time nia kena hempap tak sempat nak snap pic


Nia bersama sepupu-sepupunya iaitu Irsyad dan Kak Long ( Afrina)..masa ni tak tahu dah Nia beratur untuk kali ke baper...pandai sorok belon yang dah dapat..hihihi

Ingatkan Pak Badut ni Melayu sebab masa doa permulaan..dia tadah tangan, rupa-rupanye die ni Chinnese

Nia lagi dengan belonnya..tak puas hati dapat belon biri-biri, nak bentuk pedang plak

Ibu pun nak join sekaki..Nia bersama belon bentuk pistol plak...

Nia yang beratur di hujung barisan bersama-sama sepupunya Afrina dan Irsyad. diorang pun tinggal kat Apartment Jasmin ni gak..

So amacam..??best tak? memang best lah..sib baik cuaca pun tak panas sgt..i enjoyed this moment n hope u guys do the same..hahaha, speaking meaking plak kiter ni...ntah bahasa ape plak ni..huhu...nak lari lah, maluuu

bai n much luv




Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

SELAMAT BERCUTI UOLSSS



Selamat Hari Wesak kepada yang menyambutnyer..cuti-cuti ni uols pgi maner?buat ape?..hari ni kiter join sukaneka di apartment jasmin ni..ni pun kira br hbs lah ni..penat tunggu nia main..

tapi berbaloi gak tunggu lama- lama sebab dapat hadiah tuk cabutan bertuah..gambar xbyk snap pun sebab xbwk kamera, pinjam hpone en suami..nanti ade ms kita upload yer..

skang ni nk rehat dlu, sebab petang ni ingat nk pi Pesta Buku Antarabangsa di PWTC..


Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

Ramai yang Suker