-->

recent post

get this widget here

Monday 21 May 2012

Syafaat Bulan Rejab



Tadi entri yang seronok2 kan, so kali ni kiter pergi ke entri yang lebih berilmu cket yer..Hari ni 22.05.12 bersamaan dengan 1 Rejab. Majoriti daripada kita semua ni hanya menghafal kalendar omputih je kan, Kalendar Islam ni kita selalu lupa, saya pun tak terkecuali..Kepada yang melaksanakan puasa hari ni , tahniah saya ucapkan kerana banyak Fadhilat Bulan Rejab ni. Di bawah ni saya sertakan Doa bagi Bulan Rejab.

Semua tahu kan Bulan Rejab ni bulan yang penuh dengan fadhilat, penuh dengan keberkatan. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta’azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya kepada seluruh hambanya yang beriman.



Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Saya banyak membaca tentang kelebihan bulan rejab ni dan antaranya adalah :
  1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
  2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
  3. Rejab bulan Allah, Sya’aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
  4. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya’aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
  5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya’aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
  6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya’aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
  7. Rejab adalah bulan taubat, Sya’aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
  8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya’aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.
Bersyukurnya saya kerana masih diberi peluang bernafas di bumi yang fana ini untuk bertaubat dan beribadat hanya kepadaNya. Kadang-kadang kita terlalu leka mengejar kekayaan di dunia sehingga terlupa kekayaan yang Dia sediakan Di Atas Sana.

Tidak perlu menunggu Bulan Rejab untuk beribadat kerana setiap bulan Islam ada syafaatnya tersendiri. Kepada siapa yang belum bermula, tidak salah untuk mula dari sekarang. Kita hidup tidak lama, entah kan esok Allah menjemput kita, takut amalan tiada pula sebagai bekalan, bagaimana? Tak kan nak tunggu tua baru nak berubah. Ajal maut itu di tangga Allah, kita tidak tahu bila tiba masa kita dan apa yang pasti setiap yang hidup pasti akan mati..beringat-ingat lah sekarang. Sharing is caring kan, so selamat beramal di bulan rejab ye..

Kredit info dan gambar dari Fasihah.Com dan FB Ustaz Don


Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

0 000 orang nak tahu:

Ramai yang Suker