-->

recent post

get this widget here

Monday 30 April 2012

Den Poningggg




Uols mesti pening kan tgk blog kiter ni..jap macam tu, jap macam ni..hah skang plak, iklan nuffnang tu tak jadi..hihihi..sory ye, ngan sibuk mencantikkan blog ni..sory coz buat uols pening ye...

Kiter cuba memberikan yang terbaik buat sumer..ermm hari ni satu hari pi berjalan ngan Nia..lawatan sambil belajar katanyer..nanti kiter update ye, pening kepala lah hari ni sebab huh panas sangat 2,3 hari ni..

k nanti kiter update yer, nk rileks-rileks jap ye sambil mencantikkan blog...c u on next sesi k..

bai n much luv..


Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

Sunday 29 April 2012

Taska Permata Perpaduan, Sri Rampai

As Salam,

Selamat berhujung minggu uolss...ujung minggu ni korang tak kan lepak kat umah je kot..bawa-bawa ler pi jalan..hihihi, tapi kiter pun kat umah je ni hah, time cam ni ler nak bersama-sama family, masa lain dah penuh dah jadual...

Hari ni kalau tak, penuh gak jadual dengan kelas tapi di sebabkan Perhimpunan BERSIH tu..so kelas pun terpaksa di cancelkan...dari satu sudut, kiter rasa BERSIH ni bagus gak sebab dapat gak rileks kat umah tapi dari satu lagi sudut..ermmm...susah nak cakap..so kiter tak nak cakap ler..

Hari ni nak bercerita tentang TASKA dimana NIA belajar dan peroleh ilmu...uols tahu tak wujudnya TASKA PERMATA PERPADUAN?mesti ade yang tahu dan ade yang tak tahu kan..Kepada yang tahu jom share ur story dan kepada yang tak tahu meh sini nak citer..

kalu uols nak tahu kan, Taska Permata Perpaduan ni adalah di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Antara visi diorang ni adalah :

  • Menggalakkan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun mendapat asuhan dan didikan yang berkualiti bagi merangsang perkembangan awal mereka yang sesuai mengikut kumpulan umur dari segi fizikal, bahasa, kognitif, sosio-emosi dan rohani dalam persekitaran yang selamat, sihat dan menyeronokkan.
  • Menggalakkan penglibatan dan hubungan yang teguh antara ibu bapa, Kerajaan, pihak swasta dan juga badan bukan kerajaan serta kumpulan masyarakat setempat di dalam pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak.

Ruang Makan Kanak-kanak

Nia adalah antara warga Taska Permata Perpaduan di Taman Sri Rampai. actually banyak perubahan yang kiter nampak since Nia masuk Taska ni. Dulu Nia duk ngan pengasuh, dia agak takut ngan orang yang die tak kenal tapi since dia masuk Taska dari umur 3 tahun, Nia dah jadi lebih berani dan lebih yakin.

Kalu korang nak tahu, setiap pengambilan adalah bermula umur 2 tahun sehingga 4 tahun. Kanak-kanak seawal umur 2 tahun, pendidik-pendidik diorang ni dah ajar macam mana nak makan sendiri, macam mana nak guna toilet, adab-adab berkawan, adab-adab bermain, adab-adab masa makan...pendek kata semua yang kiter rasa agak mustahil untuk kanak-kanak faham dan belajar, pendidik diorang ni leh ajar dan surprising sebab kanak-kanak mudah ikut.

Aktiviti bukan setakat dengan kanak-kanak, Ibubapa pun di wajibkan untuk melakukan penglibatan bersama anak-anak 4 jam sebulan. So uols leh join sekali wat aktiviti dengan anak-anak..gambar di bawah ni di ambil masa kiter wat aktiviti kat Taska Nia, kiter buat aktiviti mewarna je :)

Mari mewarna Epal


Cari buku ni di Pustaka Rakyat, Wangsa Maju


Tempat Kanak-Kanak bermain


Warna biru : Katil kanak-kanak

kalau uols nak tahu gak, yuran bulan cuma RM35 sahaja setiap bulan dan bukan semua yang mintak leh masuk kesini sebab Jabatan akan pilih dulu berdasarkan Pendapatan seisi umah. So kiranye, pendapatan kiter dan suami tak baper nak besor so sebab tu lah Nia di terima untuk 2 tahun( 3-4 tahun) dan tahun ini adalah tahun terakhir buat Nia.

Kalau uols berminat nak hantar anak-anak ke sini leh berhubung dengan pihak jabatan yer, selalunyer diorang akan open pendaftaran pada hujung tahun dalam bulan 10 -1 2.

Setiap tahun pihak Taska akan buat Hari Graduasi dan Nia dah terlibat untuk tahun lepas dan jadi leader untuk tarian...bangga plak kiter rasanyer..dan setiap tahun gak akan ada lawatan bersama pendidik. Tahun lepas Nia pergi ke Kilang Beryl's dan Aquaria KLCC dan tahun ini kiter n Nia akan pergi ke Kilang Roti Gardenia dan juga Taman Tema Wet World, Shah Alam yakni besok ( 30.04.12). Sok kiter akan update lawatan ke sana yer..tunggu..

And last but not least, kiter persembahkan persembahan Nia waktu Hari Graduasi tahun lepas ye..Enjoy the show





bai n much luv


Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

Friday 27 April 2012

PESTA BUKU ANTARABANGSA 2012

As Salam

Kabare uols..? Kebosanan ni sebab kena paksa teman Nia nonton citer
' Seafood '. Takpe lah sok kan cuti ye...bior ler die.


Ade sape-sape kat sini yang minat ngan novel? kira boleh di panggil 'Kaki Novel' lah..ada?ada?..Kiter sure mesti ramai yang sangat suke baca novel cam kiter gak ler...kiter ni kalu dapat Novel, tak ingat dunie kot...


kalau korang nak tahu start hari ni sampai 6 mei 2012 ada Pesta Buku Antarabangsa kat PWTC. Program akan bermula jam 10am - 7pm ( Isnin-Khamis ) dan 10am - 9pm (Jumaat-Ahad dan Cuti Umum) dengan tema " Dunia Tanpa Sempadan" ..jom ler remai i..Insyallah kiter pun nak pg gak, sebab kiter giler ngan novel2 ni..pantang sangat, pantang tgk hahahhaa...Sib baik 5 Mei 2012 ni Cuti Wesak, ade gak cuti, kalu tak busy ngan class...



Ini aturcara khas untuk sape-sape yang memang mengikuti perkembangan Kaki Novel melalui FB dan blog diorang..So Kalau ada yang berminat tu leh lah susun jadual korang betul-betul..untung2 leh jumpa novelis-novelis ni...


Tajuk-tajuk novel ni sumer cam menarik je kan..sumer ni takde lagi ni, kalu leh dapat harga murah..memang kiter borong sumer ni..tungguuuuu...

Kepada sape-sape nak add Kaki Novel di FB leh klik DISINI





Sumber gambar daripada blog KAKI NOVEL.

Tapi jangan ingat Pesta buku ni untuk kaki novel saja, macam2 buku ade kat sana..jom pergi sane baru kiter tahu ape yg ader kan..tp tetap nak beli novel gak ahakkss

datang ramai-ramai ye, untung2 bertemu kiter...chewah..cau cin cau ye, sok ade kelas...
( NIA, Jom tidooooooooooooo)



bai n much luv




Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

Thursday 26 April 2012

Pahala Free Je Dapat Tau....

As Salam,

Hi uols..korang chat ke?kiter ni budget macam ramai je yang masuk blog kiter ni..hihihi..mudah-mudahan ramai ye...minggu ni kiter tak baper nak chat sgt..migrain plus selsema plus doc cakap tekanan darah rendah..cukup lengkap sumer ader..anyway dah pegi klinik n makan ubat sudah..jangan selsema ni berjangkit kat Nia sudah ye..!!

Macam best je tajuk entry ni ek..meh sini nak citer cket...dalam sakit2 ni sempat gak jenguk2 FB..ternampak lah kengkawan yang share pepatah-pepatah kat bawah ni ye..jom jenguk cket


Amacam best tak?..Entri ni khas buat En Suami kiter yang suker ejek-ejek cakap kiter dah berisi lah, dah gemuk ler..alah gemuk cket je hukhuk..sejuk hati bile baca pasal ni..

Ingat ye suami-suami kat luar sana tu...lagi banyak si isteri makan, lagi banyak dapat pahala...Free-free je Allah bagi pahala sebab buat perut isteri kenyang tau...


Pada si isteri plak, bile baca ni jangan lah plak makin sedap dok suap makanan tu ye..makan-makan gak, kesihatan kena jaga ye..peringatan tuk diri sendiri gak ni..btw, kiter ngah diet skang ni, huhuhu..kuranglah pahala laki kiter..

Kepada si suami plak..terima lah isteri anda seadanya, bersyukurlah dengan rezeki yang Allah bagi jangan asyik nak mengeluh je sebab dapat isteri yang dah berubah fizikal. Kadang-kadang, Perempuan ni bukan dia minta nak jadi 'chubby' tapi dah takdir..hahahhaa..takdirlah sangat ye ( ini ayat suami kiter dlm ht die lah kot)..


hihihi...suker tak entri n..ni melalut je lebih ni tp kalau betul setiap suapan isteri, suami boleh dapat pahala..itu Allah bagi bonus..so jgn nak membebel sgt lah ye..hahaha...chill..jangan mare ye En Suami.. :)


bai n much luv



Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

Tuesday 24 April 2012

BANTU ANAK KECIL INI...




As Salam,

Malam ni kiter kembali ke topik yang lebih serius...skang kan kiter suke jelajah alam maya ni kan..maklumlah, masih dlm tempoh untuk belajar jd blogger tersohor..

kiter ada terbaca tentang adik Ahmad Sufi ni melalui moon punyer blog, untuk pengetahuan semua, kiter mmg mengikuti moon punyer blog ni since last year berkenaan adik ipar beliau iaitu norma..

ok berbalik pada entri adik Ahmad Sufi ni..untuk pengetahuan semua, adik Ahmad Sufi mengalami masalah paru-paru yg amat kritikal dan kini anak kecil ini di rawat di Hospital Kanak-Kanak Westmead Sydney.

Kepada yang mampu dan ingin membantu anak kecil ini boleh lah hubungi ibu saudaranya Juli Yanti Lidia Shuhaimi. Untuk keterangan lebih kanjut boleh je klik blog moon ye. Insyaallah dengan bantuan kiter yang sedikit ni mungkin dapat membantu sedikit sebanyak Adik Ahmad Sufi..



Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

Pesta Negeri Terengganu

As Salam,

1st time dengar pasal Pesta Negeri Terengganu..Aishh rasa bangga plak jadi anak jadi Terengganu..Kiter tengokk penyung telo.. :)

Sesiapa yang ada kelapangan leh lah jalan-jalan ke sana dan menikmati keindahan budaya orang-orang Terengganu. Jom lah reramai datang tengokk..






Pada sapa-sapa yang bakal kawin ngan orang Ganu ni, masa ni nak tahu budaya diorang.































Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu akan mengadakan Pesta Negeri Terengganu di Kampung Budaya 1Malaysia, Menara Kuala Lumpur dari 27 April – 6 Mei 2012.

Ianya akan dibuka secara PERCUMA kepada pengunjung mulai jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam.

Pesta Negeri Terengganu ini diadakan bagi memperkenalkan kebudayaan, kesenian, permainan tradisonal dan pelbagai produk keluaran tempatan.

Datanglah beramai-ramai bersama keluarga dan sahabat handai ke Pesta Negeri Terengganu di Menara Kuala Lumpur untuk mengetahui dan mempelajari seni dan budaya negeri Terengganu.

Untuk keterangan lanjut boleh layari laman web rasmi Menara Kuala Lumpur di www.menarakl.com.my atau ‘like’ laman Facebook rasmi Menara Kuala Lumpur di Menara Kuala Lumpur (KL Tower Official).

Kiter tujukan lagu 'Blues Ganung Kiter' by Saleem buat sumer orang ganu dan sumer lah baca entry saya ni.. :)





Kalu tuang gi pata timor Jangan lupa maghi sokmo Negeri terengganu memang sohor Tempat molek, tanah subor Tempak Molek, tanah suhorNa na na na na Terengganu kita ( 2X )





Hoi guang gamoik tu Yak kelih wak tangi
Pulau kapas, Pulau Redang Kita lalu ikut Marang Jangan lupa kuala berang Sekayu comel, zaman berzaman Sekayu comel, zaman berzamanNa na na na na Terengganu kita ( 2X )





Hoy hoy hoybangun ke laut eeh…takat ikang di Kuala Kemamang Petang-petang wat kerpok gete Ramai orang, atah gere
Main dam dua tiga papang Dok sedor sampai ke malang Kedai payang jual budu belacang Batek tembaga dan macang-macang





Kalu nok tra nasi dagang Kita pakat gi kampong ladang Buat bekal gi merang Di setiu pata peranginan Singgah sebetor ke rantau abang Kita tengok penyu telor Kita tengok penyu telor
Selamt datang wei…Tempat kami ramai-ramai Selamat datang Negeri kami





Kita singgoh kat primula Batu burok tepi pata Laut biru di tanjong jara Tempat rilek orang dok kacai Tempat rilek anok-anok dara comel-comel belaka…Na na na na na Terengganu kita ( 2X )



Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

Kaki Bola @ TV9 dan Hypp TV Saluran 109

As Salam,

Selamat petang semua kaki-kaki bola seluruh dunia...uishhh.. semangat kesukanan plak petang-petang ni..

Kepada kaki-kaki bola, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan rancangan “Kaki Bola” di TV9 dan Hypp TV Saluran 109 setiap Isnin jam 9.30 malam. Kata kaki bola kan, so luangkan masa untuk rancangan ni..sangat menarik !

“Kaki Bola” merupakan rancangan bual bicara sukan berbentuk hiburan yang membincangkan topik menarik di dalam dunia bolasepak. “Kaki Bola” mula bersiaran pada 9 Januari 2012 bersama pengacara sensasi iaitu Seelan Paul dan Kieran.



Tetamu undangan pada malam tadi ialah Eva Emmanyna, Firdaus Karim aka Pidos dan Kimy Najib (Program Projek Pop TV8). Terlambat plak update pasal ni...sebab kiter takde lah minat sangat ngan bola ni tapi kadang-kadang layan gak ler :)



Di bawah, antara penyokong-penyokong dan juga ahli kelab Myteam Malaysia.. Untung diorang ni leh masuk TV..Kawan kiter pun ada gak join Myteam ni, company siap support pi bandung last year menyaksikan perlawanan live ..kalau tak silap lah..untung ko Wanie ( kawan kiter lah tu)




Jom layan gambar-gambar ni..






Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tm.com.my/teammalaysia









Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

Saturday 21 April 2012

CANTIKNYERRR BLOG DIORANG NI

As Salam,

Alohaaa..uols chat ke..?harap2 sumer chat lah hendaknyer ye..al maklum ler, skang ni musim tak menentu kan..jaga kesihatan ye! :face15:

Tengok tajuk entri ni pun dah rasa teruja kan lol...erm, kalau uols nak tahu..kiterkan newbie so masih mencari-cari identiti yg sesuai tuk blog kiter..chewahh identiti..

so kiter jengjalan lah kat alam maya ni mencari sumber-sumber yang sesuai ler :face42: so terjumper lah 2, 3 blog yang memang sangat banyak info n cantik molek sumer nya...teruja nak wat cam diorang tp tak pandai sangat so masih dalam proses belajar..

list-list kat bawak ni antara yang paling kiter suker..they was so good n creative :face12:...u oals leh try intai blog diorang ni terutama yang baru nk berjinak ngan alam blogger ni seperti kiter ...

Cik Lyssa
Miss Amalina
Miss Nana-Ayesha
Cik Epal


hope 1 day , kiter pun leh jadi cam diorang...berblogger sesantai-santai yang mungkin..ala tak nak lah serius sgt kan...hope uols enjoy menjelajah blog yang cantik dari dorang ye..kiter nak pi jelajah lagi, lets go babe...


bai n much luv




Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

Friday 20 April 2012

Ustaz Azhar Idrus VS Ustaz Don Daniyal

As Salam,

Hari ni hari Jumaat, so rasanye elok gak buat entry pasal 2 orang Ustaz yang sangat sempoi dan menjadi popular gak rasanye di alam maya ni..rasa-rasa leh challenge tak populariti Aaron Aziz...? Sudah pasti boleh kerana kehadiran mereka sentiasa di nanti-nanti kan oleh semua peringkat masyarakat...Masyaallah, indahnya ciptaan Allah SWT.



Kiter rasa semua orang kenal siapa Ustaz Azhar Idrus a.k.a UAI dan juga Ustaz Don Daniyal. 2 insan ini bukan saja di beri bakat untuk berdakwah tetapi berjaya juga menarik minat remaja-remaja di alaf baru ini dengan cara persembahan yang sempoi dan gaya yang bersahaja dan ada menyelitkan sedikit unsur-unsur komedi dalam penceritaan mereka...Kiter memang tabik spring ..Tengok saje lah gambar di atas ni..sempoi n bergaya..

Kalau UAI yang pergi buat ceramah kat mane2 mesti ramai yang menghadirkan diri..bagus ler macam tu kan daripada berpusu-pusu ke konsert2 artis baik lah ramai-ramai pi tambah pahala dengar UAI dapatkan ilmu, walau tak banyak cket pun jadi lah kan..

Kalau Ustaz Don plak, semua tahu beliau ade keluar dalam rancangan TV AlHijrah : 30 Minit bersama Ustaz Don dan saya pasti ramai yang sentiasa ternanti-nanti kemunculan beliau dalam Tv termasuk lah saya..suker dengar diorang ni berceramah. Kiter rasa, kalau di gabungkan kedua-dua ustaz alaf baru ni, pasti satu dataran merdeka tu pun penuh..Insyaallah..
Untuk makluman semua, UAI akan ada di Masjid Al-Syakirin, Gombak pada 29 April 2012..kalau siapa2 yang ada berdekatan dengan area tu, boleh lah pi singgah sat kan..

di bawah ni adalah sedikit sebanyak kata-kata nasihat dan ilmu yang di sampaikan oleh kedua-dua ustaz alaf baru ini yang boleh kiter kongsi...orang kata sharing is caring kan..so uols layan je lah ye...Insyallah dengan menyebarkan ilmu ini , saya juga bisa menperolehi kebaikan daripadanya..mudah-mudahan ye.

SECEBIS NASIHAT DARI UAI


ILMU OLEH USTAZ DON










Kredit gambar dari FACEBOOK USTAZ AZHAR IDRUS ( ORIGINAL ) dan juga USTAZ DON DANIYAL. Uols juga boleh like pages kedua-dua mereka di link di bawah :


https://www.facebook.com/UstazDonDaniyalDonBiyajid
https://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original

bai n much luv


Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

Thursday 19 April 2012

BURGER BAKAR KAW-KAW WANGSA MAJU


As Salam

Rasanya blogger-blogger yang lain pun dah banyak buat entri pasal burger kaw-kaw ni so kiter pun cam terpanggil-panggil je nak buat entri pasal burger bakar kaw-kaw ni gak..dengki kan kiter ni..hihihihi

Kiter pun rasanye dah lama duk Wangsa Maju ni tapi tak pernah tahu menahu pun pasal Burger Kaw-Kaw ni sehinggalah satu hari tu tgk rancangan Jalan-Jalan Cari Makan then baru lah th wujudnya gerai burger ni tapi dah tahu pun masih belum berkesempatan nak menjenguk tempat yang dikatakan semakin maju dan famous tu..

Tapi kiter memang kagum ler dengan pengusaha gerai burger..nape ye??..sebab die memang kreatif.... Ya Allah, hari-hari kiter baca status pasal Burger Bakar Kaw-Kaw ni kat FB..terliur gak nak merasa uishh tapi tak sanggup nk beratur..dengar kata, siap ade sistem no..bagus-bagus, takde lah berebut-rebut ye!

Mengikut pengalaman daripada kawan-kawan kiter yang pernah beratur untuk beli burger ni, gerai burger bermula jam 7.45 malam dengan sistem no yang disediakan sehingga lah jam 2.00am. Bayangkan my friend amik no dari jam 10.00pm then dapat burger jam 2.00am tapi katanya berbaloi-baloi walau tunggu lama sebabnya rasanye memang sedap dan lazat dan kualitinya memang terbaik almaklumlah homemade burger tuuu..




Tapi di sebabkan niat kiter nak diet ni so tak leh nak makan burger bakar kaw-kaw yang tinggi-tinggi...nampaknye kiter leh makan burger OTAI je ler..otai pun otai ler janji rock ..hehehhe..

So, kalau ada sesiapa yang nak merasa dan mencuba boleh lah datang ke Seksyen 2 Wangsa Maju, cawangan lain kiter tak pasti plak..tapi nak tahu lebih lanjut boleh lah like page Burger Kaw-Kaw di FB ye

https://www.facebook.com/pages/Burger-Bakar/270683372957310



Apa-apa pun kiter ucapkan selamat maju jaya kepada pemilik gerai burger ini dan selamat menunggu gak kepada yang nak merasa tu...tolong tunggu n makan tuk kiter ye..huhuhu..uols layan kan je ler gambar burger kaw-kaw yang telah kiter edit menggunakan WebFetti :http://photoeditor.webfetti.com/photoeditor/creations/editor. Kredit gambr dari Facebook Burger Bakar


bai n much luv



Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

WebFetti is SUPERB AWESOME..!!


As Salam,

Malam ni susah cket nak lelapkan mata so kiter geledahlah ape yang patut di alam maya ni.. nak nak lagi kiter pun masih baru tentang blogger so kenalah rajin study daripada blogger-blogger yang lain.

Dalam duk mengeledah internet yang slow kat umah ni terjumpa lah satu website ni

http://www.webfetti.com/home.jhtml

WebFetti ni kalau pandai guna memang best..tapi masalah nk save n update apa-apa internet problem lah plak..asyik terputus je..frust giler ni...tak sabar nak tunggu teknikal unifi datang pasang this weekend. Da ada unifi nanti baru syok nak geladah ape belum digeledah lagi kan..


Macam-macam leh design ni kalau internet dah laju cket. Kiter rasa, kiter kena study lagi ni..sambung sok ler, dah lewat sangat ni. Berjaga macam ni kan sampai sudah tak tido ..huhu
kay uols nanti sok kiter study lagi pasal webfetti ni yer, kalau jadi kiter update ler nanti

bai n much luv


Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

Wednesday 18 April 2012

MY LUVLY READER

As Salam,

Sunyi sepi je blog kiter 2,3 hari ni ye..al maklum lah busy cket..Semalam dan hari ni ada Training so tak sempat lah nak mengupdatekan diri ye..

Hari ni punyer training di Petaling Jaya. Punya lah tak nak tempuh jam so kiter decide naik LRT je daripada Wangsa Maju ke Taman Jaya. Start perjalanan dari Wangsa Maju sampai ke Taman Jaya takde tempat nak duduk langsung, so terpaksalah berdiri bila dah sampai plak, nak menapak lagi ke tempat yang nak di tuju sebabnya...hihihi sayang duit nak bayar pada pakcik-pakcik teksi..so redah je lah kan.





Da sampai PJ, jumper plak my old friend Nur Dalila. Rasanya dah lama tak jumpa, almost one year jugak lah..lagi yang buat kiter seronok die pun one of my reader..Ngah training pun leh baca kiter nya blog..suker lah sokongan macam ni..terus kan ye Dila, Luv u lah.




So uols layankan je lah gambar Nur Dalila yang comel n sweet nya...tapi dah kawin ye n maybe bakal jadi IBU..just maybe..kiter doa-doakan lah ye..eh, training dah nak mula balik ni..cau cin cau

bai n much luv



Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

Sunday 15 April 2012

RINARICH BAKERS

As Salam..

Ermm nampak sedap kan kek ni..tapi memang sedap pun, harga pun tak mahal cuma RM5 je satu..disebabkan terlalu sedap, so saya dengan niat nak bersedekah beli banyak gak lah untuk di bawa ke Taska Nia. Cikgu Nia pun cakap sedap..banyak gak ler beli hari tu tapi berbaloi-baloi rasanye..



Thanks to my friend, Kak Lin, sebab die lah yang bawa pi off. Kak Lin pun tolong member die gak, so klu ada yang berminat nak tempah untuk birthday ke, untuk off ke, untuk family ke boleh lah call no yang tertera kat penutup kek ni... Kalau tak nampak nanti, saya ada sertakan kat bawah ni ye !




saya try gak nk cari link untuk FB Rinarichbakers ni tapi tak jumpa..tapi klu betul-betul berminat boleh cal je kot. Saya berani jamin, kualiti keknya memang terbaik n coklatnye tak manis sgt. Sesuai sangat untuk hidangan bersama keluarga.

Saya tulis ni dalam entri saya, bukan apa saja nak promote kawan-kawan punyer business :)..hihihi tak dapat komisen pun, saje suke-suke nak promote.

Kalau ade sape-sape yang nak tempah boleh call Amy Marina Bt Ahmad di talian 0123113412 atau boleh email beliau di rinarichbakers@yahoo.com. Selamat menempah... :)

bai n much luv


Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

Saturday 14 April 2012

Premium Beautiful by Nor Suhaila Ismail


As Salam,

Hu hu, best ni..actually saya saja nak tolong kawan saya promote ini barang.. nanti kalau2 free pi lah singgah blog Cik Cue ni ye..Saya nak join business die ni tapi budget lari lah..next time ye Sue. Untuk keterangan lanjut boleh lihat di bawah .




Premium Beautiful Corset
(LIFETIME WARRANTY)

70% Kesihatan & 30% Kecantikan

- Sangat sesuai untuk kaum wanita tak kira bujang, sudah berkahwin @ sudah mempunyai anak..

- Juga sesuai untuk para lelaki @ suami yang ingin mengurangkan lemak di perut yang semakin membimbangkan..



kalau ada sapa-sapa yang nak mencuba atau nk th lebih lanjut boleh klik link di bawah ni ye

  • http://norsuhailaismail.blogspot.com/p/about-me.html
  • https://www.facebook.com/nsbi.9284



Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

Ramai yang Suker