-->

recent post

get this widget here

Wednesday 23 May 2012

Team Malaysia Fun Run 2012



Baru siapkan 1 soklan assingment tak juga lepas2..dah pening sangat ni, baik menulis je kan...uolls tahu tak pasal Team Malaysia ni..? Meh sini nak bagitahu..

Pasukan Malaysia adalah nadi arena sukan negara kita, membimbing dan memberi inspirasi rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat untuk menjadi atlet bertaraf dunia. Ia juga membakar semangat semua rakyat Malaysia dengan kasih sayang dan keghairahan untuk semua jenis sukan.

Dan untuk melambangkan ketangkasan dan kekuatan ini adalah Team Malaysia Panthera jersi. Lengkap dengan jalur yang berani dan warna yang menarik Malayan Tiger, ini menggambarkan yang Team Malaysia adalah sebuah pasukan yang perlu diiktiraf.


Baru-baru ini saya terbaca tentang event 'Fun Run 2012' yang akan berlangsung pada 17.06.2012. Kepada sesiapa yang berminat leh lah join larian rakyat bersama Team Malaysia di Team Malaysia Fan Run sebagai tanda sokongan padu uolls kepada Kontinjen Malaysia yang akan bertanding di London dalam bulan Julai ini dan dalam masa yang sama leh gak beriadah kan..Kiter nak join tapi malam ni 17.06.2012 tu 1st untuk Final exam..maybe next time

30 atlit negara akan bertanding menentang atlit-atlit dari 200 negara lain untuk memenangi medal Emas di acara sukan termasyhur dunia. Larian ini adalah yang pertama pernah dianjurkan oleh Team Malaysia untuk para atlit negara kita.

Butiran acara adalah seperti berikut:

Tarikh : 17 Jun 2012 (Ahad)

Tempat : Dataran Merdeka, KL

Masa : Seawal jam 7.00 pagi

Yuran Pendaftaran : RM40.00

Kategori : Larian 3km dan 7km


Untuk setiap pendaftaran, uolls kan dapat jersi Team Malaysia PERCUMA, medal eksklusif, sijil penyertaan, 'goodie bag' menarik dan peluang memenangi hadiah Cabutan Bertuah.

Bawalah keluarga dan rakan-rakan anda untuk lari bersama para atlit Kebangsaan kita dan memeriahkan suasana di acara ini. Team Malaysia juga akan mengadakan karnival di Dataran Merdeka pada hari yang sama. Pelbagai permainan, aktiviti dan pertunjukan menunggu anda!

Terdapat 2 cara untuk mendaftar:

1) Daftar secara ‘online’ di www.tm.com.my/teammalaysia dan klik butang Fan Run. Tarikh tutup pendaftaran ‘online’ selewat-lewatnya pada 4 Jun 2012 sebelum jam 5.00 petang.

2) Daftar di 2 lokasi dibawah, selewat-lewatnya pada 8 Jun 2012 sebelum jam 5.00 petang.

- Federal Territory Amateur Athletic Association (FTAAA), Tingkat 2, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur

- Twentyfirst Century Sports, No 51, Jalan SS 18/6, Subang Jaya, Selangor


‘Race Kit’ boleh diambil pada:

Tarikh : 9 & 10 Jun 2012

Tempat : Tingkat 2, Dewan Serbaguna, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur

Masa : 10.00 pagi – 6.00 petang

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tm.com.my/teammalaysia atau emel di teammalaysia@tm.com.my.

Kontinjen Malaysia mengharapkan sokongan anda!

Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

0 000 orang nak tahu:

Ramai yang Suker