-->

recent post

get this widget here

Wednesday 9 May 2012

TIPS : HILANGKAN RASA MARAH





Alamakkk...dah jam 12.50AM tapi mata tak nak lelap ni, sok kena keje lagi..dalam kepala otak ni banyak bende yg kiter ngah fikir tu yang mengganggu waktu tido ni...fikir sampai kepala pecah pun tak boleh membantu selesaikan masalah...

Izinkan kiter untuk merapu-rapu kat sini seketika yer, melayan hati yg sedang berduka...banyak factor sgt, semuanyer berlaku siang tadi...stress, serabut, tension, menyampah sumer bercampur jadi satu..tak tahu kenapa setiap ayat yang kuar dari bibir kiter yang mungil ni..( wahhhh..perasan ! )..pasti ader yg berkecik hati dan terasa, sedangkan bukan niat kiter pun. Bila bertanya, orang ingat kiter marah..walhal kiter just tanye je..ntah ler..

Hari ni perasaan bercampur baur dan yang paling ketara perasan MARAH. Kiter ni memang jenis yang kuat ' meroyan'..satu hari kalau tak meroyan rasa macam tak sah..tapi lately ni kiter dah cuba untuk kawal rasa marah dan sikap mudah melenting dengan cara MENDIAMKAN DIRI..tetapi bila lama-lama mendiamkan diri ada plak yg memijak2 sambil menari di atas kepala kiter ni..

untuk menghilangkan rasa marah ni, kiter pun berjalan-jalan lah ke blog orang lain..saje nak baca kisah org kan..dalam berjalan-jalan, tersinggah lah kat satu blog ni tentang TIPS : HILANGKAN RASA MARAH..hah memang terkena lah kat batang hidung kiter yg tak baper nak mancung sgt ni..

Meh kiter share ngan uollss ye..Insyaallah kiter cuba untuk praktikkan selagi mampu sebab kiter dah tanam azam untuk tahun 2012 ni think positif ( tak tahu ler, berjaya ke tak? )

Jika berhadapan dengan orang yang sedang MARAH
  • bagi peluang orang yang tgh marah tu luahkan ape yang terbuku di hati
  • jangan menyampuk dan merendahkan org yang sedang marah
  • kaji punca kemarahan dan cara atasi, belajar utk meminta maaf dan memberi maaf
  • bersikap tenang
Cara nak atasi marah dalam Islam

  • mengubah posisi. Rasululah SAW bersabda, " Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring "(Riwayat Muslim)
  • Berwuduk. Rasulullah SAW bersabda, " Marah itu datangnya daripada syaitan dan syaitan itu dicipta daripada api, sedangkan api hanya boleh dipadam dengan air. Oleh itu apabila salah seorang daripada kamu marah, maka hendak lah ia berwuduk " (Hadis Riwayat Abi Daud)
  • Minum air banyak2, kasi cool cket
  • Mendiamkan diri ketika marah
  • berlindung kepada Allah daripada syaitan
  • meluahkan perasaan dan masalah dalam masa yang sesuai
  • Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat ; mengelak daripada memekik dan bertindak garang
  • bawa bertenang seperti menarik nafas
  • senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan


Amacam uollss..ok tak?...Kiter tahu, semua orang ada sifat suka marah ni dan kiter memang tak terkecuali dan sekarang kiter cuba untuk amalkan tips-tips di atas, Insyaallah, uollss doakan je lah ye..Kiter rasa, kiter nak cuba tido lah..pasni nak amik wuduk dan berdoa semoga hari esok dan seterusnyer akan lebih baik.. kiter tak mampu nak puaskan hati semua orang..mood untuk hari ni : SANGAT FRUST!!!!( Be positive..chaiyok..chaiyok)

bai n much luv












Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

0 000 orang nak tahu:

Ramai yang Suker