-->

recent post

get this widget here

Wednesday 20 June 2012

Seindah Sakura..Best Novel ni



Hai uolss...mesti uolss pelik kan..kiter ni suker sangat update blog pepagi buta ni..huhuhu..tak tahu ler, penyakit ape..susah benor nk tido ye...actually, kiter ngah layan subjek signal ni ..prepared for next exam..orang cakap sambil menyelam minum air..iyer ..?? ntah betul ke tidak...mengadap PC nyer lebih daripada study hahahha...ntah biler lah nak fokus betul2...

dalam duk study tu sempat agi baca novel hihihi...study ke maner, PC n novel plak duk hadap kan... hurmmm "eda..eda..eda..wake up ler for next exam " ( ingatan untuk diri sendiri hihihi..). sory to say la..kiter ni pantang dapat novel kot..klu boleh habis satu hari..memang habis ler sampaikan kerja lain pun tak terbuat..

teringat plak novel yang kiter beli itu hari..tajuknyer ~Seindah Sakura~... itu hari kiter beli dengan harga RM19.90 kot klu tak silap lah, hari ni kiter tgk dalam website karangkraf harganyer dah turun ke RM16.92... ini tidak adil..tidak adil bagi kuuuu ( sempat nyanyi lagu Yuna, luv u lah Yuna :) )

SEINDAH SAKURA

Sebut pasal novel ~ Seindah Sakura~ ni..mesti uols cakap tajuk ni dah basi kan sebab drama nyer dah habis last week..kiter tak kisah pun, nak abadikan jugak citer dalam my blog...tapi kiter tahu mesti ader gak yang masih tak tahu kan citer ni..kan..kan..kan..( angguk je walau tak betul..hukhuk)

Kepada yang dah baca n tengok citernyer apa kata uolss share2 uols punyer feeling tentang this story...mesti ramai yang tengok ni kan..kiter pun terjebak gak..padahal kiter ni tak layan sangat drama2 melayu ni..bukan tak support citer melayu, kadang2 tu tengok gak sape yang berlakon kan..huhuhu pilih bulu plak kiter ni..dan kepada yang belum tahu citer meh sini kiter nak share cket sinopsis novel ni serba sedikit ye..

Sinopsis :
SHAKIRA terumbang-ambing akibat kemiskinan hidup dan hilang tempat bergantung. Airil yang hadir dengan perspektif negatif terhadap gadis itu, akhirnya berubah mencintainya dalam diam. Sukar bagi Shakira untuk bahagia, lantaran ada hati yang dengki dan merancang balas dendam. Hati hitam milik Anida berjaya membuatkan cinta Shakira dan Airil ter halang hingga lelaki itu membawa diri meninggalkan Shakira terkapai-kapai keseorangan. Sejak itu, satu per satu badai datang melanda hingga hidup gadis itu tidak menentu. Di universiti, Shakira menemui cinta baru, tapi malangnya dia sudah jadi milik orang lain. Demi kasih pada ibu, dia rela berkorban biarpun hatinya hancur bagai kaca berderai ke bumi. Shakira cuba menjadi SEINDAH SAKURA meskipun harapan untuk mendapatkan kembali cinta sejati semakin mustahil. Namun, dia perlu percaya pada jodoh yang telah tersurat untuknya. Mungkin kita sengaja dipertemukan dengan cinta yang salah agar kita bersyukur setelah mendapatkan cinta yang sebenar...
Sinopsis Drama TV plak :

Seindah Sakura membuktikan hakikat sebuah kehidupan di dunia yang sementara ini sememangnya penuh dengan ranjau berduri. Kegagalan dan kekecewaan bagaikan sudah sebati dalam tubuh gadis yang bernama Shakira. Namun hatinya terus berpesan agar tidak terus kecundang dalam melayari perjalanan kehidupan yang singkat. Walaupun Shakira telah ditinggalkan oleh ibunya, Rohani namun dia terus tabah meneruskan kehidupan daifnya bersama nenek tersayang, Nek Kiah. Sesungguhnya Shakira amat merindui ibunya tetapi apakah daya dia buntu mengenangkan sebab ibunya terus hilang tanpa khabar berita.



Untuk drama plak ada dalam 24 episod dan antara pelakon2 nyer adalah Mr Fahrin Ahmad & Fasha Sandha...best gak ler citer ni tapi klu di baut lagi banyak konflik lagi best kot..novel n drama banyak gak perbezaan tapi pendapat kiter, kiter lebih suker novelnye kot berbanding drama tapi dramanyer still seronok di tonton..best gak ler layan..





Kalau uolss tak sempat nak tengok sebelum ni uolss still leh tengok semua episod ni TONTON. So selamat menonton dan baca novelnyer..memang best..sebenarnyer kiter ni nak amik feel untuk jadi romantik..hahhaa..ntah aper2 ntah kiter meraban ni..k lah enjoy ur self with this entry ..tata titi tutu

Kredit gambar oleh Karangkraf dan Tonton

bai n much luv

Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

0 000 orang nak tahu:

Ramai yang Suker