-->

recent post

get this widget here

Friday 20 July 2012

Salam Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum,

Malam ni saya teringin menulis dalam bahasa melayu yang sebenar..tak nak guna bahasa pasar lagi..ceh tetiba plak kan :) , pasti masih ada antara kalian yang masih beribadat di masjidkan..Alhamdulillah semoga segala amalan diberkati...Dan pasti ada juga yang sedang sibuk didapur bagi preparation untuk sahur kan..apa-apa pun yg kalian sedang buat, semoga happy always ye..

Sempena bulan ramadhan yang baru bermula ni, saya nk menyusun 10 jari tangan n kaki saya memohon beribu kemaafan di atas kekhilafan saya yang selama ini mungkin tidak saya sedari telah menyinggung perasaan kalian semua terutama sekali kepada kawan-kawan yg mengenali sy, keluarga dan juga suami saya..

Semoga di hari dan bulan yg baik ini kita manfaatkan sepenuhnya dengan beribadat kepadaNya..saya rasa terlalu kerdil di bumi Allah ini. Saya mengharapkan agar saya sentiasa kuat dan tabah menjalani ibadah puasa untuk tahun ini. Sesungguhnya tiada yang sempurna selain Dia.




Untuk puasa tahun ni saya telah diberi mandat untuk memasak bagi juadah berbuka puasa dan juga sahur. Saya dilarang sama sekali untuk membeli makanan di mana-mana bazaar ramadhan.. Hukuman mandatory memasak hehehe :-)..Insyaalah saya akan cuba tunaikan hasrat seorang suami yang inginkan masakan dari air tangan isteri walaupun si isteri ni dalam bab masak- memasak ni hanya yang suam-suam kuku aje hehehe...



Indahnya Islam kalau kita betul2 memahami intipatinya dan indahnya hidup jika hidup seharian berlandaskan agama..semoga saya diberi kesempatan untuk berubahmenjadi yang lebih baik dan lebih baik d masa akan datang..

Saya sentiasa mencari-cari apa yang perlu d perbaiki bagi memperindahkan hidup saya dan keluarga tapi kadang-kadang saya berada dalam kebuntuan tp Insyaallah berkat doa suami dan ma n abah di kampung saya cuba menjadi muslimah sejati..



Akhir kata dari saya, hayati lah bait kata-kata dalam setiap gambar ini kerana maksudnya sangat indah dan mendamaikan jika kita betul2 mendalami maksudnya. Selamat bersahur dan salam maaf untukkalian yang sudi menjenguk blog saya yang tidak seberapa ini.. 0-0 yer!!!!









Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

0 000 orang nak tahu:

Ramai yang Suker