-->

recent post

get this widget here

Sunday 22 July 2012

Teknik Menghukum Anak mengikut Islam

Assalamualaikum,




Ape yg uolss buat skang ni...? Mesti ader yg dah sibuk2 kat dapur ni kan..dan mesti da ader yg sibuk ngah shopping tuk persiapan raya kan...mana lah th kan...bagus gak buat persiapan dr awal nyer bukan ape supaya kerja xkelam kabut...kiter plak xbuat ape2 persiapan lg...last minute shopping br best,untung2 leh dpt harga murah :-)

Skang ni ngah pujuk Nia untuk tidur tanpa puting.. Kalau uolss nk th, Nia ni da nk masuk 5 thn kot thn depan tp puting masih xboleh lepas..da macam2 usaha yg kiter buat, mcm tu gak ler..kadang2 memang boleh berangin 1 badan klu da mula marah Nia ni..nak d jadikan citer, td papanya Nia marah sgt ngan Nia sebab Nia hisap puting lagi sampai terhukum Nia dengan cara yg xsepatutnyer..last2 raseryer puting tu da kena bakar kot..

Kiter xbaper nk setuju cara hukuman yg dibuat tp xboleh nk buat apa2...Tengok Nia menangis, kiter sebagai ibu rasa tersentuh gak...Nia menangis sampai tertido..So kiter cari tips yang terbaik untuk anak mendengar kata dan menghukum anak dlm konteks Islam..


TEKNIK MENGHUKUM ANAK

Masa kanak-kanak merupakan masa yang paling penting dalam proses kehidupan manusia. Dibawah ini dise.naraikan cara-cara memberi hukuman sebagai pendidikan kepada anak, diulangi, sebagai pendidikan kepada anak. Teknik menghukum anak ini sebagaimana yang disarankan oleh Ustaz Mohd Zawawi Yusoh dari Universiti Islam Antarabangsa

1. Pandangan mata yang sinis - Pandangan mata ibu bapa yang memancarkan rasa cinta dan kasih sayang dapat menanam rasa cinta dalam diri seseorang anak. Begitu juga pandangan mata yang sinis dapat menimbulkan peringatan pada si anak dan boleh membuat anak terdiam.

2.Keluarkan suara dari tenggorok (mendengus) sebagai tanda tidak bersetuju dan peringatan kepada anak terhadap apa yang telah dan akan dilakukannya.

3. Puji orang lain depan dia, tetapi dengan syarat untuk memberi rasa sangsi saja kepada si anak dan mendorong si anak untuk menjadi sebagus yang dipuji.

4. Buat-buat macam tak pedulikan si anak. Ini merupakan keterbalikan daripada sikap memberi perhatian yang dapat menanam rasa cinta pada diri anak. Contohnya, jika anak melakukan kesalahan dan hendak diberi hukuman, apabila si anak mengajak berbicara, maka palingkanlah wajah (konon-konon jual mahal la...) sehingga si anak menyedari kesilapannya. Dalam hal ini hendaklah dijelaskan kesalahannya dengan cepat dan tidak membiarkannya terus sebab peranan kita ialah mendidik bukan menyeksa.

5. Tidak bagi duit, tak mengajaknya berekreasi atau tidak memberikan sesuatu yang dia suka seperti basikal, bermain video game, menonton TV, berkunjung ke rumah teman, saudara atau seumpamanya.

6. Putuskan hubungan dengan anak tapi tidak lebih tiga hari dengan niat untuk menghukumnya, hubungan harus kembali seperti biasa jika anak telah mengakui kesalahannya atau menyesali perbuatannya.

7. Beri ancaman dengan syarat ancaman tersebut tidak terlalu berat. Ancaman tersebut juga tidak boleh dilaksanakan sekiranya belum melewati tempoh yang diberikan untuk si anak mengakui dan memperbaiki kesalahannya.

8. Memulas telinga. Sebagaimana yang pernah dilakukan Rasulullah S.A.W seperti yang diriwayatkan oleh Imam Nawawi dari Abdullah bin Basr al-Mazni r.a, dia berkata : Aku telah diutuskan oleh ibu ku dengan membawa beberapa biji anggur untuk disampaikan kepada baginda, ketika aku menemui Rasulullah S.A.W, baginda memulas telinga ku sambil berkata "Wahai penipu!"

9. Memukul sebagai alternatif terakhir. Oleh itu tidak dibenarkan memukul kecuali telah dilakukan semua cara-cara mendidik dan menghukum lainnya. Memukul anak dapat dilakukan jika cara-cara yang lain tidak lagi berfungsi dan si anak telah mencapai umur, sebab anak yang belum mumaiyyiz tidak dapat membezakan yang benar atau yang salah seurta tidak menyedari kesalahannya. Jika dilakukan juga dikhuatiri anak menerima impak negatif seperti tekanan jiwa/batin, terbiasa untuk memukul, rasa takut, kencing malam dan penyakit kejiwaan lainnya.Demikian juga dilarang memukul anak di bawah umur 10 tahun, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W: Maksudnya: "Perintahlah anakmu menunaikan solat pada usia tujuh tahun, dan pukullah mereka kerana tidak melakukannya pada usia sepuluh tahun."

So kesimpulan yang boleh d buat setelah membaca sepenuhnya..elakkan dari menggunakan kaki dan tangan dalam menghukum anak. Kadang2 ibu bapa selalu terlupa yang anak ini amanah dari Allah swt.. So kena jaga dan didik lah mereka mengikut jalan yang benar. insaf jap biler baca tips2 di atas ni..bulan puasa ni banyak2 lah bersabar dan istiqamah...

D samping kiter berkongsi ilmu, actually kiter juga mempelajari sesuatu..insyallah..bai n much luv


Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

0 000 orang nak tahu:

Ramai yang Suker