-->

recent post

get this widget here

Wednesday 26 September 2012

Butter Prawn

 
Assalamualaikum,
 
Masa bulan puasa itu hari kiter ada masak Butter Prawn ni n at the 1st trial..menjadi lah juga..then kiter masak untuk hidangan pengantin pula..so kiter nk kongsi kat sini..nanti nak cuba lagi leh rujuk sini dulu..


so jom usha bahan-bahan untuk buat Butter Prawn ni ye

BAHAN-BAHAN :
udang besar/udang galah /udang harimau-belah belakangnya
Sedikit minyak
Sedikit butter (yg tak masin punya ok)
Satu Sudu Serbuk Kunyit
4 ulas bawang putih (cincang)
6 - 10 biji cili api (cincang) jgn pedas sgt nanti tak sedap
4 biji kuning telur
5 Sudu susu cair full cream
garam
gula
3 Dahan Daun Kari
Satu Sudu Serbuk Kari


 CARA-CARA MEMBUATNYA :

  1. Panaskan kuali dan masukkan butter. Guna api yang sederhana, setelah kesemua butter telah cari, tuangkan kuning telur ke dalam butter cair. Tuang dalam jarak yang tinggi dan tuang sedikit-sedikit secara berterusan. Semasa menuang, tangan kanan mengacau butter secara berterusan tanpa henti. Setelah kesemua telur kuning di tuang baru lah berhenti mengacau .( kacau seperti membuat putaran dan seelok-eloknya menggunakan senduk kuah ). 
  2. Masukkan 1 sudu serbuk kunyit ke dalam kuali dan gaulkan sama rata. Selepas telur tersebut berwarna kuning keemasan, matikan api dan angkat menggunakan penapis besi. Cuma telurnya sahaja yang di ambil, lebihan butter tidak lagi di gunakan. Telur perlu di angkat sebelum butter membuak-buak keluar ye.
  3. Panaskan kuali baru,  dan masukkan 4 sudu minyak masak, Setelah minyak panas masukkan bawang dan cipi api yang telah di tumbuk. Tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan 1 sudu serbuk kari bersama sedikit air dan masak sehingga naik minyak dan seterusnya masukkan 5 sudu susu cair. Kalau nk ada kuah cket, boleh lebihkan susu cair tadi.
  4. Sekarang masuk udang, daun kari dan separuh kuning telur yang di masak pada langkah 1. Gunakan separuh telur sahaja dan separuh lagi di gunakan sebagai hiasan. Seterusnya kacau sehingga rata. Jangan lupa garam dan gula secukup rasa. Setelah udang masak, boleh lah di hidangkan. 
  5. Langkah terakhir, letakkan butter prawn ke atas pinggan kemudian taburkan telur kuning yang lagi separuh dan boleh juga dihidangkan dengan cili merah sebagai hiasan. Biarkan seketika supaya serbuk kari lebih menyerap. 
Mudah kan..korang boleh cuba jugak. tentu lagi sedap kalau masak untuk family dengan air tangan sendiri..







 

Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

0 000 orang nak tahu:

Ramai yang Suker