-->

recent post

get this widget here

Saturday 1 September 2012

MACARONI BAKAR

Assalamualaikum,

Sihat ke semua? Kita chat2 je cuma hr agak penat sebab masak..ari ni ade tetamu yg datang umah...kiter masak ni, excited masak sebab sumer bahan pun ade.. Hari ni kiter masak tuk tetamu kiter macaroni bakar n spaggethi.

Atas permintaan ramai yg mintak resepi nacaroni bakar...ceh byk ke?? Xde la ader dalam 2,3 orang yg bertanyakan resepi.. Meh sini kiter share ye tp kite pun amik dari google search je...cuma ubah suai cket je tp tetap ade rase..




BAHAN-BAHAN :


300 gm macaroni - direbus sampai kembang
500 gm ayam/daging cincang
2 cawan cheese monzarella/cheddar ( kiter guna monzarella...lebih sedap )
30 gm butter
1 biji bawang merah( boleh guna bawang besar holland atau bwg besar warna kuning tu..lg sedap )
2 biji bawang putih ( di potong dadu )
1 cawan susu segar ( kiter tukarkan dengan susu cair je..)
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh oregano/italian mix herbs ( kiter xletak pun oregano cm letak mix vege je..)
1 kiub pati ayam
4 biji telur
Garam secukup rasa

* Rebus makaroni sampai kembang dan toskan airnya.


CARA MEMASAKNYA

1. Panaskan butter dan tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dipotong dadu. Kemudian masukkan mix vege & daging cincang dan biar sampai daging masak.

2. Masukkan lada sulah, susu dan kacau , kemudian masukkan semua makaroni tadi dan kacau lagi supaya semua bahan sebati . Masukkan kiub pati ayam yang telah dihancurkan dan jika masih kurang masin baru la ditambah garam.

3. Bila sudah masak tutupkan api dapur dan baru la dimasukkan telur sebiji demi sebiji sambil mengacau macaroni ini.

4. Masukkan macaroni separuh loyang dulu dan boleh la di susun keju monzarella kemudian terus masukkan macaroni lagi sampai penuh loyang pembakar. Susun cheese di atas macaroni. Bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 40 minit atau sampai keju bertukar kewarna golden brown . Boleh la dibawa keluar dari oven dan biarkan sejuk dulu sebelum mengeluarkan macaroni ini dari loyang.

So selamat mencuba ye and kalau nk lebih sedap boleh lebihkan cheese monzarella..kiter da cuba n alhamdulillah untuk 1st trial ni tidak mengecewa kan..nervous gak nk hidang kt tetamu kan...bukan ape takut xsedap je..tp semua suke so sgt puas hati lah masak kali ni...kiter punyer macaroni ni kiter bakar 2 kali baru jadi...so selaat mencuba ye korang..


Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

0 000 orang nak tahu:

Ramai yang Suker