Assalamualaikum,
Hi korang...hurmmm lama rasanya tak menulis ni..idea ni banyak, kadang-kadang tu mencurah-curah datang tapi masalahnya masa tu tak banyak...tak tahu macam mana nak gunakan masa dengan berkualiti..so, korang chat ke?..hehehe confident je ade yang baca kiternyer blog ni ye..kalau ada yang rindu, wah terharunya...xde pun xpe..
Sekarang ni musim hujan, musim penyakit ye..jaga kesihatan korang..alang-alang dah sebut pasal sakit ni..nak share ler satu info untuk wanita-wanita di luar sana ye and untuk kiter gak..maner lah tahu kan..Baca tajuk entri pun dah tahu kan kiter nak citer pasal ape...
Actually, kiter terpanggil-panggil untuk berkongsi amalan berpantang ni samaada selepas bersalin atau pun akibat keguguran..bukan apa, bos kiter baru lepas keguguran, tapi Ya Allah bukan main aktif lagi masa pantang...ini ilmu yang boleh kita kongsi bersama .. Bos , jangan marah ye hehehe...baca jangan tak baca..
PANTANG AKIBAT KEGUGURAN
Sebenarnya berpantang akibat keguguran adalah lebih ketat daripada berpantang selepas bersalin. Apa yang korang tahu tentang keguguran? Sebenarnya keguguran umpama buah yang gugur sebelum masak dan dipercayai akan membawa kesan yang kurang menyenangkan, iaitu mudah diserang angin gugur atau dikenali angin jahat.
Angin Gugur - ialah angin yang menyerang selepas keguguran,
mengakibatkan ibu mudah terdedah kepada pelbagai masalah alahan makanan
dan persekitaran.
Bisa Keguguran - ialah rasa sakit yang tajam dan berdenyut di bahagian ari-ari, pinggang dan sendi selepas kejadian keguguran.
Kalau korang nak tahu, penyakit angin gugur ni tak nak ubati dengan kaedah perubatan moden seperti pembersihan rahim dan juga D&C. Keadaan adalah lebih buruk bagi ibu keguguran yang tidak merawat diri dan cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri masih tertinggal di dalam rahimnya
Kalau ikut petua orang melayu kita ni, berpantang selepas bersalin adalah senang berbanding berpantang akibat keguguran. Ibu dalam pantang bersalin dikehendaki sentiasa memanaskan badan dalam peraturan rawatan dan pemakanan. Berlainan halnya dengan ibu yang keguguran, sebab mereka tidak boleh dirawat dengan cara panas atau sejuk dari segi perubatan dan pemakanan.
Kebanyakan wanita di luar sana kurang menitik beratkan tentang amalan berpantang ni disebabkan kurangnya pendedahan tentang ilmu-ilmu yang berkaitan. Sesungguhnya, ilmu tersebut dapat mempercepatkan proses pemulihan "penyakit melanuih keguguran", seperti tekanan emosi, masalah kesuburan, lemah rahim, ketidakseimbangan hormon, serta bengkak dan bisa otot peranakan. Penyakit melanuih juga boleh menyebabkan bisa-bisa tumit, betis, lutut serta pinggang, kebas-kebas sendi, mudah seram sejuk, demam tidak kebah, dan kalah dalam perjuangan berjimak.
Untuk tempoh pantang keguguran
- Jika berlakunya keguguran selepas dua minggu hingga tiga bulan kehamilan, ibu pantang berjimak selama 30 hari
- Jikalau keguguran berlaku lebih daripada bulan keenam, ibu pantang berjimak selama 44 hari
- Untuk lebih berkesan pantang larang pemakanan ibu keguguran akan tamat apabila ibu kembali hamil dan bersalin.
Pantang Larang Keguguran
- Jika wanita yang keguguran lalu atau berjalan di bawah penyidai kain akan mendapat sakit kepala.
- Jika terkena titisan hujan atau hujan panas serta terkena angin senja atau tengah malam, akan mudah dihinggapi demam panas atau demam mengiggil.
- Tidak boleh melintas di bawah pohon cermai atau memakan buah cermai kerana ia dipercayai boleh mencetuskan bentan atau kesan tegang urat sehingga membawa kepada demam menggigil.
-Dari segi pemakanan, ibu keguguran mesti megelakkan makanan berangin, seperti ubi keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi, serta terung.
- Selain itu dipantangkan juga makanan yang sejuk serta menjalar seperti labu, kangkung, kacang panjang, timun, dan buah-buahan yang sejuk seperti ciku, betik, langsat, duku, macang, kuini, nangka, cempedak, pisang masak hijau, durian belanda dan tembikai madu.
- Turut ditegah mengambil ikan yang berbisa seperti ikan berduri, terubuk, bawal hitam, tudung periuk, cencaru, tamban, sardin, pari dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang, belacan, budu, cencaluk dan ikan masin.
Kesan sekiranya melanggar pantang
- alahan bagi ibu yang melanggarnya seperti bentan urat, demam yang susah turun, rambut gugur, mudah sayu, pekang, alahan kulit dan cuaca, serta mudah letih.
- Sering kali terjadi ibu mengalami demam panas sehingga terkancing gigi apabila mereka tidak berpantang makanan yang dilarang selepas berlakunya keguguran.
PANTANG SELEPAS BERSALIN
Tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji
kesabaran, boleh dikatakan sebilangan besar wanita Melayu masih tekun
dan rela mengikut tradisi ini. Dikatakan wanita yang rajin berpantang
dijamin akan mendapatkan kembali potongan badan yang asal, menjadi sihat
dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu mengekal
minat suami.
- Amalan Intensif Ubat Periuk : dapat memulih tenaga sekaligus dapat mengembalikan kesihatan serta kecantikan.
- Amalan Herba untuk Kerapian Bahagian Sulit : disyorkan mengambil rumusan herba untuk kerapian bahagian alat sulit sehingga 100 hari
- Rawatan Bertuam
- Rawatan Bertungku
- Rawatan Urutan Tradisional :Urutan dapat menenangkan emosi, meringankan tubuh badan yang lesu dan melegakan bisa otot dan sendi.
- Rawatan Berlulur : Lulur akan meresapi pori-pori dan menghindari kemasukan angin sejuk yang mengakibatkan kebas, bisa otot, sendi dan urat saraf.
- Rawatan Berbengkung : untuk mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-liang perut
- Rawatan Mandi Wap atau Bertangas : untuk mengaktifkan pengeluaran peluh sebagai rawatan pengenyahkan racun di badan
- Rawatan Ukup Wangi :untuk menghilangkan bau herba dan rempah ratus yang menyerap ke badan selepas rawatan bertangas dan wandi wap di peringkat awal
- Senaman Kemutan Otot Rahim : Pergerakan otot dalaman dapat membantu mempercepatkan pengeluaran sisa toksin dan memperkemaskan kesihatan serta kedudukan rahim
Sekiranya penjagaan diri semasa dalam pantang bersalin diabaikan, kesannya mungkin tidak berlaku serta-merta. Namun apabila melalui kelahiran yang banyak, usia mula meningkat, daya tenaga semakin menurun, barulah terasa lenguh-lenguh dan bisa urat, sendi serta otot, sakit pinggang dan kebas tangan. Apabila keadaan ini berlaku, kebanyakan ibu menjadi dingin dan lemah tenaga batin.
Wahhh..panjang lebar entri kiter kali ni..hah banyak tak info dapat..actually, banyak lagi yang nak kongsi tapi takut u guys boring plak tapi apa-apa pun kita kena rajin google k, baru dapat banyak info....So hope, entri kali ni membantu juga lah kepada ibu-ibu muda yang baru mengalami keguguran dan juga selepas bersalin.
Kredit Info to : Buku 'Ensiklopedia Perbidanan Melayu-Sebuah Perbendaharaan Ilmu Perubatan dan Penjagaan Kesihatan ' ini ditulis oleh Datin Sharifah Anisah Barakbah iaitu pengasas Nona Roguy
k bai n much luv :)
10 000 orang nak tahu:
Tanx 4 entry akk..sy bru kguguran mgu lpas n ada bwat d&c...now drah da bnti...ingat dah xde pape...bdn da la lasak..bila bce ada pntang omg....kne ikut ni....tp yg psal bjimak 2 msti ke kk 30 hri?
Tanx 4 entry akk..sy bru kguguran mgu lpas n ada bwat d&c...now drah da bnti...ingat dah xde pape...bdn da la lasak..bila bce ada pntang omg....kne ikut ni....tp yg psal bjimak 2 msti ke kk 30 hri?
Tq..entry yg bharga..
Terima kasih kak Engku atas info nya...kak Engku saya berumur 36thn. Saya br saje mengalami keguguran dan melalui process dnc. Nak tanya...adakah perkara biasa bagi seseorg akan merasa sedikit sakit d bahagian ibu jari kaki semasa gugur dan selepas dnc kerana ia verlalu sndr pd diri saya..dan sehingga berapa lama?.
Dan jika selepas dnc, buah dada saya menghasilkan susu...bolekah saya susu badankan kepada anak saya yg masih kecil?.....Tq kak engku
Info yg berguna.sy bru mengalami keguguran,kandungan bru 8mggu.dan skt sgt,x wat dnc coz janin tu jatuh sendiri..cuma sy rasa perut berangin je setelah beberapa jam selepas janin tu kuar.sy ingtkn keguguran x payah pantang rupanya kena pantang. Ape pn thanx atas infonya.
Thanks pada yang sudi baca blog saya..actually tak perasan pun ade komen kat sini n tak sangka ada reader..ok, yang tanya2 kiter nak jawab pun serba salah al maklum lah bukan doctor cuma boleh share je la..nak elok, ikutla petua ni maybe berkesan..
salam perkenalan.terima ksh utk info dan tips yg berguna kpd pembaca.
Terima kasih ats info yg sgt berguna..
Terima kasih ats info yg sgt berguna..
Dunia sementara Akhirat selamanya
Allah maha kuasa makhkuk tak de kuasa
Semua yg berlaku dgn kehendak Allah
Post a Comment