-->

recent post

get this widget here

Sunday 29 April 2012

Taska Permata Perpaduan, Sri Rampai

As Salam,

Selamat berhujung minggu uolss...ujung minggu ni korang tak kan lepak kat umah je kot..bawa-bawa ler pi jalan..hihihi, tapi kiter pun kat umah je ni hah, time cam ni ler nak bersama-sama family, masa lain dah penuh dah jadual...

Hari ni kalau tak, penuh gak jadual dengan kelas tapi di sebabkan Perhimpunan BERSIH tu..so kelas pun terpaksa di cancelkan...dari satu sudut, kiter rasa BERSIH ni bagus gak sebab dapat gak rileks kat umah tapi dari satu lagi sudut..ermmm...susah nak cakap..so kiter tak nak cakap ler..

Hari ni nak bercerita tentang TASKA dimana NIA belajar dan peroleh ilmu...uols tahu tak wujudnya TASKA PERMATA PERPADUAN?mesti ade yang tahu dan ade yang tak tahu kan..Kepada yang tahu jom share ur story dan kepada yang tak tahu meh sini nak citer..

kalu uols nak tahu kan, Taska Permata Perpaduan ni adalah di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Antara visi diorang ni adalah :

  • Menggalakkan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun mendapat asuhan dan didikan yang berkualiti bagi merangsang perkembangan awal mereka yang sesuai mengikut kumpulan umur dari segi fizikal, bahasa, kognitif, sosio-emosi dan rohani dalam persekitaran yang selamat, sihat dan menyeronokkan.
  • Menggalakkan penglibatan dan hubungan yang teguh antara ibu bapa, Kerajaan, pihak swasta dan juga badan bukan kerajaan serta kumpulan masyarakat setempat di dalam pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak.

Ruang Makan Kanak-kanak

Nia adalah antara warga Taska Permata Perpaduan di Taman Sri Rampai. actually banyak perubahan yang kiter nampak since Nia masuk Taska ni. Dulu Nia duk ngan pengasuh, dia agak takut ngan orang yang die tak kenal tapi since dia masuk Taska dari umur 3 tahun, Nia dah jadi lebih berani dan lebih yakin.

Kalu korang nak tahu, setiap pengambilan adalah bermula umur 2 tahun sehingga 4 tahun. Kanak-kanak seawal umur 2 tahun, pendidik-pendidik diorang ni dah ajar macam mana nak makan sendiri, macam mana nak guna toilet, adab-adab berkawan, adab-adab bermain, adab-adab masa makan...pendek kata semua yang kiter rasa agak mustahil untuk kanak-kanak faham dan belajar, pendidik diorang ni leh ajar dan surprising sebab kanak-kanak mudah ikut.

Aktiviti bukan setakat dengan kanak-kanak, Ibubapa pun di wajibkan untuk melakukan penglibatan bersama anak-anak 4 jam sebulan. So uols leh join sekali wat aktiviti dengan anak-anak..gambar di bawah ni di ambil masa kiter wat aktiviti kat Taska Nia, kiter buat aktiviti mewarna je :)

Mari mewarna Epal


Cari buku ni di Pustaka Rakyat, Wangsa Maju


Tempat Kanak-Kanak bermain


Warna biru : Katil kanak-kanak

kalau uols nak tahu gak, yuran bulan cuma RM35 sahaja setiap bulan dan bukan semua yang mintak leh masuk kesini sebab Jabatan akan pilih dulu berdasarkan Pendapatan seisi umah. So kiranye, pendapatan kiter dan suami tak baper nak besor so sebab tu lah Nia di terima untuk 2 tahun( 3-4 tahun) dan tahun ini adalah tahun terakhir buat Nia.

Kalau uols berminat nak hantar anak-anak ke sini leh berhubung dengan pihak jabatan yer, selalunyer diorang akan open pendaftaran pada hujung tahun dalam bulan 10 -1 2.

Setiap tahun pihak Taska akan buat Hari Graduasi dan Nia dah terlibat untuk tahun lepas dan jadi leader untuk tarian...bangga plak kiter rasanyer..dan setiap tahun gak akan ada lawatan bersama pendidik. Tahun lepas Nia pergi ke Kilang Beryl's dan Aquaria KLCC dan tahun ini kiter n Nia akan pergi ke Kilang Roti Gardenia dan juga Taman Tema Wet World, Shah Alam yakni besok ( 30.04.12). Sok kiter akan update lawatan ke sana yer..tunggu..

And last but not least, kiter persembahkan persembahan Nia waktu Hari Graduasi tahun lepas ye..Enjoy the show





bai n much luv


Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

3 000 orang nak tahu:

Anonymous said...

murahnya

Unknown said...

thanks to you coz support my blog

mar said...

Beli katil kat mner

Ramai yang Suker