-->

recent post

get this widget here

Saturday 30 June 2012

Migraine



Hari minggu ni uolss tak kuar jalan-jalan ke? Minggu ni kiter baru rileks cket after final exam itu hari tapi sakit kepala melanda lagi since balik kerja semalam..Setiap kali pegi klinik, doc cakap migrain..migrain..migrain..habis2 pun bagi ubat tahan sakit n ubat pening je..Bukan kiter makan pun ubat-ubat tu sumer...

Kiter tak suker bergantung dengan ubat, ceh cakap cam kuat sgt lah ni kan..actually skang ni pun ngan pening2 lalat lagi ni..berat je rasa kepala ni tapi tahan je lah. Malam tadi pun tido awal sangat sampaikan anak n laki pun tak terlayan.. sory ler coz memang tak larat..kalau pening je mesti muntah-muntah.

Sakit kepala yang kiter alami ni semakin lama, semakin teruk teringat plak tentang Arwah Khai yang meninggal di sebabkan asalnya sakit kepala..Takut jadi macam tu..tapi nak pergi check kat hospital pun takut plak..so, tahan je lah..Actually skang ni pun masih sakit kepala lagi cuma dah kurang sedikit..tapi disebabkan nak bagi uolss info ni, gagahkan juga untuk buat entri ni .. :)

Tapi kiter tetap nak tahu ape sebenarnya yang dimaksudkan dengan migrain ni..ye lah, kiter nak tahu gak serius ke tak serius sakit yang kiter alami ni..Kalau serius maksudnyer nak tak nak kiter kena check kat Hospital gak..harap2 cuma pening kepala yang biasa-biasa sahaja. So, meh sini citer share cket pasal MIGRAIN ye!




Migrain

Adalah satu bentuk sakit kepala disebabkan oleh pembesaran saluran darah (vasodilatation) yang menyebabkan pelepasan bahan kimia daripada gentian saraf yang melilit arteri besar otak. Bahan kimia ini menyebabkan keradangan, kesakitan, dan pembesaran arteri. Pembesaran arteri menambahkan kesakitan.

Serangan migrain biasanya mengaktifkan sistem sarah simpatatik. Sistem saraf simpatatik adalah sebahagian daripada sistem sarah yang mengawal tindak balas kepada tekanan dan kesakitan. Sebagai contoh, peningkatan aktiviti saraf simpatatik menyebabkan loya, muntah, cirit birit dan sebagainya.

Apakah Petanda Migrain?

- Migrain digambarkan dengan denyut sengit yang berkumpul di satu bahagian, biasanya di dahi, sekitar mata atau di belakang kepala.
- Biasanya uni-lateral (satu sisi kepala) walaupun adakalanya bi-lateral (kedua-dua belah kepala)
- Sakit kepala unilateral biasanya menukar sisi serangan, jika kerap berlaku di tempat yang sama, dapatkan pemeriksaan untuk pertimbangkan sakit lain seperti tumor otak
- Petanda biasa seperti loya, muntah-muntah, cirit-birit, muka pucat, tangan sejuk, kaki sejuk dan penambahan sensitiviti kepada cahaya dan bunyi
- Sakit mungkin berlangsung antara 4 hingga 72 jam
- Petanda amaran termasuk mengantuk, cepat marah, keletihan, kemurungan, keinginan benda manis atau masin

Rawatan Migrain

Tanpa ubat

- Terapi ais biasa digunakan berserta teknik merehatkan otot yang tegang seperti urut, akupuntur dan sebagainya
- Pencegahan migrain seperti mengelakkan benda-benda yang boleh mencetuskan migrain seperti merokok, elak diet tinggi tyramine seperti keju, atau tinggi sulfat seperti wine atau tinggi nitrat seperti kacang dan daging

Dapatkan nasihat pakar tentang penggunaan sebarang ubat-ubatan.

Penggunaan aspirin boleh jadi bahaya untuk beberapa jenis orang termasuk kanak-kanak dan remaja, mereka yang mengambil warfarin, mereka dengan ulser perut yang aktif, mereka dengan luka pendarahan, mereka dengan masalah hati dan sebagainya. Terdapat juga beberapa ubat spesifik yang digunakan termasuk triptan, ergots, midrin, dan sebagainya yang dipreskripsikan kepada tahap-tahap migrain yang memerlukannya.

Kenali Pencetus Migrain

Sekiranya anda seorang penghidap migrain, elakkan beberapa pencetus migrain seperti;

- Tekanan
- Gangguan tidur atau tidur berlebihan
- Berlapar untuk 1 jangka masa yang lama
- Bau yang menusuk
- Merokok
- Alkohol
- Makanan seperti keju, coklat, tinggi monosidium glutamate (MSG), nitrat, aspartame
- Kafein
- Cahaya terlalu terang

Apa Yang Patut Dibuat Oleh Penghidap Migrain?

Migrain yang bukan diwarisi ‘mungkin’ boleh dibetulkan dengan membetulkan otot-otot yang terlibat seperti steronoclodomostoid yang biasanya berlaku tarikan dan menyebabkan kedudukan kepala dan cervical berada di tempat yang salah.

Selain itu, gaya hidup perlu diubah termasuk;

- Tidur yang mencukupi pada waktu yang sama
- Senaman yang regular. Jika boleh jadikan rutin harian. Senaman memperbaik kualiti tidur, mengurangkan tekanan dan sebagainya.
- Jangan elak makan. Makan sekerap yang boleh
- Kurangkan tekanan


Now Kiter tahu serba sedikit kenapa kiter selalu sakit kepala..maybe kiter punyer part masih tak terlalu serius dan masih boleh di cegah..i think to much..itu yang boleh menyebabkan stress dan seterusnya gejala migrain.

Kafein pun leh bagi salah satu sebab kiter selalu sakit kepala sebab kiter ni memang hantu segala nescafe kot hehehe..1 hari tak dapat nescafe rasa cam tak lengkap hidup ni..cam orang laki-laki gak la..tak dapat rokok 1 hari, boleh jadi giler kot..lebih kurang camtu ler..

Tido pun salah satu punca gak ni heh..ye lah kiter selalu susah nak tido n tak cukup tido..itu pun boleh sebabkan sakit kepala..So uolss..klu ada gejala-gejala macam ni..cepat2 jumper doc ye n amalkan cara hidup yang sihat..hehehe, kiter pun sedang berusaha untuk mengamal cara hidup yang sihat..good luck untuk uolls ye n wish me luck too..

Thanks a lot n Kredit to Dr Zaki yang sharekan info ini dalam blog beliau. Uolls leh check Dr Zaki punyer blog DI SINI. Banyak info berguna yang boleh di dapati daripada blog beliau..

bai n much luv



Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

0 000 orang nak tahu:

Ramai yang Suker