-->

recent post

get this widget here

Thursday 28 June 2012

Secret Garden Via Astro On The Go



Tadi rasa cam nak tido tau tp as usually kenapa lah susah nak tido ni, exam dah lepas kot..hati ni dah nak tido, tp mata nak segar semacam kenapa..

so daripada tak buat ape, kiter decide nak layan drama korea~ Secret Garden~ di Astro On-The-Go..ada dalam 20 episod..Syok gak layan Astro OTG ni sebab nyer dia link terus dengan Astro yang kat TV. This telemovie memang best..ada sedih ada komedi..boleh di katakan romantik komedi lah..Tapi serius kelakar giler citer ni.


Secret Garden

Drama ini menceritakan kisah Kim Joo Won (Hyun Bin), Ketua Pegawai Eksekutif yang sombong dan yang mengekalkan imej kesempurnaan , dan Gil Ra Im (Ha Ji Won), stuntwoman miskin dan merendah diri . Pertemuan mereka tidak disengajakan, apabila Joo Won tersilap meneka Ra Im adalah pelakon Park Chae Rin, permulaan yang tegang, pertelingkahan antara mereka sentiasa berlaku, namun Joo Won cuba telah tertarik dengan Ra Im dan berusaha untu menyembunyikan perasaannya kepada Ra Im kerana Joo Won keliru antara bayangan dan realiti dan sentiasa dalam fikiran dia. Meyukarkan lagi keadaan, satu peristiwa pelik telah berlaku dan menyebabkan mereka bertukar-tukar badan.




Hero dan Heroin nya sangat serasi bersama dan watak diorang lucu sangat dan yg paling penting sweet n cute. Actually citer ni citer dah lama, tahun 2010 kot tapi kiter besa lah..org lain dah tgk dulu baru kiter nak tgk..ketinggalan cket hehehe..xpe lah nak share gak..nak baca entri ni baca la..tak nak takpe..tak paksa pun..



Banyak adegan-adegan yang menarik yang boleh di saksikan dalam cerita ini dan musicnyer pun sgt best. Kiter pasti ramai yang suka layan citer korea kan..kiter pun tak terkecuali tapi tak semua lah kiter layan n pelakon-pelakonya pun kiter tak kenal sangat..pendek kata, kiter ni tak de lah fanatik sangat dengan cerita2 korea tapi citer ni kira boleh layan gak lah..Kiter tetap setia dengan citer teleserye filipina.. :)



Antara pelakon-pelakonnya adalah:

Hyun Bin as Kim Joo Won
Ha Ji Won as Gil Ra Im
Yoon Sang Hyun as Oska / Choi Woo Young (Joo Won's cousin) - Hero dari korean drama 'My Fair Lady' (2009)
Kim Sa Rang as Yoon Seul
Phillip Lee as Im Jong Soo

Kalau uols ada masa, leh try reg kan Astro On The Go..kena masukkan no smart card astro tau..banyak citer yang tak sempat nak tgk ada dalam tu..lebih kurang cam TONTON gak ler..tp agak lain cket sebab kiter tgk gn tab/PC/Ipad dan rancangan nyer link dengan Astro yang kat rumah..Meaning korang kalau kat luar, nak tgk Astro pun kira boleh lah klu da ade Astro OTG ni..must try k..good luck guys..

bai n much luv..

Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

0 000 orang nak tahu:

Ramai yang Suker