-->

recent post

get this widget here

Thursday 28 June 2012

Pertandingan Memasak Bubur Lambuk



Korang..chat ke?dah makan sumer..kiter teringin nak makan bubur lambuk..dah lama tak makan..selalunyer bubur lambuk ni banyak waktu bulan pose je kan..nak masak sendiri, hukhukhuk faham-faham je lah..yang tak faham tu..buat2 faham ler hahahha..

Ok meh sini kiter nak share cket..

Bersempena dengan Ramadhan Al-Mubarak 1433H yang kian menjelang, Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Masjid Jamek Kampung Baru dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan mengadakan Pertandingan Memasak Bubur Lambuk di Menara Kuala Lumpur pada 14 Julai 2012, Sabtu mulai jam 7.30 pagi.


Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 ke atas di mana setiap kumpulan terdiri daripada tiga hingga empat orang sahaja dan terbuka kepada 30 kumpulan di mana 20 kumpulan untuk kategori terbuka dan 10 kumpulan lagi bagi kategori masjid.

Yuran penyertaan sebanyak RM50 akan dikenakan untuk setiap kumpulan. Sehubungan dengan itu, anda semua dijemput untuk menyertai dan memeriahkan lagi pertandingan ini dan hadiah keseluruhan bernilai RM15,000.00 bersama sijil penyertaan sedang menanti para pemenang.

Selain daripada itu, para pengunjung juga boleh menikmati bubur lambuk secara PERCUMA selepas jam 12.00 tengahari.

Jadi jangan ketinggalan, bawalah keluarga dan sahabat handai anda ke Menara Kuala Lumpur untuk menyertai dan menikmati bubur lambuk istimewa sempena sambutan Ramadhan ini.

Bersama ini disertakan borang penyertaan dan untuk keterangan lanjut boleh layari laman web www.menarakl.com.my atau 'like' facebook rasmi Menara Kuala Lumpur www.facebook.com/officialmenarakl.


https://mail-attachment.googleusercontent.com/attachment/u/0/?ui=2&ik=8a0628fda4&view=att&th=13827e8f227ed29d&attid=0.2&disp=inline&safe=1&zw&saduie=AG9B_P_Tl04YCXZmcYsxlLbWTDQq&sadet=1340889975673&sads=ocTFz1g2B4s7CpxwdGfsuuwLe7A&sadssc=1

Jangan lepaskan peluang ini. mesti rasa puaskan dapat masak ramai2 macam ni..tapi kiter masa ni kat Johor kot so tak dapat nak join..Kalau ader antara uols yang join share lah pengalaman n citer uolss

bai n much-much luv



Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

0 000 orang nak tahu:

Ramai yang Suker