-->

recent post

get this widget here

Saturday 23 June 2012

TAK SUKA CIK LIPAS YANG TERBANG..EEIII GELI



Korang, tolong lah..da jam 4.00AM kot tapi still mata ni tak leh tido...otak dah tepu ni nak study, anak n husband dah mimpi indah kot...nak layan internet pun dah malas..last choice baca novel..Ingatkan baca novel ngantuk tapi bertambah2 segar plak..ini mesti penangan Nescafe Tarik ni...

Asyoik sangat baca novel tadi, ada plak bunyi2 pelik tepi katil ni..intai-intai punyer intai..tak nampak aper pun..bulu roma dah meremang ni....tapi kiter steady lagi, konon2 cool lah kan...sambung baca balik novel..

Da habis separuh novel ni, kiter terdengar lagi bunyi macam bende bergerak...takutnyer, seram sejuk plak raser..tetiba kiter cam nampak kelibat hitam yang kecik..melompat kiter atas katil tu hah..tapi hati ni nk tahu gak ape yg melintaskan..check punyer check..fuhh teerkezut..rupa2 Cik Lipas..Lipas ni nak beranak ke nak bertelor kot kembang semacam je sayapnyer..

lipas Fobia Dengan Lipas

Kiter ni pantang sangat dengan CIK LIPAS..terutama yang terbang ni..perghhh..nak lari tak boleh, pintu bilik study ni tertutup plak...macam maner nak halau ni...perghh sempat agi update blog ni sebelum Cik Lipas ni terbang..hehehehe

Habis semua bantal, kertas, buku ..pendek kata, semua barang yang ade depan mata kita, kiter campak kan aje kat lipas tu..heh, padan muka die..walaupun Cik Lipas itu tidak meninggalkan dunia yang fana ini tapi die dah lari entah ke mana..skang ni langkah berjaga, kita buka pintu siap2..kat tangan ni dah ader barang nak campak ni, meh la sini Cik Lipas ooii kalau berani...
( perghh, siap panggil....berani sangat lah konon ).

Baik kiter cuba tido kan..ade hikmah gak Cik Lipas ni nak terbang kat muka kiter ni..rupernyer die nak suh kiter tido la..cakap la awal2 cik lipas ooiii, tak yah awak tu nak terbang sana, terbang sini..penat tauuuu



09 COCKROACH1 20 Fakta Menarik Tentang Lipas


Sebelum kiter menutup mata kiter...meh sini nak share ngan uolls tentang 20 Fakta Menarik Tentang Cik Lipas...

20 Fakta Menarik Tentang Cik Lipas
  1. Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila.. haha
  2. Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.. wow
  3. Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus
  4. Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup
  5. Lipas mempunyai darah berwarna putih
  6. Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya.
  7. Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram
  8. Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia
  9. Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina
  10. Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya hohoho
  11. Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya.
  12. Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani
  13. Lipas ada gigi di dalam perutnya
  14. Lipas yang dilumatkan boleh boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat tu
  15. Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat
  16. Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula
  17. Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung
  18. Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut hohoho
  19. Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam
  20. Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa haha

Tengok ni Cik Lipas dalam kiter ni geli ngan awak..kiter sudi lagi cerita pasal awak...hehehe..lawak di pagi hari..lawakss ke?? nak tido la uollss..Cik Lipas datang lagi la..lariiiii..bai n much luv



Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

2 000 orang nak tahu:

Ain said...

Kite pon geli ~ euww

Unknown said...

geli giler kot.. :)

Ramai yang Suker