-->

recent post

get this widget here

Sunday 24 June 2012

CARA ATASI MASALAH SUSAH TIDUR




Lepas balik dari UTM petang tadi, kiter tido gak ler lepas maghrib tu..tapi entah macam mana plak boleh terjaga balik. kul 12.30am...adoiii kacau betul, baru nak lena cket kan..kiter ni plak jenis, kalau dah terjaga nak tido balik harap maaf lah.

Memang sampai esok pagi ler tak leh tido..tutup lah mata tu dengan apa cara sekali pun..penat je pejam celik, pejam celik..pusing kanan tak kena , pusing kiri tak kena..last2 kiter decide bangun je lah study kan..Kiter da start study dari jam 2.00am tadi samapi skang n my eye masih lagi segar bugar dan skang ni rasa lapar lah plak...

Kiter pelik lah nape selalu sangat susah nak tido macam ni, raser lately ni semakin teruk plak..dulu pun jenis susah tido macam ni gak tapi skang ni lagi teruk. Dulu pun paling lambat jam 2-3am dah tido dah..skang ni selagi tak subuh selagi tu tak tido...Kiter ni rasa cam tak puas hati je kan , so kiter cari maklumat tentang punca susah tido dan cara atasi..

Meh kiter share ngan uollss..mana tahu mungkin ader gak daripada uolls ni yang alami masalah macam kiter kan..sharing is caring kan tapi apa-apa pun credit to AnneAhira sebab bagi info tentang masalah tido ni..

Susah Tidur lebih dikenali sebagai penyakit INSOMNIA adalah perkara normal yang di alami oleh sebahagian daripada kita kerana tedapatnya gangguan pada fungsi otak..huisshh biler kiter baca je rasa takut plak..bukan aper, takut penyakit ni tak dapat di cegah je kalau tak rawat daripada awal..

Mereka-mereka termasuk lah kiter yang mungkin ada mengalami masalah Insomnia ini terpanjang berjaga malam kerana tidak mampu untuk tido dan ianya sangat menyiksa jiwa dan raga..huh..mana tak tersiksanya, baru nak tido je dah pagi kot. Kesannya kepada mereka adalah badan menjadi cepat penat, muka pucat dan tidak bertenaga.

Obat tradisional insomnia

Punca-Punca Insomnia

Antara punca-punca berlakunya masalah insomnia ini ialah :
- depressi
- stress
- Diet yang terlalu memaksa
- Masalah psikologi
- Perubahan waktu kerja
- Keadaan badan yang tidak sihat
- Penggunaan ubat-ubat terlarang dan banyak lagi lah

JENIS-JENIS INSOMNIA

1. Transient Insomnia
Tempohnya hanya 1 hari atau beberapa hari. Selalunya di sebabkan stress dan konflik yang berlaku dalam kehidupan seharian

2. Short Term Insomnia
Tempohnya dalam 1-3 minggu. Untuk kaum wanita,insomnia jenis ini sering berlaku ketika ada perubahan hormon di dalam tubuh mereka dan ia juga berlaku kepada mereka yang terlalu stress dengan kerja.

3. Chronic Insomnia
Tempohnya dalah hampir setiap hari dalam 1 bulan. Semua pekerjaaan akan serta merta terganggu dan dan akan mendapat penyakit lain dengan kadar yang drastik

4. Primary Chronic Insomnia
Insomnia jenis ini berlaku ketika gejala yang ditunjukkan tidak sesuai dengan keadaan fizikal dan mental.

5. Secondary Chronic Insomnia
Situasi ini di alami oleh mereka yang mengalami depress dan gangguan emosi yang tidak menentu. Kajian mengatakan 105 daripada orang dewasa mengalami Insomnia jenis ini.

Cara-cara untuk mengatasi masalah Insomnia

1. Sibukkan diri sepanjang hari
2. Elakkan minum minuman yang mengandungi kafein
3. Minum segelak susu panas atau susu campur madu
4. Mandi dengan air panas sebelum tido dan elakkan tido siang
5. Bangun dan baca muda sambil mendengar musik yang menenangkan.

Untuk Mengubati Insomnia

1. Akupuntur
2. Olahraga ( Renang dan yoga)
3. Ubat-ubatan





Setelah membaca dan memahami tentang masalah ni..kiter rasa , masalah kiter ni tak de lah teruk mana pun..maybe skang susah tdo sebab panik nak amik final exam kot..biase lah last2 minit study kan..apa-apa pun, kiter cuba follow seperti saranan di atas..skang pun dah jam 5.27am, hujan plak tu..perhgg dapat tido best ni..kiter nak cuba tido..ZZZZzzzzzz

bai n much luv..


Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

0 000 orang nak tahu:

Ramai yang Suker