-->

recent post

get this widget here

Wednesday 8 August 2012

Khasiat Buah Kiwi

Assalamualaikum,

Berbuka ape hr ni korang..? Hari ni kiter msk ikan bakar n buat kuah asam je pastu goreng sayur cket...simple giler tp menaikkan selera mkn ku hehehe...diet la sgt ye...hancur my diet hr ni...kuah asam ikan bakar ku is the best hihihi terperasan plak...pedas giler kot...untuk menghilangkan rasa yg sgt2 pedas tu kiter makan buah kiwi mcm kt bawah tu...

En suami lah yg belikan buah kiwi ni..1st time kot mkn buah kiwi ni...quite good, ader rasa masam2 cket..mesti korang kata kiter jakun kan..ader aku kesah.kehkehkeh terkasar bahasa plak..nape lah kiter xcuba mkn buah kiwi ni dr dulu...kalau korang nk th byk khasiat yg kita leh dpt tau dari buah kiwi ni..meh kiter share cket info berkenaan khasiat buah kiwi ni...sebelum tu, kiter nk solat isyak jap, pasni sambung baca yer...




Ok..kembali kiter..sebelum kiter share info tentang buah kiwi..cuba korang tgk isi buah kiwi dalam pic kat atas ni, unikkan ciptaan Allah..k sedia mula untuk perkongsian ilmu..

Ok kalau korang nk tahu, kiwi ni pelbagai nutrisi yang terbaik yg diperlukan untuk diet yang sihat. Dengan hanya 2 biji hidangan buah kiwi untuk 1 hari, tubuh kiter telah mendapat khasiat yang secukupnyer...nak tahu kenapa? Jom usha ape yang terkandung dalam buah kiwi ni..

FAKTA : KANDUNGAN BUAH KIWI


vitamin C - mempunyai dua kali ganda vitamin C berbanding buah oren. Kandungan yang hanya perlu diambil dua biji buah kiwi setiap hari untuk mendapatkan kadar yang disarankan.

Vitamin E - jarang sekali terdapat dalam makanan rendah lemak semula jadi. Lebih-lebih lagi buah boleh menjadi sumber vitamin E (dikenali sebagai vitamin yang kaya dengan kebaikan untuk kesihatan jantung dan antioksidan)

Asid Folik - sumber semula jadi diperlukan bagi menghalang kecacatan neutral di kalangan bayi (manusia memerlukan asid folik sebelum dan ketika hamil) untuk perkembangan otak dan kognitif di kalangan kanak-kanak dan menghalang penyakit kardiovaskular. Setiap orang memerlukan zat itu dalam kadar yang mencukupi. Asid folik penting sehinggakan ada negara yang mempertimbangkan untuk menambahkan asid folik ke dalam tepung gandum untuk memastikan masyarakatnya memperoleh asid folik mencukupi.

Potasium - mempunyai tahap yang hampir sama dengan pisang. Buah kiwi sumber potasium rendah garam berpotensi memberi manfaat dalam penjagaan tekanan darah dan kesihatan jantung. Lutein karotenoid - bukan saja mempunyai kandungan Lutein karotenoid tertinggi di kalangan buah-buahan, tetapi buah kiwi dibuktikan jauh lebih baik dari sayuran dari segi bio. Ia boleh membantu masalah penglihatan yang berkait dengan usia tua.

Antioksidan (contohnya polifenol, karotenoid) - berfaedah termasuk enzim unik lain. Memakan buah kiwi setiap hari adalah cara mudah untuk mendapatkan keperluan antioksidan seharian bagi melawan kerosakan yang disebabkan olah radikal bebas dan tekanan oksidatif.

Serat - Buah kiwi sesuai dimakan untuk mengurangkan rasa kembung dan tersumbat. Diiktiraf sebagai pembantu kepada sistem pencernaan semula jadi

Uishhh byknyer khasiat buah kiwi rupernyer.. So kalau nk menjaga badan dan inginkan tenaga lebih, maka buah Kiwi Zespri™ seharusnya menjadi pilihan. Bukan saja padat dengan khasiat nutrien, ia juga rendah lemak dan mempunyai kadar GI rendah secara semula jadi. Menikmati hidup lebih sihat menyeluruh yang lebih baik, jadikan buah kiwi sebagai amalan pemakanan rutin harian.

Apalagi korang..jom pi beli lagi stok buah kiwi...yummy, yummy :-)



Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

0 000 orang nak tahu:

Ramai yang Suker