-->

recent post

get this widget here

Monday 6 August 2012

Ramadhan Day 17 & Nuzul Al-Quran

Assalamualaikum,

Hi korang, chat ke? rasa cam dah lamer tak jenguk sini..macam maner ngan pose korang..?..dalam tak sedar, bulan Ramadhan dah menjengah ke hari ke 17... Wah, sekejap je kan..rupanyer kita dah separuh jalan dah ni. Masih belum terlambat untuk beribadat banyak-banyak.

Seperti tahun-tahun sudah, setiap 17 Ramadhan umat Islam akan menyambut hari Nuzul Al-Quran. Nuzul al-Quran merupakan satu peristiwa di mana al-Quran itu diturunkan dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia secara sekali gus dan secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad SAW.

17 Ramadhan merupakan hari di mana Al-Quran telah diturunkan oleh Allah SWT seperti yang disebut sebagai Malam Qadar atau Lailatul Qadar. Malam Qadar dikurniakan Allah pada setiap datangnya Bulan Ramadan. Kelebihan dan kemuliaannya adalah lebih baik dari 1,000 bulan.




Berbalik pada ramadhan ke 17 ni..sudah pastinya ramai yang dah tak sabar-sabar nak beraya kan..hari ni sempena hari Nuzul Al-Quran, ada sesetengah negeri yang bercuti kan, so selamat bercuti buat yang bercuti, kiter keje dalam KL so terpaksalah keje..Mesti ramai yang ambil peluang cuti ni untuk shopping raya kan, jalan mesti jam ni kat Jalan Tar, Masjid India, sogo dan tempat2 yang seangkatan dengannya..

Mesti ramai orang kat ibukota hari ni..so bawak2 banyak bersabar ye..shopping2 gak tapi ibadat puasa pun kena jaga ye..kalau tak sia2 je puasa kita ni..banyak info dalam entri ni kiter just copy n paste je tapi tak kisah lah, janji kita share info berguna ni...sharing is caring kan..ingat mengingati itu kan amalan yang baik..ingat ye Sabar itu Syurga, so byk2 bersabar kepada yang sangkut dalam jam, yang kena maki, yang stress kerja, yang duit dah banyak habis bershopping ye !!!

Doa kiter buat kalian

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)"

(Al-A'raf : 126)



Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

0 000 orang nak tahu:

Ramai yang Suker