-->

recent post

get this widget here

Sunday 21 April 2013

KETAGIHAN TERHADAP KAFEIN

Assalamualaikum,
 
Salam hari minggu buat semua..first of all thanks to everyone yang sudi menjelajah ke blog kiter yang tak seberapa ni..ade ke?..ada ke tak de ke tak pe lah..janji kiter dapat sebarkan ilmu dalam blog ni..well, well, well..how's ur day..?minggu ni kiter rasa semacam je lah..tak tahu  kenapa...rasa cam badan lemah sangat...nape ye...?

Ramai yang cakap sebab kiter terlalu taksub dengan Nescafe,,memang tak dapat di nafikan kiter kalau tak minum nescafe satu hari memang rasa cam tak lengkap hidup..minggu lepas ada gak cuba2 minum air lain kan tapi ni lah kesannya kiter rasa sgt tak cergas..

kenapa macam tu ye..so minggu ni kiter ponteng kelas..ntah ape2 kan..rasa tak bersemangat je minggu ni..ape lah nak jadi ngan study this semester, teruk sgt rasa ni...so kiter saje lah google cari pasal kan..hehehe..kiter google pasal kandung kafein dalam segala jenis kopi dan kesannyer terhadap tubuh badan kita semua...so, meh kiter share ye..
 

APA ITU KAFEIN ?

- Kafein adalah sejenis dadah yang terhasil secara semulajadi dalam daun dan biji beberapa jenis tumbuh tumbuhan. 
- Kafein juga dihasilkan secara tiruan dan digunakan sebagai bahan penambah atau perisa di dalam sesetengah makanan.  
- Kafein dikenali juga di kenali dengan nama kimianya trimetilksantina dalam keluarga metilksantina. Bahan ini berbentuk serbuk berwarna putih dan sedikit rasa pahit.  
- Bahan kimia lain yang terdapat dalam kumpulan ini adalah teofilin terdapat dalam daun teh dan teobromin yang didapati dalam biji koko. 



APA KESAN PENGAMBILAN KAFEIN?

Kesan pengambilan kafein bergantung kepada jumlah yang diambil dan berbeza bagi setiap individu yang mengambilnya. Secara purata semakin kecil saiz atau pun berat badan seseorang itu, semakin kurang kafein yang diperlukan untuk menghasilkan kesannya. Tetapi, banyak kesan kafein bergantung kepada jumlah yang diambil. Pengemar kopi selalunya memerlukan pengambilan yang tinggi untuk mencapai tahap kenikmatannya. Ini bermakna lebih banyak kafein yang diambil setiap hari maka lebih banyak yang diperlukan untuk mencapai tahap kenikmatannya. 

Kafein boleh menyebabkan pesakit yang mengalami masalah jantung dan kegagalan saraf menjadi lebih teruk, dan kebanyakan pengguna tidak sedar keadaan ini boleh berlaku ke atas mereka. 

 
Kafein cenderung untuk merangsang otak dan sistem saraf pusat kemudiannya bertindak ke atas jantung, pembuluh darah dan buah pinggang. Salah satu simtom yang biasa dihadapi oleh pengguna ialah dehidrasi (pengeluaran air terlalu banyak daripada badan menyebabkan badan kekurangan air). Walaupun anda menganggap dengan meminum air berkafein yang banyak badan dapat mengekalkan kandungan air tersebut tetapi kafein akan bertindak sebaliknya ke atas badan.
 
Pengambilan pada dos 250 hingga 750mg kafein (dua hingga tujuh cawan kopi) boleh menyebabkan seseorang itu mengalami situasi cemas, letih, tidak nyenyak tidur, sakit kepala dan sakit perut. Tetapi pengambilan kafein akan meningkatkan rasa waspada dan meningkatkan rasa waspada dan meningkatkan penumpuan terhadap tugas. Namun, tidur juga akan terganggu, berasa lebih tenang dan mengurangkan rasa lesu. 
 
Jika kafein diambil lebih dari 750mg (tujuh cawan kopi) sehari akan menyebabkan sakit kepala, lekas marah, timbulnya rasa takut dan tidak dapat tidur (insomnia). Pengambilan dos yang tinggi juga akan menyebabkan kekejangan dan mungkin diikuti dengan maut. 
 

KESAN JANGKA MASA PANJANG
 
Ulser - Kafein dipercayai boleh mengakibatkan ulser kerana bahan ini merangsangkan penghasilan asid dan peptin di dalam perut. Sekiranya diambil dalam jumlah yang banyak boleh mengakibatkan perut rasa tidak selesa. Seseorang yang mengalami masalah ulser dinasihatkan tidak mengambil kopi kerana akan menyebabkan ulser menjadi lebih teruk. Tetapi, bukan kafein sahaja yang mengakibatkan terjadinya ulser. Lebih banyak kajian perlu dijalankan untuk membuktikan sama ada kopi berkafein dan kopi tanpa kafein boleh menyebabkan ulser. 

Masalah Jantung – Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa kafein boleh menyebabkan denyutan jantung tak menentu (cardiac arrhythmia) kepada sesetengah orang. Biasanya penghidap sakit jantung dinasihatkan tidak mengambil minuman berkafein sama sekali. Walaupun demikian tiada bukti menunjukkan kafein adalah faktor penyebab sakit jantung.

Ketagih - Kafein boleh membuatkan seseorang itu menjadi ketagih. Jika individu berbabit berhenti dari meneruskan pengambilan kafein, ia akan mengalami simtom pengunduran (withdrawal symptoms) seperti sakit kepala. Simtom ini biasa dialami oleh penggemar kopi dan sakit kepala ini akan hilang dengan sendirinya dalam masa satu hingga lima hari atau ia akan sembuh semula dengan meminum kopi kembali atau mengambil ubat. Kebanyakan penggemar kopi yang cuba mengurangkan pengambilan kafein akan mengalami rasa gementar, sakit-sakit, tidak berupaya untuk bekerja, lesu, mengantuk dan sakit kepala. 

Bagi membuang tabiat ketagihan kafein bukannya mudah. Cara yang berkesan  adalah mengurangkan pengambilan setiap hari. Amalkan minum air kosong yang banyak serta jus buah-buahan dalam sajian harian anda.
 
 
 
Jenis Makanan & Minuman
Kandungan Kafein (mg)
Dos
Kopi Tapis/Saring
100 – 150
satu  cawan
Kopi Segera
50 – 70
satu  cawan
Teh
30 – 90
satu  cawan
Teh Uncang
65
satu  cawan
Kopi Nyah Kafein
1 – 6
satu  cawan
Minuman Kola
72
360g
Soda Oren Sunkist
42
360g
Minuman Coklat Panas
5
satu  cawan
Kek Coklat
20 – 30
satu  potong
Ubat-ubatan


Ubat Migrain
100 mg/dos

Analgesik
15 - 40 mg/dos

Batuk/Selsema
15 – 125 mg/dos

 
 
    Kepada penggemar  kopi , nescafe atau keluarga kopi yang lain dan juga buat diri kiter sendiri..fuhhh , tak takut ke baca kesan2 tu..kiter rasa takut je tapi kiter dan janji dengan diri kiter sendiri untuk kurangkan pengambilan kafein dan banyakkan minum air masak dan buah-buahan..bukan ape, ini untuk kesihatan diri sendiri gak..baru tahu kenapa badan rasa esu, sakit kepala dan selalu penat..ini lah punca die...so starting for today kiter dah start dah hentikan pengambilan nescafe...insyaallah untuk hari2 seterusnya juga..chaiyok..chaiyok..

Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

1 000 orang nak tahu:

lachellhabig said...

POKER ROOM - Mapyro
The Poker Room at POKER ROOM in Lisle, PA features the poker rooms and tournaments in a range of 속초 출장샵 denominations: Texas hold'em, Omaha, Blackjack, Poker,  아산 출장마사지 Rating: 광주 출장마사지 5 · ‎1 vote · ‎Price 경기도 출장마사지 range: $31-60Is POKER ROOM located in Lisle, PA?Is there a poker 순천 출장샵 room at POKER ROOM?

Ramai yang Suker