-->

recent post

get this widget here

Monday 21 May 2012

Hari Cuti yang berbaloi-baloi



Hari ni kiter amik cuti ganti untuk Hari Wesak itu hari yang jatuh pada hari Sabtu. Sib baik ler company bagi cuti ganti, dapat gak rehat 1 hari lepas bertungkus-lumus menghadiri kelas pada hari minggu kan. Memandangkan cuti tahunan pun dah tak banyak, bersyukur sangat rasanyer bile dapat cuti ganti ni..Tapi cuti-cuti ni pun takde ler dapat rest sepenuhnyer sebab hari ni aktiviti sangat full.

Antara aktiviti yang kiter buat hari ni ialah penglibatan ibu bapa untuk Taska Nia. Kan kiter kena buat 4 jam aktiviti pada setiap bulan, so kiter amik ler kesempatan cuti ni untuk membuat aktiviti bersama Nia dan kawan-kawan. Dalam kotak fikiran ni macam-macam nak buat last2 kiter decide untuk buat simple sukaneka. rancang dah lamer ni tapi bile sampai masa nak buat je yakni hari ni...preparation pun kiter tak buat banyak, just beli candy banyak2 at NSK Wangsa Maju. Sib baik ler pihak Taska ade sediakan barang2 untuk sukaneka ni..ala sukaneka tuk budak2 3-4 tahun, so simple2 je lah kiter buat ye..Buat yg susah2 kan tak termain plak diorang ni..

So antara games yang kitorang main tadi ialah menarik bola menggunakan gelung, berlari membawa bola, baling bola ke dalam gelung, mencari candy dalam tepung dan last sekali berebut gula-gula but before sukaneka start, kitorang buat 'Big Circle' dulu. Bagus actually aktiviti yang dilaksanakan di Taska ni..So buat aktiviti 'Big Circle' dari jam 9.00am sampai ler 9.30am, buat senaman atau pun warming up dulu then baru ler start aktiviti sukaneka. Kanak-kanak di bahagi kepada 4 kumpulan iaitu merah, biru, kuning dan hijau.


Ini adalah antara barang2 yang diperlukan untuk aktiviti sukaneka

Kanak-kanak termasuk Nia setia menantikan cikgu2 setkan tempat untuk sukaneka

Nia dan kawan-kawan tekun mendengar arahan daripada Cikgu Anis

Actually banyak lagi gambar tapi malas nk upload banyak2 nanti uolls jeless hihhihi. Seronok tengok diorang ni bermain, macam-macam gelagat ader. Ada yang faham arahan cikgu ader yang buat2 faham tp bile sampai turn, statik je, tak bergerak..hahaha..penat ler cikgu duk jerit suh lari kan..Punyer ler seronok duk main ni ye, bukan setakat kanak2 je yang berpeluh kiter ngan cikgu2 pun turut samer penat n berpeluh. Sukaneka berakhir jam 11.00am. Lepas tu diorang ader time untuk makan buah plak pastu mandi pastu makan tengah hari then tdo dari jam 12.30pm ke 3.00pm. Tapi kitorang tunggu sampai diorang makan buah je pastu kitorang pun blah lah sebab banyak lagi benda lain nak kena settle.

After sukaneka tu, kiter ngan hubby pi manjakan tekak yang haus ni dengan Air Kelapa dan ABC , lepak sampai jam 12.45pm then baru start aktiviti seterusnyer antaranyer service kereta. So after service on Feb2012 itu hari, dah masuk 3 bulan kan, terpaksa lah manjakan kereta ni ker pusat service proton Jalan Pahang. Nasib ler tak de kereta lain, kereta kiter je satu2 nyer..So cepat ler cket diorang buat keje tu. Sambil tunggu tu, bosan kan, so snap ler gambar gak...tunggu punyer tunggu sampai ler 1.15pm baru siap. Rupa2nyer after service kereta kat pusat service proton ni, diorang akan bagi car wash voucher setiap kali service.

Pusat Service Proton Siang Hin, Jalan Pahang

Service diorang ni bagus dan cepat

Tanpa membuang masa, after service kereta, kiter pun manja kan lagi kereta kiter kat car wash..al maklum ler dapat car wash voucher so tak yah bayar kan..kereta pun memang tengah kotor kan, so tak rugi ler basuh...sib baik tempat car wash ni dekat je ngan pusat service proton tadi..area my office gak, so familiar lah cket ngan tempat ni..


Walaupun tak sudah basuh lagi, dah nampak berkilat dah ni..

Habis cuci kereta dalam jam 1.45pm..huh lama gak tunggu tapi tak per lah berbaloi-baloi sebab FOC. Then last destinasi kitorang ialah Carrefour Wangsa Maju, pi shopping.. huhuhu dah lama tak berdua-duaan dengan En Husband ni...Dah Penat berjalan, dalam jam 4.00pm baru lah kitorang sampai umah n baru lah leh rest sepenuhnya. En Husband plak kuar amik Nia dalam jam 5.00pm. Rasa sangat full today but at the same time hepy sebab dapat luang masa dengan Nia dan Husband.

Cukup untuk malam ini, time to focus on my assignment tonight...berjaga lagi ler malam ni..i enjoyed my day and harap uolls pun enjoy gak hari ni yer...

bai n much luv

Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

2 000 orang nak tahu:

Pink Lavender said...

salam kenal..

makneng follow kamu
jom follow makneng..mcm2 ada

niaz said...

salam perkenalan..thanks for sudi jenguk2 blog kiter..i'll follow u..tq

Ramai yang Suker