-->

recent post

get this widget here

Wednesday 4 July 2012

Fiesta Berita Harian 2012



Raser masih belum terlambat kiter nak update pasal event ni. Ok untuk pengetahuan uolls pada 07 Julai 2012, jam 8.30pm bakal berlangsungnya Malam Puisi Riong Edisi Khas bersempena Fiesta BH 2012 di Taman Tasik Titiwangsa dan pada 08 Julai 2012 akan berlangsungnya Fiesta Berita Harian 2012 sempena ulang tahun mereka yang ke-55.

PUISI nukilan Sasterawan Negara (SN) Ke-4, Datuk (Dr) A Samad Said, Hemah Sebuah Akhbar yang menceritakan perit jerih dunia kewartawanan dan persuratkhabaran bakal didendangkan secara duet oleh deklamator muda pada Malam Puisi Riong Edisi Khas pada 7 Julai ini, jam 8.30 malam.

pix_gal0
Bagi memeriahkan acara, Kumpulan Dewangga Sakti yang akan menyampaikan rangkaian lagu tradisional dan naib juara program realiti Mentor Musim Ke-4, Shiha, pula akan mempersembahkan lagu popular mereka.

Malam Puisi Riong Edisi Khas akan turut diwarnai dengan persembahan wakil institusi pengajian tinggi dan agensi kerajaan termasuk Pengarah Institut Pendidikan Islam, Kampus Bangi, Osman Hussain dan Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Mohd Poad Jelani.

Lari daripada kebiasaan, selebriti popular turut dijemput mendeklamasikan puisi, termasuk Pemenang Kategori Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011, Tasha Shila, aktres serba boleh, Nur Fazura dan Miss World Malaysia 2008/2009, Soo Wincci.

Wah pasti meriah ni kan..ni dah dekat dah ngan office kiter..5 minit je kot tapi cam besa lah, kiter ade kelas hari Sabtu ni n hari Ahad ni kiter dah nak kena berangkat ke Johor.. tapi kalau uolls ade masa dan berkesempatan ke sana, enjoy urself ye..sedihnyer kiter, banyak event yang kiter post kiter tak dapat nak pergi..maybe next time ye..

Kredit info daripada Berita Harian

bai n much luv

Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

0 000 orang nak tahu:

Ramai yang Suker