-->

recent post

get this widget here

Saturday, 22 February 2014

Clearance Stok

Assalamualaikum,

Selamat berhujung minggu..lama sudah ku tinggalkan blog ini..

Takde ape nak update, just to inform uoall..sekarang ni Eda sedang nk clearkan stok yang masih berbaki so Eda bercadang nak buat jualan kasih sayang so maknanyer harga pun kasih sayang..terutama utk PB..juga terima installment untuk PB dan BVSM.

Kepada yang nak jadi agent dropship di alu-alukan untuk produk mineral coffee and sabun marine essence tetapi Eda cuma terima untuk pre order ye sebab dengan  Eda tak de Ready stock.

So sempena jualan penghabisan stok ni..mmg Eda akan kasi harga murah2 ye..so ambil peluang ni tau..whatsapp me cepat2 ok !!!

Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

Thursday, 2 January 2014

Marine Essence

Assalamualaikum,

Lama giler rasanya tak jenguk my blog ni..dah bersawang dah ni...lately ni macam-macam masalah yang melanda, macam-macam dugaan yang datang dan now berakhir sudah episod luka di tahun 2013 ..luka lah sangat kan...now we are in 2014...

Wow cepatnya masa berlalu kan..sedar tak sedar kita dah bertukar tahun..So apa azam korang kali ni..? jangan hanya tahu berazam tapi takde keazaman untuk capai azam tu k..kena berani take challenge untuk tunaikan keazaman kita tu ..ok..

Setiap hari Eda baca kat FB tu status pasal harga tu naik, harga barang ni naik, tol naik, minyak naik..macam2 lah..last sekali terbaca pasal ulam pun dah naik harga RM 2 seikat.., wow dasyatnyer ekonomi negara sekarang..so korang masa ni lah nak kena tingkatkan lagi usaha, kerja keras lagi untuk cari duit lebih bagi menampung kehidupan keluargakan..

Eda tahu ramai kat luar tu yang gajinya ada-ada sahaja n cukup-cukup makan ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang..hutang dah melebihi pendapatan..masa ni la kita nak grab peluang yang dah ada depan mata ni..Eda ada peluang untuk orang-orang yang nak ubah hidup dia, nak bantu sara keluarga..orang kata nak seribu daya tak hendak seribu dalih kan..

Eda nak tawarkan kepada orang kat luar sana untuk jadi agent marine essence or lain-lain product from Hai O ni.. Untuk yang nak tahu macam mana cara, boleh whatsup Eda je k..No more excuse, just take action and the choice is your..tiada paksaan, anda buat anda untung, anda malas anda rugi..

Eda nak cerita cket pasal Marine Essence ni..

Actually Marine Essence Bamboo Salt terdiri dari 3 jenis :

1) Sabun Marine Essence Bar

Bar Kecantikan Marine Essence dirumus khas untuk menyihatkan, melembapkan dan meremajakan kulit. Ia diperkaya dengan antioksidan dan minyak asli untuk memberikan manfaat yang terbaik untuk kulit anda.
Bar kecantikan Marine Essence memanjakan kulit anda sambil menghidratkan dan melembutkannya. Kulit terasa selembut sutera apabila disentuh.

Diinspirasi daripada bentuk organik kerang laut dengan haruman yang menawan, Bar Kecantikan Marine Essence pasti merangsang anda menggunakannya setiap hari!


Sabun ni mmg hot selling product, sbb effect dia mmg bagus utk bagi pada yang ada masalah kulit, jerawat, ruam, gatai2, luka, enzima dan macam2 lagi.. Sabun ni leh guna utk muka dan seluruh badan.. xleh makan tau..hehe bau dia mmg sgt2 wangi.. Eda sendiri pun x tahan bau wangi dia sbb bila cuci kt muka rs nak cuci lagi dan lagi...
 




untuk yakinkan readers yang sabun ni mmg elok sbb sabun ni dirumus dengan  Vitamin E, Garam Buluh, Glycerin, Tea Tree Oil, Aloe Vera , Pu-erh Tea, Liqourice Extract.





Sabun ni sesuai untuk yang ada eczema, kudis, ruam-ruam, orang dewasa yang ada masalah dark armpit, panau, pimples, gatal2 di celahan lipatan.



2) Sabun Marine Essence Body Wash & Shampoo

Sabun ni sesuai utk dewasa dan kanak2.. Klau baby ada masalah kulit pun Eda suggest ambik yang liquid senang skit kan.. Liquid pun ada jual jugak, leh bwk g mana2.. dia dalam bentuk botol..




Shampoo pun ada skali.. shampoo ni product baru.. sesuai utk ada masalah kulit kepala yang kering, kegatalan kulit kepala, kelemumur dan keguguran rambut.
 
 
3) Set Travel ( 2 botol body wash, 2 botol shampoo dan 1 kotak ubat gigi)
 
 
 
 Yang ni promotion yang paling latest..siap bagi bekas lagi so senang la nak bawak pergi outstation kan..
 
Dah nampak kan banyak kegunaan yang kite boleh perolehi dengan Sabun Marine Essence ?

Since semua orang memang pakai sabun untuk mandi, why not bertukar kepada Sabun Marine Essence ni untuk mendapatkan kulit yang sihat.

Cuba je dulu..sekarang ni untuk sabun marine essence dah habis stock tapi Eda terima preorder ye..

Nak dapatkan harga sabun marine essence@sabun murah???
Mulakan dengan jadi agen dropship atau beli secara borong..
Keuntungan boleh dapat sehingga RM5,000 ke RM7,000 sebulan...dan tunjuk ajar untuk menjadi usahawan online akan diberikan secara PERCUMA...!!!

Hubungi Eda segera untuk extra income anda juga ;)

Noor Suhaida Ab Jalal ( FB )
013 2210106 (SMS/Whatsapp)






Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

Monday, 30 September 2013

Glampreneur Mengegar di Seoul Korea

Assalamualaikum,

Rasanyer lama sangat Eda tak update blog ni..bukan apa lately ni tersangat busy dengan kerja baru, dengan study, busy dengan family dan sekarang tambah lagi busy dengan business yang Eda baru ceburi ni...So far korang macam mana?..harap-harap semuanya di bawah lindungan Nya.

Sekarang ni Eda busy sangat untuk projek GOLD COAST sampai tak sempat nak berblog sangat tapi no excuse for me..after this i'll try to update entry everyday k laling semua...Tapi hari ni Eda tak nak cakap pasal projek Gold Coast dulu..just nak share ngan korang semua moment-moment Team GLAM ketika ke Seoul Korea lebih kurang 2 minggu yang sudah..

Antara impian Eda dari dulu nak menjejak kan kaki ke Seoul Korea..Eda memang suka sangat apa-apa yang berkaitan Korean ni..suka citer Korea, lagu korea, orang-orang korea dan juga tempat-tempat menarik di Korea. Tapi untuk kali ini Eda tidak berkesempatan untuk bersama-sama Team GLAM untuk FOC Trip ke Seoul Korea sebab masa ni Eda belum join team GLAM so hanya mentor-mentor dan lain-lain CDM sahaja yang pergi.

Dengan GLAM, insyaallah kalau Eda berusaha dengan gigih lagi Eda pun akan berpeluang dapat FOC Trip daripada company and fully sponsored by company. Peluang untuk dapat FOC Travel lebih kurang 3 kali dalam setahun..wahhh bestnya company mana nak bagi tiket percuma, makan dan penginapan semua percuma..yang perlu bawa cuma bawa badan n duit untuk shopping. Insyallah kalau kita berusaha mesti ada balasannya.

Rasa tak rugi pun follow business ni sebab banyak dapat ilmu dan peluang untuk memajukan diri kepada yang lebih bagus dan maju ke depan. Kalau korang pun berminat nak join, contact Eda ye..kita sama-sama bina kerjaya dan sama-sama travel..akan datang project ke GOLD COAST and masih lagi sempat nak catch up sebelum 30 oct 2013...jom ramai-ramai follow me to GOLD COAST..

Sebelum kita ke GOLD COAST, jom kita jengah dulu photo-photo by my mentor masa kat Seoul Korea.





   














  












So Far macam mana? enjoy tak tengok diorang masa kat Seoul Korea ? Happening kan..Kita pun boleh je nak happening macam diorang yang penting usaha je skang ni..Sekarang ni kita ambil mood dulu dari gambar-gambar ni and will be prepared for projek GOLD COAST plak..kepada yang berminat masih lagi boleh, cuma perlu call me je @ 0132210106..




Lets we fly together...Be a part of us


Noor Suhaida Ab Jalal / 0132210106
Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

Friday, 2 August 2013

Mood Raya Dah Mai..!!


Apa khabar semua..dah lama rasanyer tak menulis kan..sory ye semua pembaca, Eda busy cket minggu2 yang sudah..hari ni rilek2 saje sebab mood nak raya sudah maiii..hehehe korang beraya kat mana?..hati-hati di jalan raya ye..semua orang nak rushing balik kampung kan..ape2 pun memandu biar lah secara berhemah!

Sambil rilek2 ni nak tunggu waktu balik 2.45pm..Eda teringat balik kisah2 masa mula2 Eda nak start Biz dengan GLAM ni..masa tu rasanye Eda amik masa dalam sebulan lebih untuk decide..ye lah Eda baru 1st time nak cuba dalam bidang perniagaan online ni kan..takut sangat masa tu..macam2 dalam fikiran ni..tapi takde satu pun yang positif memang negatif je sepanjang masa..tambah plak dapat tentangan daripada husband. Husband tak sokong sebab dia takut Eda ni just hangat-hangat tahi ayam je..ye lah sebelum ni die tahu Eda minat biz tapi tak pernah bersungguh..

Itu Eda memang akui sangat sebab ye lah biz kecik2 je so Eda memang takde background biz, memang tak de keyakinan langsung nak cuba tapi minat tu ada..BUT lepas je Eda join kelas bersama rakan-rakan GLAM..Masyaallah..diorang punye semangat, sampai Eda pun teruja sekali..walaupun Eda 1st time pegi kelas tu..layanan diorang sama rata..since daripada tu lah Eda memang dah nekad da nak join this group and at the same time nak sama2 berjaya dengan diorang. Masa Eda dah buat keputusan tu, macam2 halangan berlaku..husband xcdent, retak tangan kiri, anak tak sihat, Eda plak busy dengan LAB kat Johor..mas tu memang serabut sangat..pegi bank, masalah nak buat loan lagi..macam2 dugaan masa tu..sampai nak give up la tapi Alhamdulillah Eda bersyukur sangat dapat kawan dan partner macam Nor Suhaila Ismail. Dia banyak bagi nasihat dan kata-kata semangat supaya Eda tak down..

And NOW alhamdulilah, walaupun sebelum Eda risau sangat tp biler dah join GLAM ni, semua yang negatif tu automatik dah hilang..yang Eda fikir sekarnag ni semua positif je..ye lah orang cakap rezeki ayam nampak di kaki tapi rezeki manusia tiada sapa yang tau..Alhamdulillah keputusan yang Eda buat ni tak sia-sia dan sekarang ni husband pun dah boleh terima cket-cket..yelah Eda buat semua ni untuk tolong husband sara family jugak.

Sedih pulak di kala nak sambut raya ni kan..hheheheh sory kacau mood korang ye..anyway selamat hari raya, mohon ampun kalau ada salah dan silap selama Eda menulis ni..yang penting hati-hati semasa memandu..dan yang paling penting kat sini Eda nak cakap...

Siapa-siapa yang nak order mineral coffee, premium beautiful corset, bb plus, marine essence body wash dan BV Sleep Mate boleh lah contact Eda ye..melalui SMS, CALL, WHATSUP, LINE dan segala macam teknologi sekarang lah ye..

Photo: Yesterday night..personal coaching by my mentor .. setting target for bonus raya and gold coast..betapa beruntungnya Eda di ajar satu persatu dalam business ni..we are work in team, so blessed dapat kenal my mentor Marlinda Mohd Ramlee and Nor Suhaila Ismail..Dalam GLAM kita di ajar satu per satu, so i am not worried at all and i am ready to be teach to become excellent..bila satu satu hati makin ke depan, inshaAllah kejayaan akan jadi milik kita.. #protege #beautifulapprentice #glampreneurs #projectraya #friends #friendship #sisters #noorsuhaidaabjalal
Dari kiri : Eda, Sue(my partner) & Mar(my Mentor)

0132210106 / niazdaniaz@gmail.com





Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

Wednesday, 24 July 2013

GLAM IFTAR 2013 - JW MARRIOTT, KUALA LUMPUR

Assalamualaikum,

Hari ni Eda just nak share majlis Iftar GLAM yang glamor..Eda tak berkesempatan untuk pergi sebab ada kelas masa acara itu berlangsung..Mesti diorang berseronok masa iftar tu tapi tak per lah Eda tumpang seronok tengok gambar2 ni..

Pada 20hb July 2013 yang lalu Green Leaders Accademy Malaysia telah mengadakan iftar bersama-sama mempereratkan lagi tali persahabatan dan persaudaraan antara semua rakan-rakan kongsi. 
 Ternyata dengan adanya GLAM IFTAR ni..ikatan persahabatan/rakan kongsi dari  luar negara seperti dari "QATAR"dapat mempereratkan lagi kesinambungan persahabatan dan juga sebagai rakan kongsi.



Alangkah seronoknya kalau Eda pun dapat join kan..tapi tak pe next year ada lagi, Insyaallah Eda akan join apa-apa majlis je yang berkaitan dengan GLAM bagi memberi sokongan Eda kepada company.


Noor Suhaida Ab Jalal / 0132210106

Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

Monday, 22 July 2013

Long Term Bizz!

 
Assalamualaikum,

Hari ni Isnin ni  awal-awal pagi mesti semua cam lemau je, malas je kan...biler dah petang camner semua dah tak sabar nak balikkan..hari camtu lah hari-hari kita berulang...pergi kerja jam 8, balik jam 5...begitu seterusnya..mesti pernah terdetik di hati kiter..penatnyer buat keje harian kan..so apa kata kita mula fikirkan cara macam mana nak tambah income dan tidak bergantung dengan hanya gaji bulanan.
 
Meminjam kata-kata my idol dan mentor CDM Hanis Haizi : 

 " Mesti ada antara kita, yang masih tercari-cari ape biznes or side income utk menjana pendapatan keluarga kan? or at least tambah yang mana2 tak cukup tu...

Believe me, I was one of them... selalu imagine sorang2 mcm mana nak KAYA or at least ada DUIT... Hmmmm

And bila tengok orang muda drive kereta besar, bawak designer handbag yang 5 angka harganye.. mesti terus terpikir " mesti laki dia kaya... or mesti anak orang kaya dia ni" Tapi sebenarnye bila buat biznes Premium Beautiful ni, I realized that :

I don't have to be rich man's wife or anak orang kaya...

sebab kita sendiri mampu mengubah nasib kita! :)

This business is not all about making money semata-mata or ajak orang join biznes kita.. It is life changing process...

nak transform from :

Penakut jadi Berani
Pemalu jadi PEramah
Demotivated jadi Full of motivation
Pasif to active
malas pada rajin!


Orang tanya macam mana nak kekalkan biznes yang berpanjangan???
Senang saja... TARGETKAN UNTUK BIZNES PARTNER kita ... bila mereka DAPAT, mereka pasti HAPPY dan pastinya nak BUAT lagi!! Itu formula simple!!

And as a Leader, kita sentiasa kena berada di hadapan, kerana kitalah tunggak kejayaan biznes kita.. dan menjadi CONTOH yang terbaik buat business partners kita. Kalau buruk emak, buruklah anak2 nya...kalau mak elok insyaAllah anak2 semua duplicate je cara mak dia tadi..:D

Tiada pemimpin nak tengok rakan kongsi dia GAGAL... kecuali pemimpin yang bodoh. heeee

Biznes ni win-win situation, kita kerja keras kita yang dapat bahagiannya.. dan konsep biznes yang dijalankan ialah TEAM WORK PROJECT! Best kan! Ada tak dalam kehidupan seharian rakan sekerja kita or bos kita nak tolong capaikan target kita? Or naikkan pangkat kita? U takkan jumpa mana2 biznes or di tempat kerja ada orang willing to do that.

So ape tunggu lagi! Ayuh bangkit segera!!!   "
 
Macam mana? bersemangat tak..? mesti lah...dia bukan nak berjaya sorang-sorang, dia nak kita ikut sekali cara dia , ikut sekali dia berjaya..
 
Jangan takut, jangan risau, jangan pernah segan untuk belajar macam mana nak lebih berjaya. Kalau kita takut, sampai bila-bila kita tak akan kemana-mana dan hanya statik di tempat yang sama tapi sampai BILA??? To become successful you have to face the risk..
 
Jom sama-sama eda mengapai bintang :)
 
Noor Suhaida Ab Jalal / 0132210106
 


Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

Sunday, 14 July 2013

Business Opportunity with Premium Beautiful Corset

 Assalamualaikum,

Salam hari minggu buat semua pembaca. Hari minggu ni semua mesti sibuk shopping kan untuk puasa dan sudah semestinya untuk persiapan hari raya yang tak sampai sebulan pun lagi kan. Shopping-shopping juga tapi jangan sampai nak raya nanti poket kering kontang ye..al maklum lah, sekarang ni macam-macam yang ada di pasaran baik pasaran online atau pun kedai-kedai kat luar. Semua nak bagi promosikan , so kita kenalah jadi pembeli yang bijak.

Sebut pasal poket kering kontang ni menjelang hari raya nanti, Eda pernah terbaca pasal rat race atau pun permainan Cash Flow. Sebenarnya apa yang Eda nak sampaikan, kalau kita dah nampak peluang depan mata, grab it. Jangan lepas peluang ye lah bukan senang nak dapat peluang untuk terus berjayakan. Kalau nak harapkan gaji bulan je rasanyer memang tak cukup ye lah hutang melebihi pendapatan so sekarang kita kena buat cash flow maksudnya kena ada side income dan pendapatan kita bukan lah semata-mata dari gaji bulanan.

Alhamdulillah, peluang yang Eda dapat ni dah ada depan mata cuma berani atau tak je nak cuba tapi sampai bila nak takut, asyik takut tu la, takut ni lah yang sudahnyer kita masih di takuk yang sama tapi orang lain dah jauh ke depan tinggalkan kita.

Apa yang Eda cuba nak sampaikan kat sini, bersama GLAM anda berpeluang untuk menjana pendapatan dan berpeluang menjadi usahawan terutama sekarang ni sedang promosi raya ada rebat dan bonus raya. Sebenarnya ramai yg.nak rebut peluang macam mana nak dapat solid income, memandangkan..raya tidak lama lagi...dan nak grab foc trip + income 5k...syukur!!..rezeki tu tak datang bergolek kita yang kena cari.

Soalan yang selalu orang tanya :
- Bagaimana nak menjana pendapatan secara online dengan hanya menjual Premium Beatiful Corset ?
- Bagaimana nak dapatkan solid income 5,6K sebulan dengan hanya menerusi log, FB?
- Bagaimana nak menjual Premium Beautiful Corset menggunakan kuasa yang ada pada social network?
- Bagaimana mendapatkan kejayaan dan kekalkan steady income?

Who those yang bertanya, ini lah tempatnya dan masa yang tepat untuk berubah. Boleh hubungi Eda untuk makluman yang lebih lanjut di

013-2210106 | niazdaniaz@gmail.com




~ EDA~






Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

Saturday, 13 July 2013

New Page, New Life & New Hope...

Assalamualaikum,

Hari ni eda nak buat pengumuman cket buat korang yang selalu jelajah blog eda ni. Kalau sebelum ni, kalau yang selalu lepak kat blog eda ni mesti perasan eda selalu bercerita pasal diri eda je kan.kadang-kadang tu eda selalu gak share maklumat yang eda sendiri alami dan eda sharekan but from today..wah speaking plak..start hari ni blog eda ni ada bertukar wajah ye, so jangan lah plak ade yang terkejut ye.

Kalau korang  semua nak tahu, now eda adalah one of agent for Premium Beautiful dan juga barang-barang kesihatan daripada Hai-O Marketing. So page ni akan totally about my business lah tapi kadang2 eda share gak lah ape yang selalu eda buat..tak nak lah sebab tukar page ni terus xde yang berminat nak baca ye.

Azam tahun 2013 ni hampir tercapai bile eda dah join business ni.. dah lama dah sebenarnye nak jadi usahawan cuma ilmu n modal tidak mencukupi. Meh sini eda citer serba sedikit macam mana eda boleh terlibat dengan business ni. Actually eda tahu berkenaan biz ni melalui seorang kawan baik, sue. Dielah yang perkenalkan eda dengan GLAMpreneurs. Korang mesti nak tahukan apa itu GLAM? GLAM tu stand for Green Leader Academic Malaysia. Kalau nak tahu leh lah join kiter setiap jumaat malam pi kelas GLAM..sangat teruja dan sentiasa ingin berjaya.

 So sekarang ni tengah ada Promosi Aidilfitri, Peluang keemasan pada yang ingin mengubah cara hidup yang lebih terjamin...dengan menjual ‪#‎mineralcoffee‬ saja...kita semua telah layak mendapat foc trip ke Gold Coast dan Bonus Besar..pada sesiapa yg ada membuka Restoran makanan lagi beruntung!! Tak nak ke...rugi..bulan depan dah credit wang besar di account kita...nak tahu macam mana caranya...boleh pm or whatsapp ye. 013-2210106.

Nanti kan product2 dari eda ye.. stay tune

GET YOUR HEALTH AND BEAUTY PRODUCTS NOW

 ENJOY OUR HARI RAYA AIDILFITRI PROMOTION!!

013-2210106 : EDA @ NIAZ DANIAZ



Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

Salam Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum semua,

Salam ramadhan buat semua..sory terlambat nak wish hehehe..al maklum lah busy benor bile dah bergelar pekerja n student ni dlm masa yang sama..fuhh hari ni baru leh bernafas tapi lepas ni pasti lebih busy sebabnyer jeng jeng jeng..nnt eda citer ek..wah guna name btl plak..so far camner ramdhan korang..masuk hari ni dah ramadhan ke 4..pose betul2 ye jgn sibuk nk shopping je tp ibadah ke mana..remind myself also...

Seronok kan bulan pose ni ye lah di samping kiter beribadat kiter boleh rileks2 kan perut kiter ni yg sepanjang tahun penuh dengan isi..Nia pun pose..seronok die bercerita  waktu sahur tapi kul 9.00 am dah buka peti hehehhe..tp bdk2 laki tak pe jangan korang plak yang buka peti ye..yang girl girl tu takpe lah ade reason yang boboi boy tu ape citernyer.. :)

Di bulan pose  ni mari lah kiter sama2 berzikir dan berselawat ke atas nabi ye..Selamt berpouase buat korang semua ye..maaf kan eda jika ade terkasar bahasa selama menjadi blogger ni ye..bye




Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

Thursday, 27 June 2013

Gantian Kad Pengenalan Rosak

Assalamualaikum


Hi korang..chat ke? alhamdulillah jerebu pun makin berkurangan, hujan pun dah 2 hari jatuh ke bumi ni..harap semua chat lah hendaknya ye..kita alhamdulillah setakat masih berpeluang menghirup udara di bumi Allah n... syukur ke hadrat illahi

Hari ni kita amik cuti separuh hari dari jam 8.00am - 12.00 tgh hari..banyak benda kiter boleh selesaikan dalam masa 4 jam tu.. nasib baik la company kiter yang baru ni ada istilah cuti separuh hari...kalau kat off lama jangan harap lah nak dapat cuti separuh hari. keluar 2 jam untuk hal peribadi pun bising..lambat cket pun dah mencari-cari..kat sini alhamdulillah rileks je..bos pun sempoi je..

Cip ic kiter dah rosak, pi bank tak leh nak baca..masalah betul lah..tu yang kiter terpaksa amik cuti separuh hari ni..kiter dah lama tak buat urusan dengan JPN ni so untuk mengelakkan masalah masa nak buat IC yang baru tu..kiter pun survey lah dulu untuk pertukaran ic baru sekiranya cip rosak.

Baru kiter tahu pertukaran IC baru dah boleh buat online dah sekarang ni, sama ada dari website atau pun by phone call..dan prosesnye hanya amik masa dalam 24 jam sahaja untuk siap.. contohnya kalau buat hari ni, esok pi cawangan JPN yang kita req leh terus amik je so tak payah nak beratur lama-lama...cepat dan mudah.

Meh kiter share maklumat ni...

Gantian Kad Pengenalan Rosak



PERMOHONAN GANTIAN ROSAK KAD PENGENALAN

1. PENJELASAN PERMOHONAN
1.1 Mengikut Peraturan 13, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990(Pindaan 2007) setiap orang yang kad pengenalannya rosak atau musnah hendaklah dengan segera memohon kad pengenalan gantian.
2. SYARAT PERMOHONAN
2.1 Pemohon mestilahhadir di mana-mana kaunter  JPN; atau
2.2 Memohon gantian kad pengenalan hilang secara atas talian seperti berikut:
2.2.1 portal www.jpn.gov.my melalui aplikasi “Sistem Gantian MyKad”; atau
2.2.2 perkhidmatan Phone-in di talian 03-88808066
(bagi permohonan yang tidak melibatkan pertukaran gambar atau maklumat untuk pemohon yang bertaraf Warganegara.)
3. PROSEDUR PERMOHONAN
3.1 Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN dan membawa dokumen yang perlu dikemukakan(asal).
4. DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN (ASAL)
4.1 DOKUMEN PEMOHON (ASAL)
4.1.1 Kad Pengenalan pemohon yang rosak semasa permohonan dibuat di kaunter; atausemasa pengambilan Kad Pengenalan baru bagi urusan permohonan melalui portal atau telefon.
5. BAYARAN/FI
5.1 Warganegara : RM 10.00
5.2 Bukan Warganegara : RM 40.00
5.3 Permohonan gantian Kad Pengenalan rosak dalam tempoh 12 bulan dari tarikh serahan kad yang rosak tersebut adalah PERCUMA.
5.4  Bayaran permohonan gantian Kad Pengenalan rosak melalui laman web diterima melalui kredit sahaja.
5.5 Pengembalian wang tidak akan dipertimbangkan bagi permohonan gantian Kad Pengenalan rosak yang telah diproses oleh Bahagian Kad Pengenalan.
So macam mana? mudahkan..kalau yang busy tu tak payah nak sakit kepala nak fikir amik cuti ke pe kan...tapi kiter tak berani nak cuba takut tak jadi so tadi kiter pi sendiri kat JPN cawangan Mini UTC di Bandar baru sentul..Ya Allah, baru 5 saat amik no terus je sampai giliran kiter..wow sangat kagum..
pastu sesi amik gambar pun dah mengikut teknologi terkini dan siap tanya lagi puas hati ke idok..kalau tak puas hati boleh snap gambar sampai berpuas hati..service kat JPN Sentul memang tip top.

Alhamdulillah, semua perkara yang kiter buat hari ni semuanya di permudahkan. Dari pagi kuar jam 7.30am, bawak Nia pi makan roti canai then kul 8.00am hantar Nia ke Taski, pastu kiter n hubby pi Sek Keb Wangsa Maju, Seksyen 1 bagi mendaftar Nia untuk darjah 1...lebih kurang kul 9.00 dah siap, then balik umah jap ambil barang, 9.30am gerak cari JPN kat Sentul..tempatnya mudah nak cari..di bandar baru sentul je..naik lif tingkat  3 then jumpa pos off, jpj n JPN..masuk situ ambil no then terus di panggil..lebih kurang dalam 10 minit je, kitorang gerak ke Bank Rakyat plak settle kan bayaran untuk personal loan..lebih kurang 10 minit gak..then 10.20am dah siap semua urusan..nak masuk keje jam 12.00tgh hari..masa byk lagi then we decide pi makan kat JJ Au 2..lepas baru masuk off..ngam2 kul 12 tgh hari..rasa berbaloi sgt cuti separuh hari ni..weee petang ni lepas kerja dah boleh ambil IC tadi...

So banyak tak maklumat yang korang dapat daripada info yang kita share ni...? berguna tak untuk korang? harap2 membantu korang semua ye...

bye


























Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

Tuesday, 25 June 2013

Penyakit Hati Orang Melayu

Assalamualaikum,

Hai korang kabare..? sihat ke ? al maklum lah musim2 jerebu ni kan..so kalau keluar dari rumah..tolong berhati-hati dan pakai mask ye..teruk sangat jerebu skang i..kiter pun dah mula sakit2 tekak ni dan muka rasa gatal2..

Lama tak update ni, al maklum lah baru nak menyesuaikan diri ngan tempat kerja baru. so far alhamdulillah tempat baru ni environment keje sgt berbeza dari tempat lama. Tempat lama tu ade masa seronok ade masa menyakitkan hati dan jiwa je..lebih banyak makan hati je kat tempat lama....memendam rasa..semua ade lah.. tapi bile kat tempat baru ni suasana yang sangat2 berbeza n mood nak keje pun bersemangat je hari2 walaupun kena masuk keje start 8.00am

Kat tempat baru ni aktiviti wajib setiap Jumaat mesti berkumpul untuk bacaan yasin dan setiap minggu mesti ada perjumpaan dengan pengarah dan dekan so daripada situ hubungan erat terjalin. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar kat temapt baru ni sebab nya kiter ni keje dikeliling oleh orang lelaki..so orang lelaki ni cara kerja lain cket dari orang perempuan. Kalau perempuan tu kita tahu memang suka bergosip, cakap2 belakang tak yah cakap..majoriti memang macam tu...kiter cakap berdasarkan pengalaman..

Tapi kalau kerja di kalangan lelaki ni, so far tak sakit hati lagi sebabnyer lelaki ni lebih fokus pada kerja dan jaranglah nak nampak gosip2 ni. Tapi tu lah penyakit hati orang melayu zaman sekarang ni memang sukar nak diubati. Kiter dah jumpa macam2 orang dah dan dah banyak kali dah kena bab2 kena gosip n orang cakap2 ni... dah biasa sangat dah..kiter pun dah dapat kenal pasti siapa yang baik didepan tapi kat belakang kiter dia juara sebab duk ngutuk kiter..ade lah 2,3 orang tapi alhamdulillah sebab dah jauh lari dari orang2 yang macam tu..merosak kan hati je kalau berkawan ngan orang2 macam ni sebabnya nnt kiter pun asyik duk fikir dan cakap bukan2 tapi kat sini alhamdulillah habit lama yang suka meroyan tak tentu hala ni dah dapat di buang..totally takde..syukur sgt.

tapi satu je yang boleh kiter motivate diri kiter...biar orang nak cakap buruk pasal kiter janji kiter tak buruk di mata Allah..Insyaallah..harap korang pun dapat hindarkan diri dari berkawan dengan orang2 yang ade tanda2 di atas..

k uolss..bye..salam ukhwah

Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

Wednesday, 12 June 2013

Bermulanya Disini...



Dalam bulan June ni macam2 perkara yang berlaku dalam hidup kiter n totally change ...100% change ..ape2 pun kiter nk tanyer korang dulu ni...ape habaq???...lamer x mengupdatekan diri ni,.kiter sihat2 aje fizikal ni tp mental ni x baper nk mental n center sgt...

Kenape kiter tulis camni sebabnyer dlm bulan June ni la semuanyer berlaku sekaligus di awal2 bulan...dengan busy kat off sebab bos xde pi Johor ..dengan ramainyer staff yang cuti, dengan sibuk nk final exam ...hurmmm ms tu la kiter dpt berita yg kiter d berjaya d twrkn jwtn sekian sekian di UTM...wahhh masa dpt th ni excited giler n UTM mmg nk pakai staff..kiter hanya sempat buat prepare dalam 3-4 hr camtu je... 

Tp dalam ms yg samer kiter sedih gak nk tgglkan kwn2 kt tempat lm al maklum la da hmpir 8 thn berkhidmat n byk kenangan manis, pahit, tawar, busuk n wangi kt situ...tp yg ralatnyer kiter resign kiter x sempat nk jumpe bos sebab dia kat Johor ms tu...

Actually salah satu sbb kiter nk sgt lr dr tempat lm ni sebab kiter n husband dua2 keje kaunter n kalau slh sorang boleh keje off da sgt bagus..bgs dr segi nk manage cuti n atleast ade byk ms untuk nia sebab  sabtu ahad xkeje..n boleh fokus tuk study..klu tak kt tempat lm  tu hari sabtu dahla kn keje pastu rushing nk ke tempat study smp ke mlm..blk dr kelas nia da tido..so ms ngan nia da krg..so at least kt tmpt br ni kiter leh gak meluangkn ms lbh ngan nia...mslh duit da jd isu yg keua..Nia yg plg utama skang ni..

Masa minggu pertama kiter start kt tempat..kiter masih confuse n dlm dilema sebenarnyer ye la sume dtg secara mengejut n tiba2..ade gak terfikir nk patah balik ke tempat lm tp at the same time kiter sbnrnyer da seronok sgt kt tempt br n environment sgt jauh berbeza...release rs  tekanan kt tempat lm...sikap kiter kt tempat baru pun automatik berubah..klu dulu kt tempt lm asyik nk meroyan je smp staff pun kt kiter ni singa betina tp alhamdulillah sikap buruk tu x berlk kt tempt br ni sbbnyer kejenye sgt2 rileks...takde sbb tuk kiter meroyan kt sini...Insyaallah kiter akan terus dgn imej yg baik kt tempat br ni..xnk la tambh dosa asyik duk meroyan kan...

So kiter harap lepas ni semua berjln lncr baik dr segi kerja dan juga study..korang doa2 kan kiter kt tempat br ni ye..sometimes kiter kena gak berubah dan berani untuk keluar dr comfort zone...mgkin selm ni da terlalu selesa kt tempt lm so kiter luper pd org sekeliling...so harpan kiter kt tmpt br ni biar tempat last kiter mencr rezeki..Insyaallah

Nite uolosss




Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

Thursday, 30 May 2013

Good News VS Bad News


Assalamualaikum,

apa khabar uolsss..?macam mana dengan hari korang..? minggu ni minggu yang sgt merapu untuk kiter..ntah lah, macam2 nak kena fikir..tengok tajuk entri pun mcam dah tahu kan merapu..hehehe..mood tak stabil sory..

minggu ni kiter dah busy ngan final untuk this semester...keje di off pun berlambak2 tak siap tak tahu mana satu nak dulu kan...minggu ni saje dapat duan berita..satu good news and satu lagi bad news..

bad news nyer..hubby kiter hari ni kena tahan warded sebab jatuh motor..2 minggu lepas dia xcdent tangan kiri tak baik2 tapi kena gak pegi keje sebab bos die bising so kiranya die pg keje dengan tangan yang sakit..da lepas 2 minggu ingatkan dah baik rupa2 nyer tagan tu tak kuat lagi so semalam dia jatuh motor lagi hempap tangan yang sama so bertambah2 lah sakit terus tak leh gerak tangan die...ingat kan tak serius so semalam kiter urut2 je cket tapi die tak leh tido...sian my hubby..pagi ni kiter ada exam, so tak sempat nak amik tahu pasal die,tak tahu plak die pg hospital hari ni alih2 dapat tahu lepas exam die kena tahan ward...terus rushing pegi hospital tgk die..nak kata tangan patah atau retak doc pun tak dapat nak pastikan  sebab dah buat xray tapi tak clear..so doc decide soh buat CT Scan..tak tahu lah ape bende tu..

dugaan datang bertimpa-timpa..dah lah nia takde ni bercuti ngan atuk n nenek die, skang my hubby plak terlantar kat hospital..sedih duk umah sorang2 ni..nak tunggu kat hospital die tak bagi..ini lah die BAD NEWS nyer...takde temapt nak mengadu so luahkan lah kat sini..sory ye uosll sebab terpaksa baca entri yang ini.. :(

Bab Good news nyer..ermmm nak cakap ke tak....kiter bagi hint cket lah kan..kiter kat tempat keje lama rasanyer dah hampir 7 tahun nak masuk 8 lapan tahun dah rasanyer tapi raser macam tak enjoy keje kat situ tak tahu lah kenapa..so kiter cuba minta kerja lain, nak berubah angin...nak pindah tak bagi, nak req tukar keje kat department lain pun tak bagi so kiter rasa kiter terpaksa amik keputusan drastik untuk cuba di bidang yang lain..so 2 week ago kiter ade pg interview kat satu tempat ni n alhamdulillah kiter di terima..so kiter dah nekad dan memang nak berhenti sgt2 dah..biarlah kena penalty pun sebab tak cukup 3 bulan notis berhenti..kiter harap sgt tempat baru ni boleh bagi sinar baru dalam hidup kiter..sometime we have to change first for things to change..so i decide i need to change my work enviroment..good luck for me di tempat baru n untuk kawan2 kat off lama...kiter gembira di pertemukan dengan kalian semua, banyak dah yang kiter laluan..masam , pahit, masin, manis, tawar semua ada..kiter tak kan mungkin lupekan kalian semua..korang tetap di hati..tak mau ade yang sedih2 ye..ade ke?

ok..dah cukup merepek..now nak siapkan diri nak pg melawat my hubby n bawak barang die..bye bye

Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

Thursday, 16 May 2013

PRODUCT KESIHATAN & KECANTIKAN

Assalamualaikum,

Hi korang...wat per tu...? kiter baru lepas masak...lambat cket habis masak hari ni sebab tak de idea nak masak ape malam ni...fikir-fikir punyer fikir,last2 kiter masak as usual..masak sup sayur kegemaran Nia & Hubby..

Sup sayur ni bagus tau sebab macam makanan kesihatan gak..kiter ajar Nia makan sayur dari kecik dan alhamdulillah sampai skang ni Nia kalau tak makan nasik pun, mesti dia makan sayur je lagipun Nia ni dari kecik ada masalah nak 'membuang' so mudah-mudahan dengan mengamalkan makan sayur, buah dan banyakkan minum air masak memudahkan lagi dia nak 'membuang' and so far setakat ni masalah pencernaan Nia dah dapat di atasi...

Skang ni kalau bukak je FB mesti ade je macam-macam produk kesihatan dan kecantikan yang ade melekat kat wall kiter tu..rimas giler kot tapi memandangkan kiter memang menyokong usaha murni anak-anak muda Malaysia ni berbusiness so kiter halalkan je lah produk-produk diorang tu melekat kat wall FB kiter..hukhukhuk...tapi kalau dah hari2 mata ni duk mengadap produk2 diorang, terjerumus gak kadang2 tapi sib baik ler hubby kiter ni memang tak bagi beli sangat barang2 online ni..takut kena tipu katanya..

Mentang-mentang lah kiter ni berisi cket, banyak plak produk2 tuk kurus ni yang ader, tergugat gak tapi malas nak baca terus tutup FB je..contoh2 product kesihatan macam kat bawah ni :

 
Susuk Dara : dengar nama pun dah takut...tapi bagus ni untuk perempuan..

 

Slimming tummy patch : yang ni macam foot detox tu, macam nak keluarkan toksik ler...

 
Nose up : untuk hidung pun ade...aishhh

Jus Dara Manja : untuk kesihatan dalaman

 Maixara : ini lebih kurang untuk kecantikan muka kot..


Aura white : yang ni kiter dah terpengaruh...untuk kecantikan muka katernya


Actually kalau nak senaraikan semua product kesihatan dan kecantikan dalam FB tu memang lah sangat banyak cuma nak pesan kat sape2 yang suka shopping online dan senang terpengaruh dengan iklan-iklan macam ni..membelilah dengan bijak. 

Disebabkan terlalu banyak product so kita tak tahu yang mana satu yang berkesan dengan diri kita sebab setiap badan manusia ni berbeza..so sebelum shopping tu kena survey dulu baik buruk sesuatu product dan juga kesahihannya al maklum lah bile dah terlalu banyak dan ramai yang jual, mungkin dalam ramai-ramai tu ade yang menipu kan..so be aware k..

nite-nite uolsss..

 


Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

Wednesday, 8 May 2013

MACAM MANA NAK UPLOAD MATLAB APPLICATION ??

Assalamualaikum,

Hi uolss...lama tak berceritakan...al maklum lah sibuk berkempen untuk PRU13...kahkahakah..sangat lah busy kononnyer ye...sibuk duk berdebat je, ape pun tak boleh...korang buat ape tu..tolong lah kiter buat assignment  wei..hehehe..tahap sengal tak hengat dah ni...

Kiter nyer grouo untuk assignment tinggal baper kerat je..yang lain sumer dah lari..sampai hati diorang lari...al maklum lah kiter ni tak pandai kan..hukhukhuk...sodihh...Kiter actually kena buat assignment Control System : Design & Analisis. sape2 yang amik jurusan electric mesti tau subjek ni.. salah satu syarat nak siapkan assignment ni  mesti kena guna MATLAB masalahnyer, masa sem 1, DR takde ajar pun pasal MATLAB ni sebab dia cakap jam untuk subjek sem 1 dulu tu dah habis, so tak cukup masa nak belajar so die bagi markah bonus tapi akibatnyer, terkapai-kapai kiter nak siapkan assingment untuk kali ini...merangkak-rangkak nak belajar pasal MATLAB ni..

Korang yang pernah amik elektrik ade tak yang tahu guna MATLAB ni...? tolong la ajar kiter..kiter dah cuba download tapi failed...ada keluar error ape ntah..tengok gak ler tutorial tapi ntah lah sebab tak pernah cuba...arghhh stress giler, dengan group member tak cukupnyer, tak tahu nak buat..DR dah cakap leh masuh group lain tapi group lain pun dah penuh...bencinya semester ni... hampeh!!

Hari ni memang hampeh la semuanyer, daripada KWSP, UTMSPACE, POS LAJU, & now MATLAB isu...macam2 hal nak kena fikir hari ni...sengal dah kepala lutut kiter ni..cakap pun dah merepek i..tolong saya download MATLAB..anybody???? :(

Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

Sunday, 21 April 2013

KETAGIHAN TERHADAP KAFEIN

Assalamualaikum,
 
Salam hari minggu buat semua..first of all thanks to everyone yang sudi menjelajah ke blog kiter yang tak seberapa ni..ade ke?..ada ke tak de ke tak pe lah..janji kiter dapat sebarkan ilmu dalam blog ni..well, well, well..how's ur day..?minggu ni kiter rasa semacam je lah..tak tahu  kenapa...rasa cam badan lemah sangat...nape ye...?

Ramai yang cakap sebab kiter terlalu taksub dengan Nescafe,,memang tak dapat di nafikan kiter kalau tak minum nescafe satu hari memang rasa cam tak lengkap hidup..minggu lepas ada gak cuba2 minum air lain kan tapi ni lah kesannya kiter rasa sgt tak cergas..

kenapa macam tu ye..so minggu ni kiter ponteng kelas..ntah ape2 kan..rasa tak bersemangat je minggu ni..ape lah nak jadi ngan study this semester, teruk sgt rasa ni...so kiter saje lah google cari pasal kan..hehehe..kiter google pasal kandung kafein dalam segala jenis kopi dan kesannyer terhadap tubuh badan kita semua...so, meh kiter share ye..
 

APA ITU KAFEIN ?

- Kafein adalah sejenis dadah yang terhasil secara semulajadi dalam daun dan biji beberapa jenis tumbuh tumbuhan. 
- Kafein juga dihasilkan secara tiruan dan digunakan sebagai bahan penambah atau perisa di dalam sesetengah makanan.  
- Kafein dikenali juga di kenali dengan nama kimianya trimetilksantina dalam keluarga metilksantina. Bahan ini berbentuk serbuk berwarna putih dan sedikit rasa pahit.  
- Bahan kimia lain yang terdapat dalam kumpulan ini adalah teofilin terdapat dalam daun teh dan teobromin yang didapati dalam biji koko. 



APA KESAN PENGAMBILAN KAFEIN?

Kesan pengambilan kafein bergantung kepada jumlah yang diambil dan berbeza bagi setiap individu yang mengambilnya. Secara purata semakin kecil saiz atau pun berat badan seseorang itu, semakin kurang kafein yang diperlukan untuk menghasilkan kesannya. Tetapi, banyak kesan kafein bergantung kepada jumlah yang diambil. Pengemar kopi selalunya memerlukan pengambilan yang tinggi untuk mencapai tahap kenikmatannya. Ini bermakna lebih banyak kafein yang diambil setiap hari maka lebih banyak yang diperlukan untuk mencapai tahap kenikmatannya. 

Kafein boleh menyebabkan pesakit yang mengalami masalah jantung dan kegagalan saraf menjadi lebih teruk, dan kebanyakan pengguna tidak sedar keadaan ini boleh berlaku ke atas mereka. 

 
Kafein cenderung untuk merangsang otak dan sistem saraf pusat kemudiannya bertindak ke atas jantung, pembuluh darah dan buah pinggang. Salah satu simtom yang biasa dihadapi oleh pengguna ialah dehidrasi (pengeluaran air terlalu banyak daripada badan menyebabkan badan kekurangan air). Walaupun anda menganggap dengan meminum air berkafein yang banyak badan dapat mengekalkan kandungan air tersebut tetapi kafein akan bertindak sebaliknya ke atas badan.
 
Pengambilan pada dos 250 hingga 750mg kafein (dua hingga tujuh cawan kopi) boleh menyebabkan seseorang itu mengalami situasi cemas, letih, tidak nyenyak tidur, sakit kepala dan sakit perut. Tetapi pengambilan kafein akan meningkatkan rasa waspada dan meningkatkan rasa waspada dan meningkatkan penumpuan terhadap tugas. Namun, tidur juga akan terganggu, berasa lebih tenang dan mengurangkan rasa lesu. 
 
Jika kafein diambil lebih dari 750mg (tujuh cawan kopi) sehari akan menyebabkan sakit kepala, lekas marah, timbulnya rasa takut dan tidak dapat tidur (insomnia). Pengambilan dos yang tinggi juga akan menyebabkan kekejangan dan mungkin diikuti dengan maut. 
 

KESAN JANGKA MASA PANJANG
 
Ulser - Kafein dipercayai boleh mengakibatkan ulser kerana bahan ini merangsangkan penghasilan asid dan peptin di dalam perut. Sekiranya diambil dalam jumlah yang banyak boleh mengakibatkan perut rasa tidak selesa. Seseorang yang mengalami masalah ulser dinasihatkan tidak mengambil kopi kerana akan menyebabkan ulser menjadi lebih teruk. Tetapi, bukan kafein sahaja yang mengakibatkan terjadinya ulser. Lebih banyak kajian perlu dijalankan untuk membuktikan sama ada kopi berkafein dan kopi tanpa kafein boleh menyebabkan ulser. 

Masalah Jantung – Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa kafein boleh menyebabkan denyutan jantung tak menentu (cardiac arrhythmia) kepada sesetengah orang. Biasanya penghidap sakit jantung dinasihatkan tidak mengambil minuman berkafein sama sekali. Walaupun demikian tiada bukti menunjukkan kafein adalah faktor penyebab sakit jantung.

Ketagih - Kafein boleh membuatkan seseorang itu menjadi ketagih. Jika individu berbabit berhenti dari meneruskan pengambilan kafein, ia akan mengalami simtom pengunduran (withdrawal symptoms) seperti sakit kepala. Simtom ini biasa dialami oleh penggemar kopi dan sakit kepala ini akan hilang dengan sendirinya dalam masa satu hingga lima hari atau ia akan sembuh semula dengan meminum kopi kembali atau mengambil ubat. Kebanyakan penggemar kopi yang cuba mengurangkan pengambilan kafein akan mengalami rasa gementar, sakit-sakit, tidak berupaya untuk bekerja, lesu, mengantuk dan sakit kepala. 

Bagi membuang tabiat ketagihan kafein bukannya mudah. Cara yang berkesan  adalah mengurangkan pengambilan setiap hari. Amalkan minum air kosong yang banyak serta jus buah-buahan dalam sajian harian anda.
 
 
 
Jenis Makanan & Minuman
Kandungan Kafein (mg)
Dos
Kopi Tapis/Saring
100 – 150
satu  cawan
Kopi Segera
50 – 70
satu  cawan
Teh
30 – 90
satu  cawan
Teh Uncang
65
satu  cawan
Kopi Nyah Kafein
1 – 6
satu  cawan
Minuman Kola
72
360g
Soda Oren Sunkist
42
360g
Minuman Coklat Panas
5
satu  cawan
Kek Coklat
20 – 30
satu  potong
Ubat-ubatan


Ubat Migrain
100 mg/dos

Analgesik
15 - 40 mg/dos

Batuk/Selsema
15 – 125 mg/dos

 
 
    Kepada penggemar  kopi , nescafe atau keluarga kopi yang lain dan juga buat diri kiter sendiri..fuhhh , tak takut ke baca kesan2 tu..kiter rasa takut je tapi kiter dan janji dengan diri kiter sendiri untuk kurangkan pengambilan kafein dan banyakkan minum air masak dan buah-buahan..bukan ape, ini untuk kesihatan diri sendiri gak..baru tahu kenapa badan rasa esu, sakit kepala dan selalu penat..ini lah punca die...so starting for today kiter dah start dah hentikan pengambilan nescafe...insyaallah untuk hari2 seterusnya juga..chaiyok..chaiyok..

Terima Kasih Kerana Membaca. Suker? Comment lah Cket :)

Ramai yang Suker